Antara kek yang mudah untuk dibuat adalah kek pisang. Tapi tak mudah juga nak dapatkan kek pisang yang sedap tau. Boleh try resipi ni untuk dapatkan kek pisang yang yummy.
KEK PISANG
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula kastor
4 biji telur ayam gred A
1 cawan minyak jagung
4 biji pisang emas (dilecek)
BAHAN AYAK
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN LAIN
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 170 oC. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Putar gula kastor, telur ayam dan minyak jagung dalam anggaran 3-5 minit atau sehingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula Bahan Ayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Putu Kacang Hijau @ Koya. Kuih ‘Legend’ Ni Guna Dua Bahan Aje .
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
- 1 kg kacang hijau
- 1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
1. Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
2. Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit
4. Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
5.Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
6.Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com
.
5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!
Di laman-laman sosial, terlalu banayk resipi yang di kongsikan. Ada diantaranya yang mudah, ada resipi yang sukar namun dipermudahkan penyediaannyamalah ada juga resipi yang diolah menggunakan bahan-bahan yang lebih mudah. Maka terhasillah aneka resipi vira. Khas buat anda, RASA kongsikan resipi kek viral yang boleh anda cuba. Memang sedap dijamin menjadi!
1. KEK KAROT KUKUS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A: (Dikisar hingga kembang)
- 2 bji telur
- 1/2 cawan gula
- 3/4 minyak jagung
- Campur 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN B: (diayak)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN LAIN:
- 1 cawan karot | diparut
CARA MEMASAK:
- Campur bahan B campuran tepungke dalam bahan adunan A yang dikisar tadi dan gaul
- Masukkan karot. Gaul rata.
- Kukus dalam setengah jam ke 45 minit.
- Panaskan kukus terlebih dahulu dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek.
Kredit resipi & foto: Zuraini Manap
2. KEK LAVA COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan koko
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/4 cawan tepung
- 1 sudu teh baking powder
- Setengah sudu teh baking soda
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan dalam 5 minit kecuali baking powder dan baking soda.
- Setelah dikisar rata,masukkan tepung baking soda dan baking powder dan kisar semula hingga sebati.
- Bahagi kek kepada 2 loyang saiz 6”atau 7”
- Bakar kek 170c selama 30minit atau hingga masak
- Kemudian sejukkan untuk letak topping
BAHAN-BAHAN: TOPPING CHEESE
- 250gm cream cheese.
- 1 cawan non dairy whipping cream.
- 1 cawan susu cair/susu full cream.
- 1 cawan susu pekat manis.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
CARA MEMASAK:
- Kisarsemua bahan hingga sebati.
- Tuang atas kek dan ratakan.
- Ayak koko atas kek.
- Kemudian piping cheese di atas koko.Atau boleh buat deko mengikut kesukaan masing-masing.
Kredit resipi & foto: Shahila Hanim
3. KEK PANDAN CHEESE
BAHAN A:
- 5 biji telur gred A
- 1 camca besar ovellate
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 camca besar pes pandan
- 1 camca kecil pewarna hijau ( kalau nak hijau yang cantik, beli jenis dark green)
- semua bahan di atas putar dengan kelajuan tinggi selama 20 minit/warna jadi pudar)
BAHAN B:
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1 camca kecil baking powder
- 1/2 camca kecil soda bikarbonat
(semua bahan dia atas ayak) - 1/2 camca kecil cream of tartar
- 1/4 cawan susu cair
- 1/4 cawan minyak
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan ayak sedikit sedikit ke dalam Bahan A
- Putar lebih kurang 5 minit.
- Masukkan minyak dan susu dan kaup balikkan (sebatikan)
- Sapukan loyang dengan minyak dan letak kertas kek
- Masukkan adunan – Kukus guna api sederhana selama 40 – 45 minit atau sehingga kek masak
BAHAN TOPPING KEK:
- 250 gram cheese
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan whipping cream
- Putar hingga sebati (kalo ikut resepi asal simpan dalam peti sejuk 10 minit)
- Curah atas kek
- Tambah 1/4 susu cair – untuk lapisan cheese jika mahu cheese yang meleleh
- Curah atas kek
- Parut cheedar tabur atas curahan krim tadi sbg hiasan
Kredit resipi & foto: cikgu azlina ina
4. KEK RED VELVET GEBU
*Acuan 7 inci.
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan
BAHAN A
- 170g mentega
- 150g gula castor – saya pakai 120g utk kurang manis
- 3 biji telur
BAHAN B (kering) – ayak sekali
- 250g tepung naik sendiri
- ½ sudu kecil baking soda
- 2 sudu besar serbuk koko
- ½ sudu kecil garam halus
BAHAN C – campur dan sebatikan
- 1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
- 2 sudu besar pewarna merah
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul
- Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering
- Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing
- Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak
FROSTING CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 350g cream cheese
- 70g mentega
- 200g gula aising
- 1 sk ekstrak vanilla
CARA MEMASAK:
1. Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.
2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair
Kredit resipi & foto: enyabdullah
5. KEK 2 BAHAN BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
- Biskut marie (satu bungkus)
- Susu cair (satu tin)
CARA MEMASAK:
- Kisar kedua-dua bahan sehingga halus.
- Kemudian terus tuang ke bekas acuan. Dan kukus sehingga masak.
- Toping atas kek guna coklat nutella.
Kredit resipi & foto: raihana maturidi
Milo Crackers Guna Tiga Bahan Aje, Jimat Dan Sedap
Bagi kamu yang suka ratah milo, suka sangat dengan serbuk coklat bolehlah buat resipi Milo Crackers ni. Hanya guna tiga bahan sahaja dan tidak perlu membakar, tunggu sejuk terus boleh menikmatinya. Mudahkan? Apa lagi jom cuba!
RESIPI MILO CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek biskut Marie
- 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
- 1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
- Additional: chocolate rice sebagai hiasan.
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Siap.. Jangan risau biskut ni memang rangup!
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: Nurasykin Ali