
Isi Kandungan
ToggleLapek sagan atau lopek sogan ialah sejenis kuih/manisan masyarakat Minangkabau.Resipi ini dikongsikan oleh kenalan Chef Sue yang berasal dari Riau. Dia yang pertama kali memperkenalkan kuih ni kepadanya lebih 20 tahun lalu.
Kuih ni lebih kurang macam lepat pisang cuma tiada tepung gandum yang digunakan sebaliknya diganti dengan beras pulut. Membuatnya sangat senang. Menurut kenalannya, perkataan lapek atau lopek tu bermaksud lepat manakala Sagan atau Sogan bererti malas.
LAPEK SAGAN
Bahan-bahan:
250gm beras pulut – rendam sejam atau lebih kemudian toskan
10 biji pisang – lumatkan
1 biji kelapa parut – putihnya sahaja
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
Secubit garam halus
Daun pisang secukupnya (saya guna daun nyirik)
Cara memasak:

1. Satukan semua bahan kecuali daun pisang dalam mangkuk lalu gaul sebati.
2. Letak dua sudu makan campuran tadi ke atas daun pisang/nyirik lalu bungkus rapi seperti membungkus lepat.
3. Kukus selama 30 minit.
Note:
*Beras pulut susu pilihan terbaik sebab teksturnya lebih lembut dari beras pulut biasa. Boleh juga campurkan beras pulut hitam jika suka tetapi jika guna pulut hitam, kukus separuh masak dahulu pulut hitam tu baru gaul dengan bahan-bahan lain.
*Pisang – biasanya guna pisang awak/abu/nangka/lemak manis. Nak guna pisang berangan, pisang tanduk pun boleh juga.
*Kelapa – sebaik-baiknya pilih kelapa yang agak muda dan ambil bahagian putihnya sahaja.
Kredit: Sue M Arukin
Resipi Kuih Peneram Rangup, Wanita Ini Kongsi Tip & Petua Cara Buat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Masak Kari Utaqa Padu Rasa

Orang utara kalau tidak ada gulai kari dalam hidangan tidak kira sama ada makan tengah hari atau malam , seakan tidak lengkap. Menu yang satu ni wajib ada, baq hang. Kadang tu susah nak dapat rasa gulai kari yang terangkat macam yang tekak kita nak. Min kongsi tip buat kari original dari orang utara sendiri. Lepas ni buat kari gerenti sedap.
Tip masak KARI..
1.Selalunya negeri sebelah utara masak kari memang sedap.. (cheq org Kedah) jangan marah na….
2.Santan saya tak letak. Gantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
3.Kari yang sedap, minyak mesti berlinang atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tip untuk menyediakan kari yang sedap.
Rempah kari kering
Rempah ditumis kering dan dikacau dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
Kuantiti minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan bawang
Bawang merah dan bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
Halba campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari. Kari anda akan lebih beraroma.
Pecah minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul di permukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam jawa
Lepas pecah minyak, baru masuk asam jawa dan boleh juga masukkan asam keping.
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Apalagi…Jom masak KARI
Gulai Ikan Kuala Kedah
Bahan-bahan:
2 keping ikan merah
1 1/2 sudu besar rempah kari ikan cap O
1 sudu teh jintan putih/jintan halus
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji buah keras
setangkai daun kari
sedikit halba campur
garam dan gula secukup rasa
4 biji bendi muda
1 biji tomato segar
sedikit air asam jawa (kalau suka masam -lebihkan)
2- 3 sudu besar minyak masak
1 1/2 mangkuk air
2 -3 biji cili padi
Cara memasak:
1.Bawang putih,bawang merah,buah keras dan jintan putih ditumbuk halus.
2.Panaskan minyak , masukkan bahan yang ditumbuk,daun kari dan halba sehingga sedikit garing
3.Masukkan rempah kacau dan masukkan sedikit air ,air asam jawa . Biarkan mendidih dan pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula serta serbuk perasa jika suka.
4.Masukkan ikan, alihkan dan masukkan air secukupnya.
5.Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan bendi , tomato dan cili padi . Angkat dan hidang.
*Makan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan goreng, pasti menyelerakan😁
Kredit tip : Rozel Linda
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Boleh Ikut Petua Ni.
Tip Masak Pulut Kuning Yang Cantik, Lembut & Sempurna Kejadiannya
masa
8 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak.

Bagi anda yang mementingkan kesihatan, masakan berminyak semestinya antara yang nak dikurangkan. Namun, agak sukar nak cari menu sebegini kerana kebanyakan masakan orang Malaysia ni memang menggunakan minyak. Asyik ayam bakar je, jemu juga! Jadi jom tengok aneka resipi sedap dan mudah yang boleh dimasak tanpa guna bahan tersenbut. Anda bolehlah cuba.
1. UDANG BAKAR KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang segar
- 100gm keju mozzarella
- 50gm keju cheddar
- 50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan jus lemon
- Herba thyme secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
- Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
- Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
INFO CHEF: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
2. PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
- 2 ulas bawang merah| hiris
- 1 ulas bawang putih | titik
- ½ inci halia| hiris
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu kunyit hidup | kisar
- 1 biji ili hijau |belah tengah
- 1 biji cili merah | belah tengah
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
- Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan cili.
- Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.
3. LAWA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging bakar |dihirs
- 1 biji kelapa | ambil pati santan
- 1 sudu lada hitam |kisar halus
- 3 ulas bawang merah | kisar
- 1 biji limau nipis |ambil jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit belacan | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
- Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
- Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai
4. SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | potong kiub
- 50gm tepung serba guna
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 helai daun bay
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh sos Worcestershire
- 1 biji bawang besar | cincang
- 400ml stok daging
- 3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 2 batang lobak | potong dadu
- 1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
- Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
- Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
- Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
5. SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
- 6 biji kentang | belah 4
- 150 gm lobak merah kecil
- 2 batang saderi | cincang
- 50gm krim ayam
- 300ml stok ayam
- 2 sudu teh garam saderi
- 2 sudu teh garam bawang putih
- 1 sudu makan lada hitam
- 50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
- Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
- Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
- Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
6. ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
- 3 keping asam gelugor
- 3 helai daun salam
- 2 batang serai |titik
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 6 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 2cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
- Seterusnya tambahkan air secukupnya.
- Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
- Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
7. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang | potong memanjang
- Sedikit daun ketumbar | hiris
- Beberapa biji cili padi | hiris
BAHAN SOS ( DIBANCUH):
- 4 sudu makan jus limau nipis
- 5 sudu makan stok ayam
- Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
- Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
- Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
- Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
- Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
- Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.
8. KERABU SOTONG SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 12 ekor sotong | dihiris bulat
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 batang serai | dihiris halus
- 2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
- 5 biji cili padi | dihiris halus
- 2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
- 2 biji limau nipis | diambil jusnya
- Secubit garam
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
- Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.
Mudahnya Buat Aiskrim Mewah Homemade Ala Magnum

Siapa je yang tak suka aiskrim kan? Lagi-lagi kanak-kanak yang memang suka aiskrim mewah ala magnum ni.
Kalau nak beli hari-hari, boleh tahan juga harganya. Sebenarnya, mudah je nak buat aiskrim mewah homemade ala magnum ni. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi Riena Eris ni.
AISKRIM MEWAH HOMEMADE ALA MAGNUM
BAHAN-BAHAN:
½ kotak dairy whipping cream
Susu pekat manis (ikut suka nak guna banyak mana, kalau tak nak manis, boleh kurangkan)
Coklat masakan (panaskan secara double boiler)
Almond nibs (sangai atau bakar)
Acuan silicon aiskrim (boleh beli di shopee)
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas | Dapur Rasa Live
TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live
CARA BUAT:
1. Mula-mula, tuangkan susu pekat. Kalau nak manis boleh letak lebih. Tiada sukatan tertentu sebab bergantung kepada tahap kemanisan yang diinginkan.
2. Tuangkan separuh kotak dairy milk whipping cream. Kalau nak habiskan satu kotak pun boleh. Rasa dia lemak-lemak tapi tawar. Kalau nak pakai non dairy whipping cream tapi bezalah sikit rasanya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Kacau-kacau adunan tadi sehingga sebati. Rasakan sama ada dah manis ke belum. Boleh kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer sebab tekstur whipping cream ni memang ringan dan gebu bila dah jadi aiskrim.
4. Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim. Pastikan tinggal ruang sikit sebab nanti bila beku, dia mengembang sedikit. Pastikan dah letak batang aiskrim ye.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Bila dah siap, letak penutupnya dan terus masuk peti ais dan biarkan beku semalaman. Atau boleh bekukan lebih kurang 8 hingga 10 jam, supaya nanti senang nak coating coklat.
6. Coklat masakan tadi kite double boiler kan, tapi saya beli yang dah siap, senang terus celup je. Saya beli berryls gourmet dark coklat. Kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang selera masing-masing.
7. Lepas dah beku, keluarkan dari acuan. Senang sangat nak kuarkan pakai acuan silicone ni.
8. Terus celupkan aiskrim ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi. Kemudian, bila angkat cepat-cepat taburkan badam nibs yang sudah disangai kerana coklat ni cepat beku.
9. Bila dah tabur badam, kemudian masukkan aiskrim dalam peti sejuk lebih kurang 15-30 minit bagi coklat betul-betul beku. Untuk 1 kotak dairy whipping cream tu, boleh dapat dalam 20 batang aiskrim.
*tapi kalau nak lagi jimat, campurkan dengan susu uht sekotak besar lagi banyak dapat memang berbaloi.
*kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white chocolate, terpulang ikut kreativiti masing-masing.
Kredit resipi: Riena Eris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hasil Try & Error Banyak Kali, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Cheesetart
Sedap & Mudah, Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini
Penuh Dengan Aroma Rempah Ratus, Ini Cara Masak Kerutuk Daging
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: