
Lama sangat tak masak kat rumah sampai bawang dalam bakul pun dah naik tunas. Mesti ada yang macam ni kan!
Bawang yang dah naik tunas atau ‘jambul’ ini elok terus saja tanam untuk hasilkan daun bawang. Cara penanamannya dikongsi oleh Weekenbaker ini, boleh guna botol mineral kalau tiada pasu.
Cara tanam bawang yang dah bertunas
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.

Caranya:
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, boleh guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Tunas atau jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.

4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Selamat mencuba
Sumber: Weekenbaker
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Minuman Campuran Herba & Rempah. Ada Khasiatnya…

Herba seperti serai dan halia memang mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan kulit kayu manis dan cengkih. Ni perkongsian dari Maria Bentalib mengenai campuran herba dan rempah yang dikatakan dapat menyihatkan tubuh.
Katanya ini lah minuman yang boleh menjadi petua meredakan atau menghilangkan sakit lutut, sakit sendi, angin mencucuk dengan menggunakan bahan mudah dan senang. Semuanya ada kat dapur kita aje. Kalau malas jugak tak tahulah nak kata apa.
Malah minuman ini juga dipercayai boleh menurunkan kencing manis dan darah tinggi.
MINUMAN CAMPURAN HERBA DAN REMPAH

.
BAHAN-BAHAN :

.
- 1 liter air
- 2 batang serai | dititik
- 1 batang kayu manis ceylon
- 7 biji cengkih
- 3 hiris halia
CARA PENYEDIAAN :

.
1. Rebus kesemua bahan dalam satu liter air.

.
2. Rebus selama 20 minit dan tutup api.
Minum bila dah suam suam dua kali sehari. Insya Allah boleh menyihatkan tubuh.
.
Kredit : Maria Bentalib
JIKA ANDA GEMAR MEMBELI SECARA ONLINE, DAPATKAN PERKAKAS ELEKTRIK DAN BARANGAN DAPUR SERTA KEPERLUAN RUMAH DENGAN MELAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA PETUA INI :
5 Herba & Makanan Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Mudah Aje DiCari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

Masalah kesuburan sememangnya sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki zuriat penyambung warisan. Faktor pemakanan yang seimbang dikatakan boleh memperbaiki tahap kesuburan lelaki mahupun wanita. Amalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan tahap kesihatan yang baik untuk meningkatkan kesuburan anda!

1. BAYAM BERKRIM
Bahan-bahan:
- 150gm bayam
- 100ml krim masakan
- 2 ulas bawang putih|dicincang
- 1 sudu teh herba Italian kering
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
- Bayam dibersihkan dan dicelur sebentar. Toskan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Tuang krim masakan, tambah herba Italiankering dan didihkan sebentar.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan bayam yang telah dicelur dan gaul sebati. Hidangkan segera.
Tip Masakan: Pastikan bayam tidak dicelur terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya.
Info Kesuburan: Bayam mengandungi vitamin E yang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.
2. ASPARAGUS BALUT TELUR
Bahan-bahan:
- 10-12 batang asparagus
- 2 biji telur
- 2 sudu makan krim masakan
- 1 sudu teh mentega
- Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa.
Cara-cara:
- Asparagus dicelur dan toskan.
- Telur di goreng dadar nipis dan potong seinci memanjang.
- Di dalam kuali, cairkan mentega, tuang krim masakan dan didihkan.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Ambil sekeping potong telur dadar. Susun separuh asparagus celur dan gulung rapi. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
- Letak asparagus di dalam pinggan menghidang dan tuang sos krim keatasnya.
Tip Masakan: Telur ayam kampung boleh juga digunakan di dalam hidangan ini.
Tip Kesuburan:Asparagus kaya dengan vitamin E yang dipercayai baik untuk merangsang hormon testeron lelaki.

3. TAUGEH KASAR GORENG IKAN MASIN
Bahan-bahan:
- 200gram taugeh kasar – bersihkan ekornya
- 1 keping kecil ikan masin talang – hiris nipis
- 2 biji cili merah – hiris
- 3 ulas bawang putih – cincang
- Garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga agak garing. Ketepikan.
- Tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.
- Masukkan taugeh kasar dan ikan masin. Kaup- balikkan rata.
- Tambah sedikit air (jika perlu). Tambahkan garam (jika perlu) dan lada sulah secukup rasa.
Tip Masakan: Bersihkan ekor taugeh sebelum dimasak.
Tip kesuburan:Kandungan gizi yang terdapat dalam tauge diantaranya adalah vitamin E atau tocopherol yang dikenal sebagai vitamin yang sangat bermanfaat untuk kesehatan kulit, anti oksidan untuk kekebalan tubuh, mencegah kelainan menstruasi, dan meningkatkan kesuburan sel telur pada perempuan.
4. TAUHU TELUR SOS TIRAM
Bahan-bahan:
- 4-5 biji tauhu telur/Jepun
- 4 ulas bawang putih |cincang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu makan air |bancuh
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Sedikit air
Cara-cara:
- Tauhu dipotong dan goreng hingga keperang-perangan. Ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram dan sedikit air (lebih kurang dua hingag tiga sudu makan). Didihkan.
- Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah sos tiram ke dalam pinggan bersisi tauhu goreng.
Tip Masakan: Pastikan tauhu tidak digoreng terlalu lama untuk mengelakkan ia hangit.
Tip kesuburan: Tauhu kaya dengan zat besi dan kalsium yang baik untuk proses kehamilan

5. KERABU JAMBU BATU KACANG GAJUS
Bahan-bahan:
- 2 biji jambu batu tanpa biji |buang kulit dan hiris nipis
- 30gm kacang gajus panggang
- 1 biji cili merah|hiris
- 5 biji cili padi |hiris
- 1 labu bawang besar|mayang halus
- 1 batang serai|mayang halus
- 1 sudu makan perahan jus limau/lemon
- Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
- Satukan semua bahan mentah di dalam mangkuk.
- Tambah perahan jus limau/lemon.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tambah sedikit gula dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
Tip Masakan: Rendam jambu batu di dalam air bersama garam untuk mengelakkan ia menjadi lebam.
Tip Kesuburan:Jambu kaya dengan asid folik untuk kesuburan wanita.

6. SALMON PANGGANG SOS PUTIH
Bahan-bahan;
- 1-2 keping ikan salmon
- 4 sudu makan krim masakan
- 3 ulas bawnag putih – cincang halus
- 1 sudu teh thyme kering
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada salmon. Panggang di dalam kuali hingga masak.
- Sementara itu, panasakan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan krim masakan, thyme dan lada hitam. Didihkan sebentar.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang sos putih ke atas salmon panggang dan hidangkan.
Tip masakan: Gunakan herba kering untuk menambahkan keenakan hidangan.
Tip kesuburan:Salmon membantu mengawal hormon dalam tubuh dan meningkatkan sirkulasi darah ke organ reproduksi dan meningkatkan peluang hamil. Salmon juga dipercayai dapat membantu dalam mencegah kerosakan kromosom, yang mana boleh menyebabkan cacat lahir dan keguguran.

7. DAGING REBUS AIR ASAM
Bahan-bahan:
- 300gram daging lembu segar muda
- 1 cawan air perahan asam jawa
- 1 labu bawang besar |dadu
- 1 biji tomato |dadu
- 2 biji cili merah |hiris/cincang
- 5 biji cili padi |tumbuk kasar
- ½ inci belacan bakar
- 1 sudu makan kerisek
- Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
- Daging direbus dengan sedikit garam hingga empuk – Hiris nipis
- Untuk membuat air asam, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Hidangkan daging rebus bersama air asam.
Tip Masakan: Gunakan daging batang pinang untuk rebusan yang lebih empuk.
Tip kesuburan: Daging merah mengandung banyak protein, juga termasuk makanan kaya zat besi.

8. HATI LEMBU GORENG BERLADA
Bahan-bahan:
- 300gm hati lembu|hiris nipis
- 3 sudu makan cili kisar
- 6 ulas bawang merah|kisar
- 4 ulas bawang putih|kisar
- 1 batang serai |ketuk
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
- Hati lembu ditabur sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan kisar bersama cili kisar dan serai hingga wangi dan masak.
- Tuang air asam jawa, masukkan hati lembu goreng dan kacau beberapa minit.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tip Masakan:Hiris nipis hati lembu agar senang dimasak.
Tip kesuburan:Zat besi sememangnya amat perlu untuk peningkatan kesuburan dan kesihatan.
Kredit resipi: SUWARSI M ARUKIN dari SUE’S WHITE KITCHEN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Simpan Daun-Daun Herba Agar Tahan Lama & Masih Segar Walau Beli Lebih Dari Sebulan

Masakan Melayu kaya dengan penggunaan bahan-bahan segar sebagai penambah rasa serta menyedapkan lagi hidangan. Malah sesetengah darinya adalah bahan penting dalam penghasilan kuih muih. Memang tak lengkap jika tidak menggunakannya.

Antara daun-daunan herba yang wajib ada ialah daun pandan, daun kesum, daun limau purut, daun selasih, daun salam, daun kari dan sebagainya. Sebab itulah orang tua dulu-dulu banyak tanam pokok-pokok ini di kawasan rumah.


Namun bagi golongan muda yang tinggal di bandar, agak susah nak bercucuk tanam lebih-lebih lagi jika kawasan yang ada tidak bersesuaian. Pilihan yang ada hanyalah dengan membeli herba-herba ini. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Bagi memastikan daun-daun herba ni kekal segar dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah:
- Bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering.
- Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku.
- Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda.
Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

