4. Masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yang diayakkan tadi. Kacau sebati sekali lagi.
5. Sapu loyang dengan minyak atau alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian, tabur kurma keras tadi ikut kreativiti masing-masing.
Ads
6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 55 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
Ayam masak kuzi antara hidangan dari Kelantan dan juga Johor. Cuma cara memasaknya antara dua negeri ini juga agak berbeza.
Apapun ayam masak kuzi ini cukup enak dimakan dengan dengan roti jala atau apa jenis roti, mahupun nasi. Bagi yang nak cuba membuat ayam masak kuzi cara pantai timur, boleh ikut perkongsian resipi oleh Halina Ab Hamid.
Cara buat ayam masak kuzi
Bahan-bahan
1 ekor ayam – direbus & goreng (minyak goreng ayam simpan untuk menumis)
1/2 kg bawang merah – mayang, goreng dan kisar
3 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu manis
6 ulas bawang putih -ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
2 sudu makan penuh rempah kuzi – (cap Kg Langgar)
Cara memasak
1. Tumis bawang putih & halia dengan mengunakan minyak sapi dan minyak goreng ayam sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sampai masak (lebih kurang 20 minit).
3. Bila sudah masak, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar (tambah air, kena pandai agak-agak). Masukkan juga susu cair, susu pekat dan sos tomato. Kacau sebati hingga menggelegak.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tak cukup rasa tambah tomato, garam dan gula. Nak manis atau masin atas cita rasa masing-masing. Boleh juga tambahkan kismis dan kacang gajus jika suka.
5. Bila ayam kuzi dan pekat seperti dalam gambar boleh tutup api. Boleh dihidangkan untuk dimakan dengan nasi, roti atau roti jala.
Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedap dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Dihidangkan pula panas-panas dari dapur. Kepada anda penggemar masakan Cina, berikut RASA bawakan Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang berbesar hati untuk berkongsi lima menu istimewa masakan Cina yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
Sedia dinikmati.
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Cyoh Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!