Hari ni tekak terasa nak makan yang manis-manis. Jom kita buat karamel sagu berkrim. Sedapnya, lapisan bawah tak berapa manis. lapisan atas pula berkaramel. Alahai sedapnya, sejuk tekak menikmatinya.
KARAMEL SAGU BERKRIM
Bahan-bahan:
Loyang 4 inci
Kukus dalam kuali jer.didihkan dulu air kukusan
Untuk sagu:
¼ cawan sagu. Cuci toskan
Didihkan 1 1/2 cawan air
Masuk sagu kacau supaya sagu tak berketul
Bila sagu dah nampak jernih, tutup api.
Tuang sagu dalam penapis
Siram dengan air sejuk peti ais
Kacau, toskan.
Ads
Untuk karamel:
4 sudu besar gula
1 sudu kecil air
Masak hingga gula cair dan perang,tutup api
Tuang dalam loyang. Ratakan seluruh dasar loyang, ketepikan dulu.
Untuk adunan cream:
Masuk 2 biji telur ke dalam satu bekas
Pukul guna whisk atau garpu sekejap
Masuk 3 sudu besar gula
Ads
Kacau lagi hingga gula larut
Masuk
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Kacau rata, tapis.
Masuk sagu tadi, Kacau supaya sagu tak bercantum
Tuang dalam loyang karamel tadi.
Ads
Tutup dengan tudung periuk atau penutup loyang kalau ada
Masuk loyang dalam kuali.lapik bawah loyang tu
Tutup kuali dengan penutup
Kukus 30 minit
Dah masak. Jangan keluarkan lagi.Sejukkan dulu. Baru keluarkan dari loyang.Kalau nak lagi ummphh..tuang sos karamel sikit atasnya.
Kuih Penjaram. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi susah nak jumpa gerai yang sedap dan kena dengan selera anda, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je guna resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI KUIH PENJARAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand) – beli online disini 2 cawan tepung gandum cap ros – beli online disini 1 cawan gula merah hancur – beli online disini 1 cawan gula putih (boleh kurangkan 3/4 cawan sahaja) – beli online disini 2 1/4- 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (jadikan suam). 2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati. 3. Jika adunan nampak masih kental boleh tambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental). 4. Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata. 5. Sebelum adunan diperap, pukul adunan terlebih dahulu menggunakan whisk (pemukul tangan) sehingga timbul buih. Boleh juga menggunakan senduk sahaja. 6.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Kemudian barulah boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman esok pagi baru digoreng. (boleh juga diperap di dalam peti ais) 7.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). 8.Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan. 9. Bila kuih telah masak dikedua-dua bahangain, angkat dan toskan minyaknya. 10. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik. Hasilnya kuih akan jadi berenda/ropol topi yang cantik, ringan dan rangup di bahagian tepi serta lembut di dalam.
Sedapnya Kuih Cara Gulani. Ia adalah salah satu kuih tradisional yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling penting, kena ada acuan Kuih Cara. Kalau tiada, mungkin boleh cuba buat guna acuan Takoyaki. Cuma, bentuknya pasti berbeza.
Kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kurang gemar rasa manis gula? Boleh sahaja letak inti. Nanti jadilah ia Kuih Cara berlauk. Asas dohnya sahaja yang sama. Kalau nak letak inti coklat pun boleh. Silalah cuba ikut kreativiti masing-masing.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Miza Abdullah ni. Pasti anda puas hati dengan hasilny.
Karipap Daging, Karipap Sardin, Karipap Pusing dan beberapa lagi variasi inti adalah antara kegemaran rakyat Malaysia. Kuih ini sesuai dinikmati pada bila masa dan jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Daging jualannya, saudari Rosni Musa juga berkongsi petua menghasilkan kulit karipap yang rangup dan sedap. Caranya ialah dengan menggunakan air kapur jernih. Ha…Nanti bolehlah cuba ya. Jom lihat bahan-bahan lain yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP
BAHAN KULIT KARIPAP:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
2. Di dalam bekas besar, tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas tadi.
3. Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ini adalah tip nak merangupkan kulit karipap.
5. Tambah sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
6. Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga doh tidak lekat di tangan.
7. Doh yang siap diuli.
8. Masukkan doh ke dalam plastik dan biarkan selama 30 minit.
9. Ambil doh dan bulatkan kecil. Masukkan kembali ke dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.
Sementara itu bolehlah buat intinya.
BAHAN INTI KARIPAP DAGING:
2kg kentang – didadu – beli online DISINI 300gm daging dicincang 2 biji bawang merah besar – didadu – beli online DISINI 2 ulas bawang putih – diracik – beli online DISINI 2 sudu makan rempah kari daging – beli online DISINI 2 sudu makan cili kisar – beli online DISINI Sedikit daun sup – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Tumis lagi.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
4. Perasakan dengan garam, gula & perencah cukup rasa. Jumlahnya agak-agak sahaja jangan terlalu berlebihan.
5. Kemudian masukkan ubi kentang. Kacau rata.
6. Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu tambah air kerana kentang akan mengeluarkan air. Bila sudah masak, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
7. Masukkan daun sup dan gaul rata. Alihkan inti ke dalam bekas.
8. Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak inti dan tutup doh.
9. Kelim hujung doh dengan cantik dan kemas.
10. Karipap yang telah siap di kelim.
11. Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
12. Angkat dan toskan.
13. Karipap untuk minum petang sedia untuk dinikmati.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.