Masakan berasaskan ayam adalah salah satu menu utama. Selalunya ayam digoreng, dimasak kari, kicap atau masak lemak cili padi. Itu semua selera masyarakat Melayu.
Selain itu, cara lain untuk menikmati ayam adalah dengan cara ayam masak teriyaki. Ini sebenarnya cita rasa Jepun. Namun disebabkan rasanya yang sedap, ayam teriyaki boleh diterima oleh masyarakat kita.
Nak tahu apa yang menambah sedap ayam teriyaki supaya cita rasanya lebih kurang sama dengan masakan Jepun? Gunakanlah gula perang. Jangan guna gula putih. Itu saja. Simple kan? Gula perang membuatkan cita rasa lebih unik dan sedap.
Min kongsikan resipinya di sini ya.
IKLAN
AYAM TERIYAKI
Bahan-bahan
IKLAN
2 keping isi dada ayam (hiris)
1/4 cawan kicap cair
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan parutan halus halia
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan sedikit minyak masak
1 sudu makan bijan putih (goreng tanpa minyak
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
IKLAN
Cara membuat
1) Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
2) Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3) Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
4) Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
5) Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
6) Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
7) Masukkan ayam dan tutup api.
8) Taburkan bijan dan gaul rata.
9) Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ayam goreng adalah antara makanan yang paling mudah nak dibuat. Orang ramai pun suka. Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap? Lagi-lagi ayam berempah. Nah, kami kongsikan resipinya.
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
Bahan kisar
3 batang serai
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari
Bahan Lain:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili. Jika nak pedas boleh tambah lagi.
2 sudu makan rempah kari daging
Sedikit perasa dan garam
1 tangkai daun kari.
1 sudu makan tepung jagung.
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam bekas berisi ayam dan gaul sebati.
2. Perap 1 jam dan boleh digoreng.
3. Tabur daun kari yang digoreng sekali.
Sebut saja masakan Thai ramai mengakui keenakannya. Dengan adunan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi kesukaan ramai orang Malaysia juga kerana sesuai dengan selera orang kita.Kalau korang penggemar masakan Thai dan ayam, ini RASA kongsikan lima menu ayam dimasak ala Thai yang sungguh enak dan korang boleh cuba ni. GULAI AYAM SIAM BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak. 2.Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar.Bbiarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak. 3. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. 4. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
SALAD AYAM BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.
Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara.
Goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
1 biji bawang besar | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
6 tangkai cili padi hijau | dikisar
4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 keping asam gelugur
125ml santan pekat
250ml air
1 biji tomato | belah enam
1 biji bawang besar | belah empat
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak pekat.
Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.
Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut.
Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.