Dapur yang cantik semestinya menjadi Impian ramai. Ia ibarat ‘spot’ kegemaran bagi mak-mak untuk berkarya dan juga ruang rehat melepaskan lelah dengan menikmati secangkir kopi.

Sehari dua ini kecoh di media social mengenai seorang pempengaruh yang tinggal di rumah PPR. Beliau menerima kecaman ramai dek kerana dikatakan tidak layak tinggal di rumah tersebut sedangkan beliau layak untuk memiliki rumah yang lebih mahal. Usah membangkitkan hal tersebut, pasti ada sebab disebalik kelayakan beliau untuk memiliki rumah tersebut. Jom kita lihat, sudut lain pada influencer ini yang boleh kita tiru.

@syamimia_

Rumah flat Syamimia dengan park choy tiram dan telur dadar 🍳 #fyp #rumahflatmimi #diariseharimimi #cleaningmotivation #cookingmom #cookingmotivation #cleantok #cookingtiktok

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

Syamimi atau lebih dikenali sebagai @syamimia di akaun tiktok, adalah seorang influencer yang sedang meningkat naik dan dikenali ramai menerusi content-content yang dihasilkan di media social berkenaan.

6 Menu Masakan Inspirasi Syamimi. Masak Di Dapur Rumah Flat Je Tapi Menenangkan

Selain deko rumah dan peralatan dapur yang digunakan kelihatan cantik dan mewah, yang menarik minat ramai untuk menonton video-video yang dihasilkan ialah aneka resipi yang dikongsi.

Resipi-resipi yang dikongsi semuanya adalah resipi harian yang mudah, sedap dan sesuai dihidangkan buat suami dan anak-anak. Mudah dan tidak menggunakan bahan yang pelik-pelik pun.

@syamimia_

Hari ketiga di youtube 🐋💞 #fyp #diariseharimimi #aestheticvlog #vlogger

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

@syamimia_

Small circle, small family in a small flat ♡ #fyp #cleantok #cookingtiktok #diariseharimimi

♬ Good Night – KIM PUREUM

Ralit melihat Syamimi masak, peralatan yang digunakan juga lawa-lawa. Semuanya berkonsepkan warna putih. Wahhh… Bagi anda yang sedang mencari-cari konsep untuk dapur, bolehlah tiru idea dari Syamimi ni. Nampak sangat kemas dan menyenangkan mata memandang.

@syamimia_

Erm…. #fyp #cleantok

♬ Picnic – Blue Poem

Pemilihan perabut dan kelengkapan dapur yang bersesuaian, memainkan peranan penting. Jika kena susun aturnya, barang murah pun kelihatan mahal. Paling penting, kena rajin mengemas dan sentiasa bersih.  Tengoklah Syamimi ni, lepas siap memasak, terus kemas dapur supaya bersih. Suaminya juga turut membantu.

@syamimia_

Masih mood raya ✨ Sambil saya cuci dapur, korang boleh cuci mata tengok backsplash dapur saya. Yang tu saya beli dekat @Jubin Cantik #fyp #cleantok

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

IKLAN

Diakui rumahnya memang cantik dan kemas. Menurut beliau rumah itu beliau deko sendiri bersama suami termasuklah cat, pasang lantai, susun atur dan bermacam-macam lagi. Hampir semuanya DIY.

Ramai yang suka tonton video Syamimi ni sebab beliau seorang yang ‘genuine’ dan humble. Tutur katanya juga lembut dan teratur. Kerajinan beliau dalam mengemas rumah memang menjadi inspirasi ramai.

Jom tonton video-video masakan @syamimia ni. Moga terus memberi inspirasi buat orang ramai.

@syamimia_

Mee Hong Kong ♡ Bahan-bahan: • mee kuning (1 paket) • udang • ayam • 5 biji bawang merah dan bawang putih (dikisar) • bunga kantan (1 kuntum) • daun kesum • sos tiram, kicap cair, kicap manis (5 sudu besar) • sos ikan (1 sudu besar) • park choy #fyp #bukapuasa #inspirasiramadan

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

@syamimia_

Kuah lodeh ✨ #fyp #kuahlodeh #inspirasiramadan #bukapuasa

♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

@syamimia_

Ikan bakar dalam rumah 🔥 #fyp #ikanbakar #airasam

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

@syamimia_

🤍 #potatopillow #asmrkitchen #aestheticvlog #fyp

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

@syamimia_

Air fry pun boleh, suhu 200c masak 35-40 minit #fyp #myfoodie #ayampandan #aestheticvideo

♬ original sound – Mimi – Syamimia

IKLAN
@syamimia_

onde-onde #fyp #bukapuasa

♬ original sound – syamimia – Syamimia

 

Kredit: TT & IG Syamimia

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI