Kecur Liur Dengan Ayam Masam Manis Ala Thai Ni

Share

Ada yang gemar makan ayam bila digoreng dan ada yang suka berkuah.Tidaklah kering sangat. Masak ayam ni  boleh dipelbagaikan. Ada yang suka cara melayu, boleh buat ayam masak tomato. Kalau suka cara India, ayam vanggey pun tak kurang sedapnya. Masak ayam cara thai seperti ayam masam manis ala Thai ni pun enak. Korang gerenti makan bertambah nanti.

AYAM MASAM MANIS ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng.Jangan goreng terlalu garing)
  • Bahan kisar:(jangan kisar sampai halus yer)
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 10-15 biji cili padi(tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 2 batang serai(hiris 2)
    (kisar semua bahan ini jangan terlalu halus)

Bahan lain:

  • 3 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
  • 3-4 helai daun limau purut(carik-carik)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 cawan air untuk kuah
  • 2 senduk minyak untuk menumis
  • 5-6 biji cili padi(hiris membulat)tak letak pun boleh
  • 1 biji bawang besar(hiris membulat)
    Sedikit daun ketumbar(saya letak daun sup sebab tak ada stok)

Cara memasak:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar,
2.Masukkan gula,sedikit garam(jangan banyak)dan bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing.
3.Masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut.


4.Masukkan ayam dan air. Gaul rata.
5.Bila dah mendidih dan kuah pekat,masukkan bawang besar dan cili potong.
6.Gaul rata,sesuaikan rasa.
7.Tabur daun ketumbar dan tutup api.

8.Siap untuk dihidang

Kredit : Mariana Zainal

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN