
Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
- 100gm isi petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
2 Lauk Raya ‘Terlajak’ Sedap Datin Nur Shahida. Disukai Datuk Seri Aliff Shukri.

Menjamu dua sajian ‘terlajak’ dari Datin Nur Shahida Mohd Rashid suri hati kepada Datuk Seri Aliff Shukri ,ternyata 2 resepi ‘favorite’ pasangan suami isteri ini memang sungguh sedap. Dua hidangan yang disajikan adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.
Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya. Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:

RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dipotong 12
- 2 cawan santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 2 helai daun kunyit | dihiris halus
- 2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
- 5 bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula atau gula merah secukup rasa
- 1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
- 5 sudu makan pes cili kering
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2.5 sm kunyit hidup
- 3 batang serai
- 3 sm halia
- 3 smi lengkuas
- 3 biji buah keras
CARA MEMASAK :
1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama
3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak.
4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
- 3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
- 10 batang kacang panjang | dihiris serong
- 300gm kubis
- 4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
- 3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
- 1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
- 4 biji kentang | dipotong dadu30gm udang kering |direndam dan ditumbuk halus
- 500ml santan pekat
- 3 batang serai | dititik
- 4 biji cili merah
- Daun salam secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2sm kunyit hidup
- 2 sm lengkuas
- 2.5sm halia
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam.
2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan.
3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Siap untuk dihidang.
Rendang Pucuk Ubi, Resipi Mudah, Sedap & Wajib Cuba!

Diperbuat daripada bahan utamanya pucuk ubi, santan dan ikan bilis yang di masak sehingga kering.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ikat pucuk ubi | bersihkan – saya potong kasar
- 3 kotak santan (200ml setiap kotak) – saya campur air sama banyak dengan santan
- 2 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api ikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup – kisar
- 2 helai daun kunyit | hiris halus
- Segenggam ikan bilis | dibersihkan
- Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam Kuali. Tumis hingga pecah minyak. Sebab saya nak cili api tu betul-betul masak. Kurang sikit pedasnya.
2. Masukkan santan+ air dan ikan bilis. Kacau hingga mendidih dan sedikit kering.
3. Masukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Rasa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering.
4. Masukkan daun kunyit, gaul rata. Tunggu hingga betul-betul kering. (Bab nak tunggu kering tu yang lama). Dah kering boleh lah dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Azie Al-Bakri via MAHN
Nasi Goreng Kampung Pedas Padu, Memang Teringat Keenakannya

Dalam kebanyakan nasi goreng, nasi goreng kampung antara menu yang sering mendapat pesanan di restoran. Ibu-ibu pun gemar masakkan nasi goreng kampung sebagai menu sarapan seisi keluarga.
Nasi goreng kampung tak pernah menghampakan. Sentiasa mendapat permintaan ramai. Selain bahan-bahannya ringkas, paling penting perlu ada ikan bilis goreng, kangkung dan cili padi.
Nak masak Nasi Goreng Kampung yang sedap? Ikuti perkongsian resipi daripada Hajar Mohd ini. Apabila dah cuba masak, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Jom kita buat.
NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
Ikan bilis – Boleh beli online di sini
Kangkung
2 biji telur
Bawang putih
Bawang merah
Halia – Boleh beli online di sini
Cili api – Boleh beli online di sini
Belacan – Boleh beli online di sini
Ketulan dada ayam
CARA MEMASAK:
Sediakan nasi sejuk baki malam tadi.
Cuci bersih kangkung dan dipotong.
Gorengkan ikan bilis hingga garing.
Ketepikan.
Gorengkan pula 2 biji telur ayam. Kacau-kacau.
Masukkan pula bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris.
Tumbukkan cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan ketulan kecil dada ayam.
Nak lagi padu, boleh masukkan budu.
Kemudian, boleh masukkan nasi sejuk. Kacau nasi dan gaul hingga rata.
Akhir sekali, masukkan kangkung.
Kacau rata dan dah siap Nasi Goreng Kangkung.
Kredit: Hajar Mohd
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Popia Ayam Kentang Laku Keras, Resipi Dihalalkan Boleh Buat Niaga
Comelnya Labu. Uniknya Pumpkin Bua Loy, Pencuci Mulut dari Thailand
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official