Di laman-laman sosial, terlalu banayk resipi yang di kongsikan. Ada diantaranya yang mudah, ada resipi yang sukar namun dipermudahkan penyediaannyamalah ada juga resipi yang diolah menggunakan bahan-bahan yang lebih mudah. Maka terhasillah aneka resipi vira.  Khas buat anda, RASA kongsikan resipi kek viral yang boleh anda cuba. Memang sedap dijamin menjadi!


1. KEK KAROT KUKUS

5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!

5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A: (Dikisar hingga kembang)

  • 2 bji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 minyak jagung
  • Campur 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B: (diayak)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN LAIN:

  • 1 cawan karot | diparut

CARA MEMASAK:

  1. Campur bahan B campuran tepungke dalam bahan adunan A yang dikisar tadi dan gaul
  2. Masukkan karot. Gaul rata.
  3. Kukus dalam setengah jam ke 45 minit.
  4. Panaskan kukus terlebih dahulu dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek.

Kredit resipi & foto: Zuraini Manap

 

2. KEK LAVA COKLAT

5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan koko
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • Setengah sudu teh baking soda

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan dalam 5 minit kecuali baking powder dan baking soda.
  2. Setelah dikisar rata,masukkan tepung baking soda dan baking powder dan kisar semula hingga sebati.
  3. Bahagi kek kepada 2 loyang saiz 6”atau 7”
  4. Bakar kek 170c selama 30minit atau hingga masak
  5. Kemudian sejukkan untuk letak topping

BAHAN-BAHAN: TOPPING CHEESE

IKLAN
  • 250gm cream cheese.
  • 1 cawan non dairy whipping cream.
  • 1 cawan susu cair/susu full cream.
  • 1 cawan susu pekat manis.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.

CARA MEMASAK:

  1. Kisarsemua bahan hingga sebati.
  2. Tuang atas kek dan ratakan.
  3. Ayak koko atas kek.
  4. Kemudian piping cheese di atas koko.Atau boleh buat deko mengikut kesukaan masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Shahila Hanim

 

3. KEK PANDAN CHEESE

5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!

BAHAN A: 

  • 5 biji telur gred A
  • 1 camca besar ovellate
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 camca besar pes pandan
  • 1 camca kecil pewarna hijau ( kalau nak hijau yang cantik, beli jenis dark green)
  • semua bahan di atas putar dengan kelajuan tinggi selama 20 minit/warna jadi pudar)

BAHAN B:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 camca kecil baking powder
  • 1/2 camca kecil soda bikarbonat
    (semua bahan dia atas ayak)
  • 1/2 camca kecil cream of tartar
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/4 cawan minyak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan ayak sedikit sedikit ke dalam Bahan A
  2. Putar lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan minyak dan susu dan kaup balikkan (sebatikan)
  4. Sapukan loyang dengan minyak dan letak kertas kek
  5. Masukkan adunan – Kukus guna api sederhana selama 40 – 45 minit atau sehingga kek masak

BAHAN TOPPING KEK:

IKLAN
  • 250 gram cheese
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan whipping cream
  • Putar hingga sebati (kalo ikut resepi asal simpan dalam peti sejuk 10 minit)
  • Curah atas kek
  • Tambah 1/4 susu cair – untuk lapisan cheese jika mahu cheese yang meleleh
  • Curah atas kek
  • Parut cheedar tabur atas curahan krim tadi sbg hiasan

 

Kredit resipi & foto: cikgu azlina ina

 

4. KEK RED VELVET GEBU 

5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!

*Acuan 7 inci. 

Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

BAHAN A

  • 170g mentega
  • 150g gula castor – saya pakai 120g utk kurang manis
  • 3 biji telur

BAHAN B (kering) – ayak sekali

  • 250g tepung naik sendiri
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil garam halus

BAHAN C – campur dan sebatikan

IKLAN
  • 1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul
  3. Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering
  4. Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing
  5. Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

FROSTING CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 350g cream cheese
  • 70g mentega
  • 200g gula aising
  • 1 sk ekstrak vanilla

CARA MEMASAK:
1. Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.
2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair

Kredit resipi & foto: enyabdullah

 

5. KEK 2 BAHAN BISKUT MARIE

5 Aneka Resipi Kek Viral Wajib Cuba. Sedap, Mudah Dan Memang Menjadi!

BAHAN-BAHAN: 

  • Biskut marie (satu bungkus)
  • Susu cair (satu tin)

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kedua-dua bahan sehingga halus.
  2. Kemudian terus tuang ke bekas acuan. Dan kukus sehingga masak.
  3. Toping atas kek guna coklat nutella.

Kredit resipi & foto: raihana maturidi

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI