Salah satu kek tradisional yang dikira premium adalah kek buah. Ini kerana kek buah menggunakan bahan yang agak mahal untuk dibuat. Mix fruit kena letak agak banyak baru sedap. Gunakan mentega yang berkualiti tinggi baru jadi seperti resipi asli. Jom buat untuk raya ni. Jangan lupa stay at home ye.
KEK BUAH
Ads
BAHAN A
300 gram gula kastor
60 ml air panas
250 gram mentega
500 gram mixed fruit
BAHAN B
350 gram tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala
Ads
BAHAN C
3 biji telur ayam grade A
1 sudu kecil esen vanila
Ads
CARA MEMBUAT
1. Ayak tepung gandum, soda dikarbonat dan serbuk buah pala.
2. Masukkan gula kastor ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal. Dengan api sederhana, masak gula sehingga cair dan berwarna perang. Tidak perlu kacau. Goyangkan periuk ke kiri dan kanan sehingga gula mencair. Jangan sampai hangus.
3. Apabila gula sudah cair, tuang air panas dari tepi kuali. Kacau sehingga gula larut dan masukkan mentega.
4. Biarkan mentega cair kemudian masukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.
5. Biarkan sekejap atas api. Tutup api. Tunggu suam, baru masukkan jus lemon. Kemudian masukkan adunan tepung gandum yang telah diayak tadi. Gaul secara kaup balik.
6. Pukul telur ayam bersama esen vanila sehingga berbuih dan tuang ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
7. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci. Tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di aluminium foil.
8. Balut penutup periuk pengukus dengan tuala dapur supaya wap air tidak menitik atas adunan. Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air pengukus, tambah air panas.
9. Selepas masak, biarkan kek di dalam pengukus sehingga sejuk supaya buah tidak jatuh atau mendap ke bawah.
10. Potong kek setelah kek sejuk. Lebih baik biarkan kek semalaman sebelum dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda tercari-cari resipi biskut raya yang mudah dan sedap, resipi Biskut Coklat Chip Nestum perkongsia saudari Midah Mohamadini antara yang sangat berbaloi untuk dicuba. Bahan-bahannya mudah sahaja namun rasanya sangat luar biasa. Anak-anak tentunya sangat suka. Jom cuba! Anda pun pasti bakal gemarinya.
Kek coklat memang merupakansalah satu kek yang sangat popular dan digemari ramai. Kali ini RASA nak kongsikan kek coklat Nutella yang dicampur dengan susu Ensure. Rasanya boleh tahan sedap dan pasti akan jadi kegemaran orang ramai. Cubalah.
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil serbuk bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil marjerin
Nutella secukupnya
Coklat urai secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam dan masukkan dalam mesin pengisar (blender).
2. Masukkan susu Ensure, susu pekat manis, serbuk bikarbonat, serbuk penaik dan marjerin.
3. Kisar sehingga semuanya sebati.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
5. Siap dibakar, keluarkan dan tunggu sejuk.
6. Akhir sekali, sapu Nutella dan tabur dengan coklat urai.
Selamat mencuba!
Kredit resipi facebook Liena Amiera IV Link: Liena Amiera IV
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis kek. Menurut orang barat, kek perlu tepat sukatannya agar rasa dan teksturnya sedap. Bahan ditimbang agar sama dan tidak terlebih atau terkurang. Begitu juga dengan suhu waktu membakar kek.
Namun selalu juga kita dengar orang-orang tua dahulu buat kek main agak-agak sahaja mengunakan sukatannya. Ada yang pakai cawan dan mangkuk sahaja. Tetapi lain pula dengan wanita ini. Menurutnya resipi ini diperoleh daripada mak ciknya. Lebih menarik lagi, ibu saudaranya itu tidak mempunyai resipi yang ditulis kemas. Semuanya dalam kepala.
“Resipi Kek Hijau ni saya dapat daripada mak cik saya raya lepas. Mudah giler. 7 bahan sahaja (saya tambah lagi 1 jadi 8 bahan) dan disukat menggunakan tin susu. Patutlah masa minta resipi, mak cik saya tak buka buku pun. Dia sebut sahaja bahan-bahannya. Cara buat tu pandai-pandai sendiri la.“ujar Noy Yullan di dalam FBnya.
Menurut Noy Yullah, kek hijau ini adalah satu variasi kek lama Sarawak. Kalau kek lama, semestinya sedap sebab orang-orang dulu sangat kreatif dalam mencipta dan memberikan inovasi dalam setiap masakan mereka.
“Ini adalah salah satu variasi kek lama Sarawak. Rupa dan rasa hampir menyerupai Kek Lumut. Bezanya adalah bahan dan tekstur kek. Kek Hijau lebih padat dan besar. Saya tambah esen vanila dalam adunan (resipi asal tak ada). Manis kek dapat daripada susu pekat, kaya dan horlicks”
Jom kita semak sukatan dan bahan-bahan yang digunakannya. Apa yang menarik, penggunaan tin susu sebagai sukatan memang rai. Inilah yang dikatakan benda senang yang boleh dicari. Takdelah kita susah hati nak timbang-timbang bahan dan kalau penimbang tersilap memang lain jadinya kek kita.
Lihatlah betapa moistnya kek ini. Ia juga padat dan cantik. Warna hijaunya sangat menarik dan membuatkan kita tidak sabar untuk menjamah.
Ini dia resipinya:
Kek Hijau (Kek Ijo)
Loyang 7″ x 7″ x 3.5 atau 8″ x 8″ x 3″
(Noy Yullan)
*Nota: sukatan bahan menggunakan tin susu 500gm)
Bahan-Bahan
254gm unsalted pure butter (seketul)
6 biji telur gred double A / gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu pekat (500gm)
1 tin kaya (sukat kaya menggunakan tin susu)
1 botol kecil (30ml) pes pandan Koepoe2)
*1 tin horlicks
*1 tin tepung gandum
(Satukan bahan * dan ayak bersama)
Cara-Cara:
1. Pukul butter sehingga kembang (putih pucat).
2. Masukkan susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan pes pandan.
4. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.
5. Offkan mixer, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata. (Kadang-kadang ada tepung menempel pada dasar mangkuk mixer. Kalau biar, nanti kek ada ketulan-ketulan tepung.)
6. Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang tu nak alas boleh, tak alas pun boleh asalkan kita dah gris bhgn dalam loyang.
7. Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak beberapa kali atau ambil lidi, lalukan lidi ke dalam adunan secara rawak (Tak buat pun tak apa).
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih. (Mak cik saya kata kukus 6 jam, tapi saya kukus dalam 4 jam lebih sahaja. Asal dah masak, saya terus tutup api). Cara nak tahu kek masak atau tidak, kau ambil lidi, cucuk tengah kek dengan lidi. Cabut. Kalau masih ada sisa kek basah dan lembik melekat pada lidi tu maknanya kek belum masak.
9. Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Kek tu nak dikeluarkan terus dari loyang boleh, nak tunggu sejuk dulu baru keluarkan pun boleh. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu. Kalau pegang bawah loyang dah x panas, boleh la potong. Siap.
Nota: Sengaja saya terangkan panjang lebar supaya semua faham. Yang baru nak belajar faham, yang dah otai lagilah faham.