Kalau nak beli ketam jangan tengok pada saiz je ye korang. Ada beberapa perkara lain yang perlu diperhatikan juga supaya ketam yang korang beli tu berbaloi dengan duit yang korang keluar. Oleh itu pastikan ia segar dan banyak isi. Apa yang perlu diberi perhatian semasa beli ketam, baca tip ni.
Ketam Masih Hidup
Jika ada pilihan, lebih baik beli ketam masih hidup berbanding yang sudah mati, untuk memastikan ia masih segar perhatikan pergerakannya. Jika ia masih hidup ia akan melawan bila disentuh. Itu tanda ia masih elok dan segar.
Ads
Perhatikan Warna
Jangan beli ketam berwarna terang dan berkilat. Pilih yang mempunyai cengkerang berwarna kusam dan bergerigi, ini menunjukkan ia telah bertukar kuit dan mempunyai isi yang banyak serta padat.
Lihat Matanya
Pilih ketam yang mempunyai mata yang elok dan bergerak. Semua ini menandakan ketam masih segar dan elok.
Ads
Periksa Bahagian Bawah Badan Ketam
Ads
Tengok bahagian bawah badan ketam untuk memilih ketam jantan atau betina. Jika bahagian perut menunjukkan alur membentuk tiga segi dan runcing, ia bermakna ketam jantan, jika membulat sedikit ia adalah ketam betina.
Elak Beli Ketam Berbau
Elakkan beli ketam yang berbau dan hamis, kerana bau tersebut itu tanda ketam sudah tidak segar lagi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cili padi adalah antara bahan masak yang wajib ada di dapur. Memang tak boleh habis bekalan. Namun, jika beli dalam kuantiti yang banyak, cili ini mudah rosak dan busuk. Rugi pula kan? Namun ada petua yang boleh anda cuba. Cara ini dikatakan boleh menjadikan cili padi anda kekal segar sehingga lebih 2 minggu. Wow! Memang berbaloi kalau cuba. Jom lihat cara-caranya.
CARA-CARA SIMPAN CILI SUPAYA TAHAN LAMA
Cuci bersih cili dan toskan.
Biarkan kering. Jika nak cili kering dengan cepat, letak diatas tuala lap yang bersih.
Masukkan cili ke dalam bekas yang telah dialas dengan tisu.
Masukkan juga 2-3 ulas bawang putih. Jika banyak, guna 2/3 ulas. Jika cili sedikit, 1 ulas sudah memadai.
Simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Hasilnya cili akan tahan lebih lama.
Hari ni min nak cerita pasal makanan yang harus dielakkan oleh penderita asthma. Sebenarnya belum terbukti lagi ada makanan ‘ajaib’ yang boleh menyembuhkan pengidap penyakit ini . Tetapi ada makanan yang diambil boleh memberi pengaruh dan kesan kepada penghidap penyakit ini.
Ada juga makanan yang boleh menyebabkan simpton asthma makin memburuk. Tapi sebelum tu meh kita ambil tahu apa itu penyakit asthma.
Asma atau lelah adalah penyakit berkaitan saluran pernafasan yang digolongkan sebagai alahan seperti resdung (allergic rhinitis) dan masalah kulit (eczema). Namun, masih ramai menyamakan asma dengan semput disebabkan simptom serupa terutama kesukaran bernafas apabila terlalu letih.
Individu yang mengalami semput tidak semestinya mempunyai asthma. Serangan asthma berlaku apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung dengan paru-paru mengalami kekejangan mengakibatkan saluran itu mengecil hingga sukar bernafas.
Semput pula seakan asthma tetapi ia berlaku berkemungkinan besar daripada penyakit berkaitan paru-paru seperti pneumonia, bronchitis, anemia, lemah jantung atau fibrosis.
Memang benar tidak semua orang memberi tindakbalas yang sama kepada jenis makanan yang sama. Tetapi adalah lebih baik jika penghidap asthma memantau pemakanan dan cuba elakkan memakannya…
1. BUAH-BUAHAN KERING
Foto : ohnos.com
Ni makanan yang paling patut dielakkan kerana kebanyakan buah-buhan kering mengandungi ‘sulfites’. Ia adalah bahan pengawet untuk memanjangkan tarikh hayat makanan yang boleh membawa masalah kepada penghidap asthma. Baca label ramuan, jika ada perkataan ‘potassium bisulfite’ dan ‘sodium sulfite, ia boleh menganggu saluran pernafasan dan mencetus asthma.
2.UDANG & MAKANAN LAUT
Foto : foodmanufacture.co.uk
Tak kisahlah udang sejuk beku atau udang yang sudah dimasak. Hmm…sekali lagi puncanya adalah sulfites. Udang sejuk beku dan juga makanan laut yang lain sering mengandungi sulfites kerana bahan ini menghalang pembentukan titik hitam pada udang atau makanan laut. Dan jika makan di luar, pastikan kuah sup yang dimakan tidak mengandungi udang atau makanan laut yang lain.
3. ACAR
Foto : yummies.com
Acar atau makanan jeruk , tak kisahlah yang dibuat daripada buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Acar juga mengandungi zat sulfur, jadi ia boleh mendedahkan kepada serangan asthma.
4. KENTANG GORENG DAN YANG DIPROSES
Foto : chicagotribune.com
Penghidap asma juga perlu berwaspada dan menjauhi dari kentang goreng yang pastinya mengandungi MSG dan garam. Terdapat campuran kentang lecek yang dijual dalam paket juga mengandungi pengawet bisulfites. Jika teringin juga nak makan, makanlah kentang yang dimasak sendiri atau direbus, kukus atau dibakar dalam oven dan bukannya yang digoreng.
5. BUAH-BUAHAN DALAM TIN & JUS BUAH DIPROSES.
Foto : millenialogy.com
Buah-buahan seperti ceri atau jus dijual dalam betul juga boleh mengandungi pengawet yang boleh merangsang ‘bronchospasm’ atau simpton asthma yang lain.
6. ALAHAN MAKANAN
Foto : www.foreverfit.com
Jika anda dah tahu apa makanan yang memberi kesan alahan, eloklah dijauhi daripada memakannya. Contoh makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah gandum, kacang soya, kacang tanah, kekacang seperti badam dan walnut, telur, susu, ikan dan makanan laut. Makanan ini dipercayai boleh merangsang risiko mencetus asthma.
7. AIS DAN MINUMAN SEJUK
Foto : wallpaperswide.com
Air sejuk dipercayai boleh mengecilkan saluran pernafasan dan boleh membuatkan wujudnya simpton-simpton asthma.
Di sebalik kegunaan biasa microwave untuk memanas dan memasak makanan dengan cara mudah dan cepat. Sebenarnya, ketuhar gelombang micro ini banyak lagi kegunaannya yang boleh dimanfaatkan bila dalam keadaan terdesak. Berikut kegunaan lain microwave yang boleh anda cuba:-
Kupas bawang putih tanpa pedih mata
Caranya, panaskan bawang putih dalam ketuhar gelombang selama 15 minit, kemudian bawang tersebut boleh dikupas dengan mudah.
Bakar kek lima minit
Tak sabar menunggu kek masak ? Apa lagi gunakan microwave kerana dengannya anda boleh buat kek sepantas lima minit.
Mudahkan perahan lemon
Sebelum membuat jus lemon, panaskan buah yang telah dipotong dalam microwave selama 10-15 saat. Ia akan membuat lemon atau limau diperah dengan lebih mudah.
Buat kacang panggang lebih mudah & cepat
Letakkan kacang dalam mangkuk, tambah sedikit minyak dan panaskan dalam microwave selama satu minit, kemudian kacau selang satu minit. Masa memamasak berbeza bergantung pada jenis dan jumlah kacang yang digunakan. Tetapi masa maksimun yang diambil adalah kira-kira lima minit.