Cuaca panas dapat makan jeli kelapa muda memang sungguh nikmat. Selalunya kalau nak makan jeli ni kita beli. Sebenarnya membuat jeli kelapa muda ni pun tidak renyah dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Boleh cuba buat ikut resipi oleh Zuria Zubir. Sebelum makan sejukkan dahulu, gerenti tak cukup satu.
JELI KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
1 jug besar air kelapa
8 cawan air
2 cawan gula
1 paket serbuk jeli kelapa
3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Ads
1.Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.
2.Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.
Ads
3.Masukkan serbuk jeli kelapa. Kacau sebati.
4.Masukkan juga daun pandan.
5.Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.
6.Tuang campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.
Ads
7.Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Ada yang suka makan bahulu gulung? Potong kecil-kecil sedap dinikmati bersama kopi panas. Lebih sedap jem pun dibuat sendiri. Boleh follow resipi yang dikongsi oleh Badariah Abdrahman ni. Puan ini membuat mini bahulu gulung menggunakan acuan apam balik. Selamat mencuba.
BAHULU GULUNG Bahan-bahan: 2 cawan telur 2 cawan gula pasir(Saya keluarkan 2 sudu makan) 2 cawan tepung gandum.(Saya tambah 2 sudu makan) Disangai. Diayak letak 1/2 teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil esen vanila. (Kalau nak letak perasa lain pun ok seperti pandan dan strawberi-BELI ONLINE DI SINI
Pukul gula dan telur sampai gebu. Masukkan tepung sikit-sikit dan perasa.
Jem nenas. 2 biji nenas- diparut Sedikit kulit kayu manis Gula ikut kemanisan (Sedikit gula batu, tak nak tak apa). Masak hingga nak kental. Bakar adunan dalam oven. Suhu 200 api atas bawah dalam masa 15 minit. Atau dah kekuningan. Angkat terus letak jem. Panas-panas terus gulung. # selalu buat guna tepung cap kunci.
Pernah cuba makan Kerepek Labu? Sedap tau. Rasa rangup, lemak-lemak manis memang sangat enak walaupun tidak ditambah garam atau sebarang perisa lain. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Nomie Harun. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai dimakan seisi keluarga. Malah kos nya juga tidak mahal. Hanya guna 2 bahan sahaja. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan labu dan potong ikut ira lekok labu. Buang bijinya. 2. Kupas kulit agak-agak sahaja. Jangan kupas terlalu tebal. Cukup sekadar agak-agak masih ada warna hijau pada labu. 3. Bila sudah selesai buang kulit, sagat nipis-nipis labu menggunakan penyagat. 4. Bila siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh begitu sahaja. 5. Lapik tisu dapur atas talam. Letak kepingan labu yang di tos tadi dalam talam dan jemur.
6. Jemur hingga agak-agak kering di bawah matahari. Anggaran masa dalam ½ – 1 jam lebih kurang bergantung pada cuaca. Tujuan labu dijemur supaya nak bagi kerepek ini rangup bila digoreng.
7. Bila siap dijemur, panaskan minyak yang banyak dan goreng menggunakan api sederhana. 8. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan sejukkan. 9. Bila kerepek telah sejuk, boleh simpan dalam balang.
Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Nampak sedap!
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air. Masukkan daun pandan.
2. Setelah gula larut, biarkan air gula sejuk. Tapis air gula jika perlu.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga mendapat adunan yang sebati.
4. Ambil loyang bersesuaian dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
5. Panaskan pengukus dan setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.
6. Setelah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
7. Gaul potongan kaswi bersama parutan kelapa yang telah dicampur dengan secubit garam.
Kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati memudahkan penyediaan juadah Raya dengan sos creamy dan versatil. Cipta hidangan lebih sedap, praktikal dan penuh kasih untuk keluarga.