Kebiasaannya, setelah jemu dengan hidangan berasaskan nasi, makanan yang lebih ringan seperti mi dan bihun menjadi pilihan. Di sini dikongsikan aneka jenis hidangan menarik berasaskan mi dan bihun yang korang boleh cuba sendiri.

MI GORENG MAMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 5 paket mi kuning
  • 40gm bawang merah kisar
  • 50gm bawang putih kisar
  • 20gm cili boh
  • 30gm kuah kacang segera
  • 100gm bebola ikan hiris
  • 100gm fish cake | hiris
  • 100gm isi ayam potong dadu
  • 1kg udang
  • 5 keping tauhu | goreng hiris nipis
  • 3 biji telur
  • 100gm tauge
  • 2kg sawi | potong
  • Minyak masak secukupnya

RESIPI KUAH KACANG:

  • 300gm kacang tanah
  • 500gm bawang merah kisar
  • 300gm bawang putih kisar
  • 30gm udang kering
  • 500gm cili boh
  • 3 liter air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk memasak kuah kacang; kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
  3. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
  5. Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
  6. Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
  7. Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
  8. Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
  9. Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
  10. Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
  11. Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.

INFO CHEF : Boleh dimakan bersama cili padi potong jika mahu lebih pedas.

CHAR KUEY TEOW 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 paket kuey teow
  •  1kg udang
  •  300gm bawang putih kisar
  •  500gm cili boh
  •  30ml kicap cair
  •  20gm lada putih
  •  10 biji telur
  •  300gm tauge
  •  150gm kucai
  •  Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuey teow untuk digaul bersama.
  2. Semasa gaul, pastikan kuey teow tidak melekat antara suatu sama lain.
  3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
  4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuey teow.
  5. Masukkan kucai dan tauge.
  6. Hidangan siap dihidangkan.

INFO CHEF : Satu kg kuey teow boleh dimakan untuk 10 orang.

MI KARI LAKSA

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 5 liter air
  • 3gm bunga lawang
  • 2gm biji pelaga
  • 2gm kayu manis
  • 200gm bawang merah kisar
  • 50gm bawang putih kisar
  • 200gm sebuk kari daging
  • 2 batang serai | ketuk
  • 8 helai daun kari
  • 2kg santan
  • 2 batang bunga kantan | belah dua
  • 2 ikat daun kesum
  • 10gm bebola ikan
  • 10gm fish cake
  • 1kg isi ayam
  • 50gm tauge  | celur
  • 1kg sawi | celur
  • 8 biji telur rebus
  • 40gm cili merah | hiris
  • Sedikit hirisan cili merah
  • 10 biji limau kasturi
  • 10ml minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan tiga rempah sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Setelah itu tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
  3. Masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air, daun kesum,bunga kantan dan serai. Biarkan mendidih selama lima minit.
  5. Masukkan santan dan biarkan ia mereneh.
  6. Masukkan pula bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
  7. Biarkan mendidih sehingga semua sebati.
  8. Untuk menghidang, masukkan mi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan tauge, sawi, hirisan cili merah dan telur rebus.

INFO CHEF : 1kg mi boleh dimakan antara 10-12 orang. Boleh juga diperah sedikit limau ketika hendak makan.

MEE SOTO AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 5 liter air
  • 2gm bunga lawang
  • 5 helai daun limau purut |kisar
  • 2gm biji pelaga
  • 2gm kulit kayu manis
  • 200gm bawang merah |kisar
  • 100gm bawang putih |kisar
  • 5gm halia
  • 2 paket rempah sup
  • 2 batang serai | titik
  • 20gm jintan manis
  • 20gm jintan putih
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 300gm isi ayam
  • 30gm serbuk ketumbar
  • 10ml minyak masak
  • 400gm nasi impit | rebus
  • 100gm bawang goreng | hiasan
  • 10gm tauge | hiasan
  • Sedikit hirisan cili merah | hirisan

SAMBAL KICAP CILI PADI:

  • 20gm cili padi merah/cili api
  • 5gm bawang putih
  • 500ml kicap lemak manis
  • 5ml air limau

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Biar mereneh dan tutup api.
  6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
  7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.

Info chef: 

  • Mi soto enak dimakan dengan sambal kicap cili padi yang pedas.
  • 1kg mi boleh dimakan antara 10-12 orang. Boleh juga diperah sedikit limau ketika hendak makan.

BIHUN SINGAPORE

BAHAN-BAHAN:

  • 4kg bihun | rendam dan tos
  • 10ml minyak masak
  • 200gm bawang merah kisar
  • 100gm bawang putih kisar
  • 80gm lada putih
  • 10gm lada hitam
  • 500gm isi ayam potong dadu
  • 1kg udang
  • 200gm sotong
  • 50gm lobak  hiris panjang
  • 10gm daun bawang hiris panjang
  • 10 biji telur
  • 10gm cili merah hiris
  • Sedikit daun kucai | hiris
  • Sedikit tauge

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
  2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
  3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.

INFO CHEF : 1kg bihun boleh dimakan antara 12 orang.

MI LADNA

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 100gm halia kisar
  • 30gm bawang putih kisar
  • 400gm isi ayam
  • 1kg sotong
  • 500gm udang
  • 1kg sawi
  • 10 biji cili padi | belah dua
  • 500gm lobak | hiris
  • 2kg bunga kobis | potong
  • 2 tin cendawan butang | hiris
  • 5liter air
  • 50ml sos tiram
  • 5ml minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
  2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
  3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
  4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
  5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
  6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF : Boleh juga masukkan telur.

BIHUN TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4kg bihun | celur
  • Minyak masak secukupnya

UNTUK PES:

  • 300gm bawang merah
  • 200gm bawang putih
  • 50gm cili merah
  • 30gm cili kering
  • 20gm lengkuas
  • 5 batang serai  | ketuk
  • 8gm udang kering
  • 15 helai daun limau purut
  • 10gm belacan | bakar
  • 30ml air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya
  • 5 liter air

BAHAN SUP TOM YAM:

  • 500gm ayam
  • 100gm udang
  • 50gm sotong
  • 15gm bawang besar hiris
  • 10gm bawang putih hiris
  • 10gm lengkuas
  • 10 biji buah tomato | belah empat
  • 20ml sos ikan
  • 5ml limau nipis
  • 10 biji cili padi | belah dua
  • 15gm daun ketumbar | racik
  • 150gm bunga kubis | potong
  • 100gm lobak | potong
  • 10 biji cendawan butang | hiris
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga menjadi pes tom yam.
  5. Masukkan air.
  6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih.
  7. Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.

INFO CHEF: Boleh tambah cili padi ketuk jika mahu lebih pedas.

MI BANDUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning
  • 300gm cili kering
  • 500gm bawang merah kisar
  • 50gm bawang putih kisar
  • 50ml sos tiram
  • 100ml sos cili
  • 20gm udang kering kisar
  • 1kg udang segar
  • 5 liter stok daging
  • 10 biji telur
  • 2kg sawi |potong
  • 200gm tauge
  • 150gm bunga kubis | potong
  • 20gm cili merah hiris
  • 5 keping tauhu | goreng dan hiris
  • 15 biji telur rebus   | belah enam
  • 10 biji limau kasturi |belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus udang kering bersama sedikit air. Angkat dan ketepikan. Air jangan buang.
  2. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, cili sos kemudian masukkan air stok rebusan daging
  5. Masukkan udang dan daging, kacau seketika.
  6. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih.
  7. Pecahkan telur untuk tambahkan rasa.
  8. Masukkan sayur-sayuran dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi yang telah dicelur.
  9. Boleh dihidangkan dengan potongan telur rebus, hirisan cili, limau kasturi dan tauhu goreng.

Info chef:

  • 1kg mi untuk 10-12 orang makan.
  • Boleh juga masukkan telur.

MI HAILAM

BAHAN-BAHAN

  • 5kg mi kuning | celur
  • 150gm bawang putih | kisar
  • 300gm bawang merah | kisar
  • 500gm isi ayam
  • 300gm udang
  • 50ml kicap pekat
  • 20gm lada hitam
  • 300ml sos tomato
  • 350ml sos tiram
  • 5 liter air
  • 20gm cili merah | hiris nipis
  • 400gm bawang goreng
  • 6 biji telur
  • 100gm bunga kubis | potong
  • 300gm sawi | potong
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.

INFO CHEF : Boleh juga masukkan cili padi yang diketuk ke dalam kuah mi.

IKLAN

MI BAKSO

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 300gm bawang merah | kisar
  • 500gm bawang putih | kisar
  • 50gm halia kisar
  • 10 helai daun limau purut | kisar
  • 5 batang serai | kisar
  • 5 liter air
  • 100gm rempah sup
  • 5 biji cili merah | hiris
  • 50gm lada putih
  • 20gm serbuk lada hitam
  • 500gm bebola daging
  • 100gm daun bawang | potong halus
  • 50gm tauge
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
  2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.

INFO CHEF : Hidangkan bersama sambal kicap jika inginkan pedas. Boleh juga campurkan mi dan bihun.

MI REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning celur
  • 40gm bawang putih | kisar
  • 500gm bawang merah | kisar
  • 5 batang serai | ketuk
  • 20gm halia | kisar
  • 10gm cili | kisar
  • 50gm udang kering| kisar
  • 100gm serbuk kari daging
  • 500gm keledek | rebus dan lenyek
  • 5 liter air rebusan daging
  • 20gm garam
  • 20gm gula
  • 300gm tauge
  • 50gm daun bawang
  • 30gm cili merah hiris
  • 20 keping tauhu goreng
  • 15 biji telur rebus | potong enam
  • 200gm bawang goreng
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar, rempah kari, cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
  2. Masukkan keledek yang direbus tadi. Tambahkan air rebusan daging.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan bersama telur rebus, tauhu goreng, cili hiris dan lain-lain.

INFO CHEF : Boleh juga diperahkan sedikit limau kasturi ketika hendak makan.

MI UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg mi kuning | celur
  • 10kg udang
  • 100gm bawang merah | kisar
  • 200gm bawang putih | kisar
  • 30gm halia | kisar
  • 50gm cili kering | kisar
  • 500gm sos cili
  • 50gm sos tomato
  • 500ml udang kering
  • 5 liter stok udang
  • 500gm bawang goreng
  • 15 biji telur | rebus dan belah enam
  • 10 biji tauhu goreng
  • 50gm daun bawang | hiris
  •  20gm cili merah | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, stok udang masak sehingga kuah mendidih.
  4. Kemudian masukkan udang, dan tambah garam secukup rasa.
  5. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan bawang goreng dan bahan hiasan.

INFO CHEF : Boleh tambah sayuran lain jika anda gemar sayur-sayuran.

MEE KARI SIPUT LALA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 paket mi kuning  | celur
  • 5gm kulit kayu manis
  • 3gm bunga lawang
  • 2gm cengkih
  • 2gm buah pelaga
  • 15 helai daun kari
  • 500gm bawang merah | kisar
  • 30gm bawang putih | kisar
  • 20gm halia | kisar
  • 5 batang serai | kisar
  • 100gm rempah kari ayam
  • 5liter air
  • 1kg siput lala
  • 150gm bebola ikan
  • 150g kek ikan
  • 8gm asam gelugur
  • 2kg santan pekat
  • 1 tin susu cair
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari dan daun kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  2. Kemudian tuang air. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan pula santan pekat, susu cair, bebola ikan, kek ikan, siput lala asam gelugur tambahkan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan mi bersama bahan hiasan seperti telur rebusa, tauhu goreng dan cili merah dan tuang kuah secukupnya.
  5. Sedia dinikmati.

Info chef: Enak juga dimakan bersama sambal kicap cili.

Kredit resipi: Chef Muhammad Afiq bin Rosdi (Acacia Tree Koffie)