Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak, resipi ni memang sangat senang. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
CARA BUAT BISKUT HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH
BAHAN A:
250gm mentega atau marjerin
½ cawan gula perang halus
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan madu
BAHAN B:
1 sudu teh baking
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
BAHAN C:
1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN D:
2 sudu makan susu tepung
BAHAN E:
½ cawan nestum
½ cawan cip coklat
½ cawan kepingan badam ( almond nips/strips)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan pukul rata menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan bahan B. Pukul sekali lagi hingga sebati.
2. Tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan juga bahan D. Gaul lagi.
3. Tambahkan bahan E. Gaul lagi supaya rata. Jika adunan agak berderai, tambahkan mentega atau marjerin sedikit demi sedikit hingga adunan jadi tidak berderai. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Cubit adunan atau ambil menggunakan sudu. Kemudian susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 10 minit. Bakar adunan selama 30-35 minit. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing. (Masak biskut ni api ketuhar kena perlahan)
6. Bila dah masak, keluarkan. Semasa panas, biskut ini agak lembut. Bila sejuk, barulah ia akan keras dan rangup bila dimakan.
Tutti Frutti Tart Cookies ni memang mudah dibuat. Kalau buat niaga pasti laku keras. Yang penting jangan lokek inti, inti tu yang buat sedap.
Ni resipi dari Mariana Zainal, katanya,“Kalau tak mahu bubuh dalam tart shell, boleh aje bubuh dalam paper cup.” . Tapi sekarang ni kalau tak rajin nak buat tart shell (kulit tart) ni boleh aje beli dah siap.” Tapi kalau min kalau nak puas hati buat sendiri kulit tart tu , boleh buat banyak sikit.
TUTTY FRUTTI TART COOKIES (Resipi Mariana Zainal)
Bahan kulit tart(Tart Shell) :
290gram tepung gandum
170gram mentega
50gram gula aising
1 bji telur gred c
Sedikit esen vanilla
Bahan inti:
500gm cornflakes(marliana guna yang kecil beli di bakeri)(kalau beli yang biasa ramas sikit2 ja)
1 cawan badam slice(bakar)
1 cawan badam nibs(bakar)
1/2 cawan walnut (bakar) *opsyen takde pun tak apa
1/2 cawan ceri merah
1/2 cawan ceri hijau
3/4 cawan madu
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (semua kekacang bakar sekejap 8-10minit)
CARA PENYEDIAAN: Cara buat kulit tart : 1. Satukan mentega dan gula aising. Kacau hingga sebati, dah sebati masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. 2.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh. 3.Simpan doh dlm peti ais selama 1 jam(barulah kulit tart cantik). 4.Teraplah guna acuan,cucuk-cucukkan bahagian dalam/tengahnya sikit.. 5.Bolehlah bakar pada suhu 180*c api atas dan bawah, selama 18-20 minit, dah sejuk baru keluarkan daripada acuan.
Cara buat inti : 1. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan gula. 2. Apabila gula dah mencair masukkan madu, masak hingga berbuih ganas. 3. Dah berbuih ganas masukkan cornflakes,badam2,walnut,ceri merah/hijau. Kacau sebati dan tutup api. 4. Masukkan inti dalam shell tart,tak payah penuh sangat. Bakar 5 minit suhu 180* api atas dan bawah. (jika inti masih berbaki boleh masukkan dlm papercup yang kecil dan bakar 5 minit juga) 5. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Kek Kelapa adalah antara kek tradisionalorang dulu-dulu yang sedap dan mudah disediakan. Malah ia juga masih diminati ramai sehingga kini. Penggunaan bahan yang sangat ringkas namun hasilnya sangat memuaskan. Malah harum bau kek sewaktu dibakar menaikkan lagi selera. Anda nak cuba buat Kek Kelapa? Resipi perkongsian saudari EiTa Emi ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KEK KELAPA SEDAP
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri)
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus ( boleh guna ¾ cawan jika kurang suka manis)
1 sudu makan ovalette
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 cawan kelapa kering
2 sudu makan susu pekat manis
4 biji telur saiz B
Pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
1. Kelapa kering dibahagikan beberapa bahagian dan diwarnakan ikut warna yang diingini. Kemudian jemur dalam masa 30 minit untuk mengeringkannya.
2. Pukul marjerin, gula dan ovalette hingga kembang putih. Masanya lebih kurang dalam 20 minit.
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanilla dan juga susu pekat manis. Pukul lagi selama 3 minit hingga sebati.
4. Tambahkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Adun hingga rata.
5. Akhir sekali, masukkan kelapa kering yang telah diwarnakan tadi. Kaup balikkan adunan hingga sebati dan rata.
6. Sediakan loyang bersaiz 8 inci, oles sedikit mentega atau marjerin dan tuangkan adunan kek.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah selama 10 minit. Kemudian masukkan kek dan bakar menggunakan suhu yang sama selama 40 minit.
8. Bila masak, sejukkan kek dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika suka, bagi mendapatkan warna kek yang cantik, anda boleh tambahkan sedikit pewarna kuning dalam adunan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!