Menepati tema makanan laut yang diberi barisan tenaga pengajar dari SG Academy, Kuala Lumpur terdiri daripada Chef Fariburz , Chef Nadzirah dan Chef Wan Noraini berjaya mengolah lima bakeri dan pasteri yang lazat. Bun, tart dan croissant gebu dan enak daripada udang, ketam dan kerang menghasilkan keunikan rasa yang hebat. Makan panas-panas segar daripada oven memang padulah.

5 Bakeri & Pastri Makanan Laut dari Sg Academy, Memang Padulah Rasanya

Jom semak resipi ini.

1. BUN SERUNDING KERANG

5 Bakeri & Pastri Makanan Laut dari Sg Academy, Memang Padulah Rasanya

BAHAN-BAHAN :

Bahan untuk bun :

  • 1kg tepung gandum | diayak
  • 4 sudu makan marjerin
  • 4 sudu makan gula halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 paket yis mauripan
  • 2 1/4 cawan air suam

Bahan serunding kerang :

Bahan A :

  • 1kg kerang
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 10gm kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan B (dikisar ):

  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2.5sm halia
10gm cili kering | direbus dahulu

CARA MEMASAK :
Cara masak bun:
1. Campurkan air suam, yis, gula, susu tepung, marjerin dan garam dalam bekas besar dan kacau rata.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (sekiranya masih lembik), uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
3. Uli agak lama untuk mendapatkan doh yang lembut dan gebu.
4. Bentukkan bulat dan rehatkan pada bekas dan tutup dengan tuala ataupun kain basah selama beberapa 1/2 jam agar doh naik .
5. Tumbuk doh untuk membuang angin pada doh.
6. Bentukkan adunan doh kepada beberapa bahagian , bulatkan dan masukkan serunding kerana mengikut citarasa sendiri dan susun ke dalam loyang.
7. Bakar roti selama 20 minit.pastikan suhu oven pada 180c .

Cara masak serunding kerang :
1. Rebus kerang & buang kulitnya
2. Kisar bahan B
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar B. Tumis hingga naik bau dan masukkan kerang.
4. Masukkan gula,garam dan air asam sehingga kering.
5. Masukkan kelapa goreng dan goreng sehingga rendang kerang betul-betul kering supaya tahan lebih lama .
6. Bila serunding dah siap masak, masukkan dalam adunan doh

Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak : 1 jam 10 minit
Cara memasak : Tumis (saute) dan bakar
Keistimewaan : Bun serunding kerang pilihan lazat untuk penggemar makanan laut
Jenis masakan : Roti bun
Anggaran kos : RM10

INFO CHEF : Pilih kerang yang betul-betul segar yang kulitnya tertutup rapat.

2. CROISSANT SANDWICH ISI KETAM

5 Bakeri & Pastri Makanan Laut dari Sg Academy, Memang Padulah Rasanya

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

Bahan inti :

  • 227gm (8 oz) isi ketam | dicincang
  • ½ cawan mayonis
  • ½ cawan yogurt
  • ¼ cawan daun saderi | dicincang
  • 2 sudu teh keju cheddar | diparut halus
  • 1 sudu teh bawang besar | dicincang halus
  • Garam secukup rasa
  • 1/8 sudu teh lada hitam
  • 4 helai daun salad

Bahan croissant (pastry lapis):

  • 250gm tepung protein tinggi
  • 13gm telur
  • Garam secukup rasa
  • 25gm gula kastor
  • 10gm susu tepung
  • 5gm yis
  • 20gm mentega
  • 112gm air ais
  • 113gm pastri majerin *ada dijual di kedai bakeri
  • ½ sudu teh bread softener

CARA MEMASAK :
Cara membuat croissant (pastri lapis)
1. Masukkan tepung, telur, garam, gula kastor, susu tepung, yis, bread softener dan mentega, gaul hingga sebati.Kemudian masukkan air ais dan uli hingga sebati dan menjadi doh, tutup doh dengan kain lembap dan biarkan doh selama 10-15 minit
2. Canaikan doh setebal 10mm dan letakan pastri majerin di tengah-tengah. Buat lipatan sebanyak tiga kali.
3. Canai lagi hingga nipis dan buat lipatan
4. Canai lagi dan buat lipatan 3 dan lipat buku, rehatkan doh 10 minit
5. Canaikan doh setebal 5 mm, Potong melintang menjadi segitiga.
6. Letakkan di atas dulang yang telah di gris dan biar ia naik 2 kali ganda
7. Sapu dengan telur dan bakar pada suhu 190C selama 15 minit.
8. Siap untuk dihidang

Cara masak inti :
1. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu,masukkan isi ketam, saderi, bawang dan keju.
2. Kemudian masukkan mayonis dan yogurt,garam dan lada hitam gaul sehingga sebati
3. Selepas siap kita masukkan inti ke dalam Croissant
4. Siap untuk dihidang

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 35minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Croissant adalah menu berasal dari Austria dan Perancis
Jenis masakan : Pastri lapis
Anggaran kos : RM10

INFO CHEF : Isi ketam harus segar dan simpan di dalam chiller untuk mengelakkan terbit bau hanyir.

3. BURGER IKAN DORY

5 Bakeri & Pastri Makanan Laut dari Sg Academy, Memang Padulah Rasanya

BAHAN-BAHAN :

Bahan roti burger :

  • 500gm tepung roti
  • 2 biji telur
  • 11gm yis
  • 1 liter air
  • 80gm mentega
  • Garam secukup rasa
  • 10gm baking powder
  • 15gm bijan
  • Beberapa titik pewarna *jika suka

Bahan isi (patty) ikan :

IKLAN
  • 4 keping isi fillet ikan dory | tanpa kulit, tanpa tulang
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 biji lemon | zest halus parut
  • 1 sudu makan daun parsli | dicincang halus
  • Garam secukup rasa
  • Breadcrumb secukupnya
  • 2 biji telur
  • Tepung gandum

Bahan sos tartar :

  • 1 cawan mayonis
  • 1 sudu makan gherkins *sejenis acar timun | dicincang halus
  • 1 bawang merah | dicincang halus
  • 1 sudu makan jus lemon

*Gaulkan kesemua bahan

CARA MEMASAK:
Cara masak roti burger:
1. Masukkan tepung roti, telur, mentega, gula kastor,garam dan yis dalam 1 adunan .
2. Kemudian uli sehingga menjadi doh sehingga mejadi lembut
3. Selepas itu, rehat doh dalam 45 minit.
4. Selepas doh kembang, bahagikan doh menjadi 40 gm tiap satu.
5. Bentukkan menjadi bebola dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah di gris.
6. Rehat kan doh sebentar selama 15 minit dan taburkan bijan
7. Akhir sekali, bakar pada suhu 180c selama 15 minit

Cara masak ikan :
1. Campurkan minyak zaitun,lemon,pasli,garam dan lada dalam bekas.
2. Kemudian celupkan dengan tepung ,telur dan bread crumb.
3. Selepas itu, panaskan pan dan grill sehingga masak dalam
2-3 minit dan terbalik- balikan sehingga warna keperang-perangan.

Cara hidangan :
1. Selepas roti dah siap dibakar ( sejukkan)
2. Kemudian potong roti dari sisi tepi.
3. Selepas itu , sapu sos tartar dan letak patty ikan
4. Kemudian siap untuk dihidang.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 35minit
Cara memasak : Bakar dan gril
Keistimewaan : Sesuai dihidangkan dalam jamuan petang dan koktail.
Jenis masakan : Burger
Anggaran kos : RM15

INFO CHEF : Ikan dory usah dimasak lama supaya patty ikan tidak kering

4. ÉCLAIRS UDANG

5 Bakeri & Pastri Makanan Laut dari Sg Academy, Memang Padulah Rasanya

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

Bahan untuk eclairs:

  • 300gm tepung gandum
  • 200gm mentega
  • 500ml susu segar
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa

Bahan inti (sos krim masam) :

  • 250ml krim masam
  • Satu sudu makan daun ketumbar | dicincang
  • 60ml sos cili
  • Beberapa udang telah digoreng

CARA MEMASAK :
Cara masak éclair:
1. Ayak bersama tepung dan garam.
2.Kemudian masukkan mentega kedalam periuk
yang sudah mendidih pada api sederhana.
3. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi dan kacau dengan cepat selama 3 Minit sehingga bentuk doh. Masukkan susu segar.
4. Masukkan telur satu demi satu dan kacau dengan sebati.
5. Selepas itu,masukkan ke dalam beg piping dan picitkan pada dulang pembakar dengan cara memanjang.
6. Bakar Eclairs di ketuhar suhu 180c dan bakar selama 30 minit atau sehingga keemasan dan dimasak.
7. Kurangkan haba hingga 160°C dan bakar selama 10 minit atau sehingga kering. Sejukkan dan potong memanjang dibelah dua.

Cara masak inti sos krim masam :
1. Masukkan krim masam,ketumbar dan sos cili kacau
sehingga sebati
2. Sudah siap sapu pada eclair atas dan bawah sehingga Rata.
3. Akhir sekali, selepas sapu inti krim masam kita buat
eclair macam sandwiches dan letak udang.
4. Siap untuk dihidang

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 30minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Menu savoury sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera
Jenis masakan : Pastri choux
Anggaran kos : RM12

INFO CHEF : Untuk membentuk udang, gunakan lidi pencucuk, dah masak jangan lupa buang lidi

5. TART UDANG

5 Bakeri & Pastri Makanan Laut dari Sg Academy, Memang Padulah Rasanya

BAHAN-BAHAN :

  • 450gm tepung gandum
  • 250gm mentega
  • 100gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh air sejuk
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan krim keju :

  • 500gm krim keju
  • 3 sudu teh perahan lemon
  • 5gm parsli kering
  • 100ml susu segar

CARA MEMASAK :
Cara buat kulit tart :
1. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur dan air.
2. Putar lagi sehingga adunan sebati
3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
4. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C sehingga masak.
6. Keluarkan kulit tart mengunakan pengcungkil gigi jenis tajam tekan di tepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.

Cara buat krim keju :
1. Pukul krim keju sehingga kembang
2. Kemudian masukkan susu segar dan kacau sehingga rata
3. Bila sudahsebati masukkan jus lemon dan parsli kering dan kacau.
4. Bila siap adunan krim keju masukkankan ke piping bag dan piping ke acuan tart tadi

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 30minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti udang goreng dengan sos krim keju memang amat lazat .
Jenis masakan : Pastri rapuh
Anggaran kos : RM13

INFO CHEF : Kalau udang hendak ranggup kita celupkan dengan tepung dan bread crumb dan goreng dalam 5 minit

RESIPI : FARIBURZ ANAK KANDAU, NADZIRAH ABDUL RAZAK & WAN NORAINI SYUHADA MOHAMA
TERIMA KASIH : SG Academy, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://www.sgacademy.edu.my

FOTO : NURUL AKMAR AZIMI

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI