Buat peminat jering, pasti terliur dengan menu ini.Makan akan bertambah kalau dapat menu yang satu ni. Terlupa sekejap diet dek penangan jering balado.
Bahannya mudah didapati,bila saja merebus jering pasti bau kemana-mana. Namun bila dipadu dengan cili memang lupa bau. Sedap tak terkata.
JERING BALADO
Bahan-bahan:
• 250gm jering tua yang sudah direbus
• serbuk perasa,garam dan gula secukupnya
• minyak goreng secukupnya
• air masak secukupnya
Bahan kisar halus :
• 8 tangkai cili kering
• 7 tangkai cili padi merah (sesuai selera)
• 6 biji bawang merah
• 4 biji bawang putih
Cara Memasak :
1.Tumbuk jering satu persatu, lalu goreng sebentar. Asingkan.
2.Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan yang dikisar halus sampai harum dan masak, masuk air secukupnya.
3.Masukkan jering, letakkan serbuk perasa,garam dan gula.
4.Gaul rata, masak sampai kuah kering dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto:@dapur_izma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Pemanisan Mulut Yang Senang Buat, Korang Boleh Cuba Ni.
Pemanis mulut seperti menjadi menu wajib dalam senarai hidangan, walaupun hanya ada satu dua jenis, ia tetap jadi tarikan kerana dessert adalah pelengkap hidangan. Bagi anda yang ingin mencuba. Ini RASA kongsi 3 menu dessert untuk anda semua cuba.
AGAR-AGAR GULA MELAKA:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 1 peket serbuk agar-agar (10gm)
- 1 liter air
- 200g gula melaka
- 1/4 cawan gula
BAHANB:
- 100ml santan pekat |santan kotak
- 150ml air
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan A.
- Masak hingga larut.
- Campurkan pula bahan B, kemudian campurkan dalam A setelah mendidih.
- Terus kacau, apabila mendidih semula tutup api.
- Masukkan dalam acuan.
- Sejukkan sebelum dihidangkan
TRUFFLE KASTARD BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
KEK SPAN VANILA
- 4 biji telur
- 180gm gula halus
- 170gm tepung kek
- 70gm air
- 1 sudu the baking powder
- 15gm ovellete
- 50gm minyak jagung
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 tin buah-buahan cocktail
KRIM KASTARD
BAHAN A:
- 530ml susu penuh krim
- 105gm gula kastor
BAHAN B: guna hand wisk
- 3 kuning telur
- 60gm tepung Jagung
- 1 sudu teh esen vanila
BAHAN C:
- 53gm mentega
CARA MEMASAK:
- Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian ayak.
- Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecualiminyak jagung
- Putar dengan kelajuan perlahan dulu.
- Bila nampak bersatu, tukar kelajuan laju dan putar hingga ringan dan gebu.
- Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula. Gaul rata.
- Kemudian tuang di dalam loyang 8 inci yang dilapik dengan kertas kek dan disapukan mentega sekelilingnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C.
- Bakar selama 30 – 35 minit
- Setelah kek betul-betul sejuk, potong bentuk kuib.
- Sementara itu, sediakan krim kastard, campur Bahan A dalam periuk.
- Masak atas api sampai timbul gelembung.
- Tuangkan sedikit dalam bahan B, kacau sebati
- Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk bahan A.
- Masak seketika dan masuk Bahan C. kacau sebati hingga berkilat.
- Masukkan kastard dalam piping bag supayadan simpan dalam peti sejuk sebelum sedia digunakan..
- Untuk menghidang, potong cube kek tadi dan susun dalam gelas.
- Paip custard dan lapiskan pula dengan buah cocktail.
- Ulang sampai atas gelas.
CHO FUDGE & CHOC CREAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan air panas
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung
- 1 1/2 sudu teh baking soda
- Secubit garam
- 250gm mentega
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan buttermilk
CHOCOLATE BUTTERCREAM:
- 170gm mentega
- 3/4 cawan gula icing
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanilla.
- 2-3 sudu makan whipping cream
CARA MEMASAK:
- Bancuhkan serbuk koko dengan air panas, kacau dan ketepikan.
- Campurkan tepung, soda dan garam, kemudian ayak bersama.
- Putar mentega, gula kastor dan gula perang.
- Tambahkan telur sebiji demi sebiji, kemudian tambahkan vanilla.
- Akhir sekali masukkan buttermilk dan tepung secara berselang seli.
- Masukkan dalam acuan dan bakar selama 25 minit dengan kepanasan 165C.
- Untuk menyediakan butter cream , putar mentega dan gula ising hingga lembut.
- Masukkan serbuk koko dan vanila, gaul rata dan tambahkan whipping cream.
- Kacau rata hingga lembut dan gebu.
- Untuk menghidangkannya, potong kek bentuk kiub. Masukkan sedikit dalam gelas.
- Paipkan krim coklat menggunakan piping bag dan lapisankan semua kek dan akhiri dengn lapisan krim coklat.
- Akhir sekali taburkan coklat di atasnya.
Resipi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Buat
Teringin nak makan nasi ayam homemade. Mudah saja caranya. Boleh ikut resipi berikut.
Bahan-bahan utk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan utk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan utk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan utk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
kredit: amirah hussain
Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah
Kari Ikan tentunya menjadi kegemaran ramai. Melayu, India, Cina dan juga kaum lain turut menggemarinya. Menerusi perkongsian saudari Hasifah Che Mat, beliau ‘memanjangkan’ resipi Kari Ikan yang dicuba dari perkongsian saudari LiLy Wahab yang asalnya diperolehi dari Youtuber terkenal, Sugu Pavitra. Bila dicuba, ternyata rasanya tidak mengecewakan. Sangat sedap dan mendapat pujian suami serta anak-anak. Wow…Tak sabar nak rasa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Kari Ikan yang sedap ni.
CARA MASAK KARI IKAN SEDAP VERSI SUGU PAVITRA
BAHAN-BAHAN:
Ikan jenahak/tenggiri/ikan merah/kembung pun boleh
1 biji bawang besar – hiris nipis – beli online disini
1 labu bawang putih – hiris nipis – beli online disini
2 inci halia – tumbuk lumat
2 biji cili hijau – dikerat 2
1 sudu makan biji sawi / halba campur (biji sawi+halba+jintan manis) – untuk rasa lebih sedap – beli online disini
5-6 tangkai daun kari
3 biji tomato – potong 4
Bendi secukupnya – boleh juga letak terung bulat
2 paket kecil serbuk kari babas – beli online disini
2-3 sudu makan serbuk cili – kalau rajin boleh kisar cili kering campur belacan – beli online disini
1/2 cawan air asam jawa – beli online disini
1 sudu teh santan – beli online disini
Air masak secukupnya
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan biji sawi. Tumis seminit.
2. Masukkan cili hijau. Tumis lagi sebentar.
3. Kemudian masukkan halia. Tumis seketika.
4. Seterusnya masukkan daun kari yang telah dicuci bersih. Tumiskan hingga naik bau.
5. Masukkan hirisan tomato. Tumis seminit.
6. Kemudian masukkan terung. Tumis sampai masak. (jika anda menggunakan terung. Kalau tidak, boleh langkau langkah ini)
7. Masukkan serbuk kari dengan serbuk cili. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan air, tunggu sampai mendidih barulah masukkan air asam jawa.
9. Bila kuah kari telah mendidih, masukkan santan. Kacau sebati dan biarkan seminit.
10. Masukkan ikan dan bendi. Kacau-kacau dan kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan mereneh dalam 3-4 minit.
11. Masukkan gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Sebatikan.
12. Kari Ikan siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Hasifah Che Mat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap
Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official