Antara kek yang mudah untuk dibuat adalah kek pisang. Tapi tak mudah juga nak dapatkan kek pisang yang sedap tau. Boleh try resipi ni untuk dapatkan kek pisang yang yummy.
Ads
KEK PISANG
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula kastor
4 biji telur ayam gred A
1 cawan minyak jagung
4 biji pisang emas (dilecek)
Ads
BAHAN AYAK
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN LAIN
1 sudu kecil esen vanila
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 170 oC. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Putar gula kastor, telur ayam dan minyak jagung dalam anggaran 3-5 minit atau sehingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula Bahan Ayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi penggemar kek, resipi Kek Apam Karamel perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang mudah dan sedap yang boleh cuba buat sendiri di rumah. Tidak perlu ketuhar pun. Hanya perlukan periuk kukusan sahaja untuk menghasilkan kek yang sedap ini. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KEK APAM KARAMEL KUKUS
BAHAN KARAMEL:
8 sudu makan gula – goreng dalam loyang. Ketepikan.
CARA MEMASAK: 1.Satukan telur, gula dan ovalette. Pukul hingga kembang. 2. Masukkan susu cair, minyak masak dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sekata. 3. Tambahkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Sebatikan. 4. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut cita rasa masing-masing.
5. Tuang adunan kek ke atas puding karamel tadi. Corakkan ikut kreativiti. Kukus lagi selama 45 minit.
6. Setelah kek masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Dah muak dengan rasa pelbagai jenis kek. Kali ni nak buat kek yang tidak muak rasanya. Jika sebelum suka dengan kek yang simple seperti kek butter kita olah rasa dengan meletak Horlick di dalamnya. Pasti sedap ni.
KEK BUTTER HORLICKS Bahan-bahan: 500gm butter (Akak guna purebutter)
1 gelas gula pasir
3 gelas tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
1 gelas Horlicks
1/2 tin susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI
10 biji telur
1 sudu makan baking powder -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar.
4. Masukkan susu pekat manis dan putar
5. Masukkan horlicks dan putar
6. Masukkan esen vanilla dan putar.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
8. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
9. Dua biji loyang ukuran 8”x 8” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
10. Bahagikan kepada dua adunan / loyang.
11. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.
Biasanya bila buat coklat cip pastilah rasa coklat atau koko. Tapi Orange Chocolate Chip Cookies @ Biskut Oren Coklat Cip ni beraroma dan kaya dengan rasa oren .
Bagi mereka yang inginkan kelainan rasa bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam FB Rasa Share Resipi ini. Untuk menyedapkan lagi biskut ini coklat cip, hirisan badam dan cornflakes menjadikan ia rangup dan nikmat dikunyah. Berbaloi dicuba.
ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B ( diayak ) :
Bahan C :
.
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati . 2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul rata . 3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna . 4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A . 5. Kacau sebati . 6. Akhir sekali masukkan Bahan C . 7. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra . 8. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar . 9. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar . 10.Ulang proses sehingga selesai . 11. Panaskan oven, bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
12. Setelah masak , sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara .
Musim perayaan Hari Raya ni ramai yang ambil kesempatan buat biskut dan kuih raya sendiri di rumah untuk dihidangkan buat para tetamu yang datang nanti. Namun, nak buat biskut perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.