Pernah makan kek dari buah-buah tempatan. Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka,labu dan keladi.
Lebih hebat lagi ada rempah ratus dalam ramuannya. Cuba jangan tak cuba.
1.KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS & JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ‘filling’ mouse :
335 ml susu segar
2 biji telur
117 gm gula halus
25 gm gelatin
335 gm krim putar
Bahan untuk puri nangka :
300 gm nangka yang telah direbus
100 gm gula aising
5 gm kulit kayu manis
Bahan untuk kek span vanilla :
125 ml air
500 gm tepung span vanilla
125 ml minyak masak
500 gm telur
* Kek ini terdiri dari 4 lapisan yang diselang seli, dimulai dengan span vanilla, mousse nangka dituruti span vanilla dan atas sekali mousse nangka.
CARA MEMASAK : Cara masak mousse : 1. Panaskan susu dalam periuk. 2.Di dalam mangkuk berlainan, pukul telur dan gula sehingga hancur. 3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanas ke dalam bekas telur dan gula tadi. 4. Kemudian masakkan sebentar di dalam periuk atas dapur. 5. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang bersi ais di bawahnya (waterbath) 6. Masukkan puri nangka dan gelatin yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati. 7. Tuangkan di atas span vanilla, sejukkan dan ulangi proses sehingga habis
Cara masak puri nangka : 1. Masak nangka yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis. 2. Tapiskan dan sejukkan. 3. Puri ini nanti akan dimasukkan dalam mousse
Cara masak span Vanilla : 1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun. 2. Putarkan hingga kembang 3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati. 4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit. Bila sejuk letakkan span vanila, di lapisan bawah diselang seli dengan mousse nangka.
Ads
Saiz hidangan : 1 kg Masa memasak : 30 minit Jenis masakan : Pencuci Mulut Cara memasak : Masak atas api dan bakar Keistimewaan : Rasa nangka bersama kayu manis dan jintan cukup enak. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda penggemar mangga boleh sahaja menggantikan nangka. Resipi puri mangga sama seperti resipi nangka.
2.KEK LABU MOUSSE JINTAN PUTIH
BAHAN-BAHAN :
Bahan filling mousse :
335 gm susu
2 biji kuning telur
117 gm gula halus
25 gm gelatin
335 gm krim putar
Bahan puri labu :
300 gm labu yang telah direbus
100 gm gula aising
3 gam jintan putih /dikisar
5 gm bunga lawang /dikisar
5 gm serbuk kayu manis
Bahan kek span vanilla :
125 ml air
500 ml tepung span vanilla
125ml minyak masak
500 gm telur
*Kek ini mempunyai 4 lapis bermula dengan span vanilla dan diselang seli dengan mousse labu, span vanilla dan mousse labu
Ads
CARA MEMASAK : Cara masak puri labu : 1. Masak labu yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising,jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis. 2. Tapiskan dan sejukkan
Cara masak mousse : 1. Panaskan susu 2. Di dalam mangkuk yang berlainan pukul telur dan gula hingga hancur 3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanaskan ke dalam bekas telur dan gula 4. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi ais di bawahnya (waterbath). 5. Masukkan puri labu dan gelatin yang dicairkan dan gaul hingga sebati. 6. Tuangkan ke atas kek span.Sejukkan dan ulangi proses diselang seli dengan span vanilla hingga habis
Cara masak kek span vanilla: 1. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun. 2. Putar hingga kembang 3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati 4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13- 15 minit
Saiz hidangan : Satu kg Masa memasak : 30 minit Jenis masakan : Pencuci Mulut Cara memasak : Panas atas api dan bakar Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dan aroma rempah yang wangi Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF: Kek mousse sedap dimakan apabila telah didinginkan dalam peti sejuk .
3.KEK KELADI SANTAN AROMA REMPAH RATUS
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan span pandan :
125 ml air
500 gm tepung span vanilla
125 ml minyak masak
500 gm telur
15 gm perasa pandan
Bahan puri keladi :
450 gm keladi yang telah direbus
100 gm gula aising
5 gm jintan manis
5 gm bunga lawang
5 gm buah pelaga
5 gm serbuk kayu manis
Bahan inti kelapa manis :
2 cawan kelapa parut
150 gm gula melaka
1 cawan air
200 gm gula aising
*Inti kelapa manis 100 gm * Kek ini terdiri daripada 4 lapisan. Lapis bawah span pandan diikuti dengan puri keladi, span pandan, puri keladi dan atas sekali puri keladi bersama kelapa manis.
CARA MEMASAK : Cara masak kek span pandan: 1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun. 2. Putar hingga kembang 3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati 4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13-15 minit
Cara masak puri keladi : 1. Masak keladi yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk kayu manis. 2. Tapis dan sejukkan. Puri keladi akan diletakkan atas span pandan secara berselang. Cara masak inti kelapa manis : 1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula dan kelapa parut. 2. Masak hingga kering dan pekat 3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan santan dan gula aising. Masak sebentar. 4. Masakkan inti kelapa manis, sapukan atas kek lapisan atas bersama puri keladi.
Saiz hidangan : Setengah kg Masa memasak : 40 minit Jenis masakan : Pencuci Mulut Cara memasak : Panas atas api dan bakar Keistimewaan : Enak dengan rasa keladi, dan manis dengan inti kelapa Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF :Anda boleh juga menggunakan keledek menggantikan keladi.
RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP Terima kasih : Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi yang baru nak belajar buat Kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA MUDAH
BAHAN BAWAH:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 sudu makan minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain. 2.Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
BAHAGIAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan air pandan ( 1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
1 biji telur
1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
1/2 sudu teh kulit kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
Secubit garam dan pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain. 2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.
3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi. 4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan.
1. Campurkan bahan bertanda * dalam bekas dan kacau hingga berbuih. 2. Dalam mangkuk lain campurkan, tepung gandum dan garam. 3. Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit. 4. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.
5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bulat-bulat. Panaskan grill pan. 6. Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, terbalikkan. 7. Masak dalam 30 saat -1 minit. Angkat, letak dalam bekas suam.
DAGING SHAWARMA
BAHAN A:
3 ulas bawang putih – beli online di sini 1 sudu kecil bunga cengkih – beli online di sini 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil “all spice” ½ sudu kecil serbuk cardamom ½ sudu kecil serbuk cinnamon ½ sudu kecil oregano/thyme ½ sudu kecil serbuk buah pala ½ sudu kecil lada hitam ¼ sudu kecil serbuk halia 1/4 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini *kisar kering semua bahan di atas
1kg daging ¼ cawan jus lemon segar ¼ cawan cuka putih ¼ cawan minyak zaitun
CARA MASAK:
1. Campurkan serbuk yang telah dikisar dengan bahan B kecuali daging. 2. Kemudian, sapukan ramuan ini pada daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.
3. Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada pun boleh. Esoknya boleh nyahbekukan. 4. Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.
Rempah “Allspice” dalam perapan daging atau nama Latinnya Pimenta Dioica
BAHAN SOS TAHINI:
2 sudu teh pes tahini 3 ulas bawang putih ½ cawan lemon jus 1 sudu teh garam *kisar semua bahan hingga halus
Mencari kudapan yang sedap, tapi adakala tak memenuhi cita rasa. Namun, keenakan sambal bilis crispy ini pasti tak dapat ditolak. Rasanya pedas manis, rangup pula tu. Sambil tengok tv, dalam tak sedar dah habis sebalang. Memang sedap sangat.
Kalau nak beli selalu, mungkin makan modal juga. Jadi, untuk dapatkan kuantiti yang lebih banyak dan boleh menikmatinya selalu, kita hanya perlukan sedikit sahaja usaha. Kita buat sendiri. Mudah je. Ikuti perkongsian resipi sambal bilis crispy daripada Ziela Mazlan yang buat anda tak boleh berhenti mengunyah.
*Bahan boleh agak-agak untuk banyak mana kuantiti yang kita inginkan.
CARA MEMASAK:
Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Goreng pula kacang tanah dan ketepikan.
Gorengkan bawang untuk dijadikan bawang goreng. Jika tidak, beli sahaja yang ada di pasaran.
Setelah itu, cuci bersih cili kering.
Gorengkan pula cili kering lalu dikisar kering. Ketepikan.
Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas. Kadar minyak tu boleh agak-agak saja seperti kita nak menumis sambal. Kacau sebati dalam api yang sederhana.
Masukkan cili kering goreng yang telah dikisar kering tadi. Boleh guna chopper. Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.
Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan secukup rasa ye.
Tutup api dan dan biarkan sambal betul-betul sejuk baru masukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Gaul sebati dan dah siap.
Rasanya sama saja seperti mana kita beli di luar.
Bezanya kita boleh adjust tahap kepedasan cili, rasa manis gula dan masinnya, serta kuantiti yang kita inginkan sekiranya kita ingin buat stok lebih. Selamat mencuba.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!