
Macam-macam cara orang buat Kuih Kaswi ni, tapi ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat dan hasilnya tidak mengecewakan. Anda yang tak pernah masak kuih ni pun boleh cuba. Bahan mudah, cara buat senang dan sukat pun guna cawan je. Tak perlu risau gagal ye, resipi penuhnya ada dikongsikan di bawah ini.
KASWI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
AIR GULA:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan
BAHAN LAIN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air biasa
1 sudu besar air kapur
1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih
CARA MEMBUAT:
- Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.
- Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.
- Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.
- Sapukan loyang (saya gunakan loyang 9 X9) dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
- Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 45 minit.
- Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.
- Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
- Sedia dihidangkan.
Kredit : Noriza Awang Hamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Spagheti Bebola Daging Bakar Enak Rasa

Puas makan cara melayu, hari ni tekak terasa nak menikmati menu barat pula. Selain spagheti dimasak begitu sahaja boleh pelbagaikan cara dengan meletakkan bebola daging bakar. Barulah terasa kenikmatan spagheti tersebut.
Spagheti Bebola Daging Bakar
Bahan-bahan:-
250gm spagheti direbus hingga kembang & ditoskan
Bahan-bahan sos:
Bahan-bahan tumis:-
2 ulas bawang besar didadu
4 ulas bawang putih dihiris
2 tin sos tradisional spagheti
1 sudu makan pes tomyam
5 helai daun bay
Bebola daging secukupnya
Sedikit herba Itali
1 sudu makan mentega
Minyak zaitun secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan-bahan segar
Daun coriander
Daun ketumbar
Cili hijau
Bahan-bahan tenusu
Cheese parmesan
Cheese mozarella
Cara memasak:-
1.Panaskan minyak zaitun & mentega
2.Masukkan bawang & tumis hingga naik bau
3.Masukkan daun bay
4.Masukkan bebola daging
5.Masukkan sos spagheti
6.Masukkan pes tomyam, kacau & sebatikan
7.Masukkan herba Itali
8. Sos mendidih. Tutup api
9.Masukkan garam secukupnya
10.Panaskan oven pada suhu 180’C
11.Sediakan bekas tahan ketuhar Masukkan sos sahaja di bahagian bawah bekas
12.Diikuti spagheti yang telah direbus
13. Taburkan cheese mozarella . Curahkan lebihan sos & bebola daging
14.Taburkan cheese parmesan, cili hijau, daun bay & oregano di atasnya
15.Bakar pada suhu 180’C selama 25 minit.
Sedap dihidangkan dengan roti bakar bawang putih.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @misadessertparlour
Ikan Masin Sambal Petai Yang Ohsem. Makan Pun Bertambah-tambah Dibuatnya.

Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
- 100gm isi petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Resipi Keluarga, 3 Jenis Nasi Special Yang Popular Mana Satu Pilihanmu!

Isi Kandungan
ToggleBagi memancing selera ahli keluarga hujung minggu ni, apa kata kamu cuba menu yang disediakan oleh Akasia cafe untuk variasikan menu agar ahli keluarga tidak sabar menikmati hidangan apabila berada di meja makan. Pilih saja mana yang menjadi pilihan kamu sekeluarga.
NASI AYAM HAINAM
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
- 1 ekor ayam – bersihkan
- 3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
- 4cm halia –hiris nipis
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
- 4 tangkai cili merah
- 3 tangkai cili padi merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
- 2sm halia muda
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
- 1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
- 4 cawan beras
- 2 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih
- 3sm halia -hiris nipis
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 helai daun pandan
- ( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)
Bahan D – Sup Ayam
- 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
- 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
- Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
- Salad
- Timun
- Tomato
- Tauge
CARA MEMASAK:
- Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
- Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
- Rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
- Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
- Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
- Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
- Masak hingga agak pekat.
- Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
- Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
- Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
- Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
INFO CHEF:
Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan
NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- ½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
- 1 batang serai -titik
- 1 helai daun pandan – simpul
- 3 ulas bawang merah – hiris
- 1 ulas bawang putih – hiris
- 1/2 sudu teh halba
- 1 sudu besar mentega
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dalam periuk elektrik atas dapur biasa.
- Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
- Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
- Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
- Pindahkan periuk dalam periuk sarang periuk elektrik.
- Biarkan nasi masak seperti biasa.
SAMBAL SOTONG KERING
Bahan-bahan:
- 8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 biji bawang besar-hiris bulat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
- 10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
- Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.
INFO CHEF:
Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang
NASI MANDY AYAM
AYAM MANDY
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
- 2 biji bawang besar-hiris bulat
- Sedikit pewarna kuning/saffron
- Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
- Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
- Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
- Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
NASI MANDY:
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
- 3 sudu besar minyak sapi)
- 4 ½ cawan air atau secukupnya
- 1 biji bawang besar – hiris halus
- 3 ulas bawang putih – hiris halus
- 2.5cm halia – hiris halus
- 1/3 cawan kismis
- Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
- Sedikit pewarna kuning
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
- Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
- Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
- Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
- Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
- Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
- Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
SOS MANDY
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato -hiris
- 5 biji cili besar hijau – hiris
- 1 tangkai batang ketumbar – halus
- Garam, gula
- JuslePerahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan dalam pengisar.
- Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF:
Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
Kongsi resipi:
RESIPI: CHEF KHAIRUL NIZAM ZAINUDIN & CHEF FAZRI IBAHARIM DARI ACASIA THREE KOFFIE, SUITE , GA-GB, GROUND FLOOR, BLOCK 2330, CENTURE SQUARE, PERSIARAN USAHAWAN , CYBER 6, CYBERJAYA.