Macam-macam cara orang masak sup ekor ada ala mamak, siam ataau sup biasa. Tapi hari ini RASA nak kongsikan masak sup ekor yang memang kau-kau rasanya, sekali makan gerenti nak lagi, tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau berempah. Nak tau caranya ikut resipi ni…
SUP EKOR
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ads
1kg ekor lembu | bersihkan
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut perencah sup tulang
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Rebus ekor, selepas mereneh lima minit. Tutup api dan buang airnya.
Masukkan air lain kemudian rebus hngga empuk. Setelah empuk, tutup api dan ketepikan
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas , serai hingga dan perencah sup tulang wangi
Seterusnya masukkan pula rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah tutup api.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
Hidangkan bersama sambal kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masak lemak cili api resipi dari Negeri Sembilan seringkali digandingkan dengan sayur-sayuran. Bukan saja enak tapi juga hidangan jadi lebih lengkap dengan khasiat dari sayuran. Salah satunya adalah hidangan ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga.
Dikongsi oleh SuiSan Aliezsha hidangan yang enak ini juga boleh disajikan sebagai menu ibu berpantang. Cuma perlu gantikan cili api dengan lada hitam.
Resipi ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga
Bahan-bahan
600 gm – ikan tenggiri (boleh beli tenggiri bunga, kerana isinya lebih lembut dari tenggiri batang)
Cili api – ikut tahap kepedasan yang disukai
Kunyit hidup – secukupnya
1 biji kelapa parut – saiz besar, perah ambil santan dan pastikan guna kelapa tua
Asam keping
Pegaga
Cara membuat
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Sediakan kuali, masukkan ikan, bahan ditumbuk dan santan. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
3. Selepas mendidih masukkan asam keeping dan garam secukup rasa.
4. Apabila kuah sudah masak dan pekat, masukkan pegaga. Kacau dalam beberapa minit. Tutup api dan hidangkan.
Menu lauk pauk berkicap yang cepat siap dan mudah memang digemari ramai. Ia merupakan antara sajian pilihan untuk anak-anak. Malah orang dewasa juga gemarkannya. Nampak ringkas namun hasilnya memang mengagumkan. Khas buat anda yang gemarkan aneka masakan kicap, RASA berkongsi seleksi resipi lauk pauk yang pastinya menepati cita rasa anda.
1. DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging |hiris nipis
30ml kicap manis
10gm sos tiram
8 biji cili padi |ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih|dicincang
3cm halia |dihiris nipis
1 labu bawang besar |potong bulat
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
2. HATI AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300gm hati ayam
45ml kicap manis
15 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih|kisar
1 labu bawang besar |potong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada hati ayam. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bersama bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
Masukkan bawang besar, hati ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan kicap. Kacau sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan garam boleh dikurangkan memandangkan hati ayam telah diperasa dengan garam ketika proses menggoreng.
3. IKAN CELUP TEPUNG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ketul isi ikan merah
45ml kicap manis
10 biji cili padi|dikisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 ulas bawang putih |kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan. Salut isi ikan dengan tepung jagung kering dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili menjadi masak.
Masukkan ikan goreng tepung dan kicap manis. Gaul sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan ikan merah boleh digantikan dengan menggunakan ikan jenahak atau ikan tenggiri.
4. IKAN GORENG KICAP SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.
Info Chef: Penggunaan ikan kembung boleh digantikan dengan menggunakan ikan selar.
5. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol
45ml kicap manis
20gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 labu bawang besar|dibelah empat
1 biji cili merah |dipotong serong
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
6. MACKEREL GORENG BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
5 ketul mackerel (dalam tin)
45ml kicap manis
15ml sos cili
1 labu bawang besar |potong bulat
2 biji cili merah |hiris serong
1 biji cili hijau |hiris serong
3cm halia muda|hiris nipis
2 ulas bawang putih |dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan mackerel sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, halia, cili merah dan cili hijau.
Masukkan kicap manis dan sos cili.
Masukkan ikan mackerel goreng dan tambahkan garam dan lada sulah secukupnya.
Info Chef: Pastikan anda mengambil ikan mackerel tanpa kuahnya di dalam tin.
7. SOTONG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
10 ekor sotong |bersihkan
1 batang lobak merah|potong baji
30ml kicap manis
4 ulas bawang putih|cincang
1 labu bawang besar|potong bulat
1 biji cili merah|potong serong
4cm halia muda|dihiris nipis
5gm serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sotong, lobak merah dan kicap. Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama
8. TAUHU TELUR BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu telur
1 batang lobak merah |dihiris nipis
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
30ml kicap manis
3 ulas bawang putih |dicincang
1 labu bawang besar |dibelah empat
3cm halia muda|dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef:Tauhu telur tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan tekstur dan bentuknya.
9. UDANG KICAP BERHALIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang galah
45ml kicap manis
1 labu bawang besar |dipotong bulat
1 biji cili merah |dipotong serong
1 biji cili hijau |dipotong serong
4cm halia muda |dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.
Info Chef:Pemilihan udang harimau atau udang galah amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...