
Dengar nama pun dah meleleh rasa, ni kan pula kalau dapat makan kek yang satu ni . Kalau korang suka kek yang ada rasa masam manis , ini lah kek yang patut korang cuba rasa dan buat. Taburan mangga di atas kek memang padu rasa. Kalau biasa kita bakar , kali ni min kongsi cara buatnya dengan kukus . Fuh dah la lembut, kenyal dan nikmat sungguh.
Sponge cake versi kukus
Bahan A :
3 biji telur gred A
½ cawan gula
½ sk esen vanilla
½ sk esen mango
1 sk ovalate
pewarna kuning lemon
Bahan B :
1 cawan tepung gandum
½ sk baking powder
½ sk soda bicarbonate
½ sk cream of tartar (optional)
Bahan C :
⅛ cawan minyak masak
Cara-cara :
1) putar bahan A hingga kembang Dan gebu selama 15@20min.
2) ayak bahan B Dan masukkan kedalam bahan A Yang dh diputar tadi. Putar lg hingga sebati & licin tidak berketul.
3) masukkan bahan C. Kacau guna senduk sahaja.
4) gris loyang @ acuan size 8/9 . Masukkan adunan & kukus selama 40min.
Resipi cheese leleh :
500gram cream cheese tatura (suhu bilik)
¾ cawan susu pekat manis (kalau nak manis lebihkan)
½ cawan susu cair carnation
Cara-cara :
1) putar cream cheese hingga lembut & licin
2) masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati
3) masukkan susu cair. Putar lg hingga licin
**tuangkan adunan cream cheese keatas sponge cake Yang dah masak tadi. Drizzle kan dgn mango topping & hiaskan dgn mango fresh.
Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!







3. Rasa salad anda dan sesuaikan rasa dengan menambah perasa dengan secukupnya.
4. Salad Timun Yogurt sedia untuk dinikmati.











