Semua orang boleh buat sambal ikan, tidak kira sambal itu sambal cili padi, sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh, tetapi hasilnya pelbagai . Sebenarnya apa yang penting jika mahu sambal sedap, sambal kena tumis sampai masak, mesti ada asam, garam dan gula dan paling penting gunakan ikan yang segar, goreng minyak banyak supaya garing dan tidak lekat di kuali. Sambal Bawal Tiga Rasa ini boleh anda semua cuba, gerenti tak menyesal punya.
SAMBAL BAWAL TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersih, kelar-kelar dan gaul bersama sedikit garam kunyit
1/2 biji bawang besar | hiris
1/2 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BahanKisar:
2 biji cili merah
5 tangkai cili padi
2 biji bawang merah
1 batang serai | jika suka
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil jus limau kasturi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Ads
LANGKAH1: Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2: Keluarkan minyak tinggalkan sedikit dan tumis hirisan bawang besar tadi.
Ads
LANGKAH 3: Masukkan bahan kisar.
LANGKAH 4 : Kacau sebati hingga pecah minyak.
Ads
LANGKAH 5: Masukkan sos cili dan kacau rata lagi.
LANGKAH 6 : Perasakan dengan garam dan gula, kemudian tuangkan sos di atas ikan goreng tadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Stok mi ada dibeli ni. Dah bosan rasanya dengan menu biasa iaitu mi goreng. Tekak terasa nak menikmati hidangan berkuah pula. Bolehlah cuba buat mi jawa ikut resipi yang dikongsi ini.
MI JAWA Bahan untuk kuah: 1/2 kg keledek – direbus dan dikisar 5 biji bawang merah* 3 ulas bawang putih* 3 batang serai* Sedikit halia* Sedikit lengkuas* 100gm udang kering* (Semua bahan*dikisar) 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar serbuk kari daging Air rebusan daging secukupnya Garam dan gula secukupnya
Cara memasak: 1.Panaskan minyak ke dalam periuk. 2.Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. 3.Masukkan cili kisar ,serbuk kari dan kacau hingga naik minyak. 4.Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar. 5.Masukkan garam dan gula secukupnya. 6.Sedia dihidang.
Bahan-bahan yang lain: 1 kg mi kuning – dicelur 1/2 kg daging yang telah direbus dan dihiris 1 bungkus fishcake – dicelur dan dihiris nipis ( saya tambah) 300 gm taugeh – dicelur 3 keping tauhu – dihiris nipis Daun sup & daun bawang Bawang goreng Cili hijau / cili merah – dihiris Telur rebus
Bagi anda yang gemar makan sizzling, memang kena belajar buat hidangan ni secara homemade. Walaupun tak ada hot plate tu, pakai kuali pun boleh. Pasti lagi sedap sebab air tangan sendiri. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Fatin ni. Sesuai sangat buat sebagai juadah makan malam nanti.
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN:
8 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 tangkai cili kering – potong 3
Isi ayam secukupnya – potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap masin/manis
1 sudu makan lada hitam kisar
2 kiub ayam Knorr tanpa MSG
Cendawan shitake – potong
2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/2 gelas air
1 sudu makan minyak bijan
Yee mee – celur separuh masak
Sawi – celur
Telur
Gula dan garam secukup rasa
6 cawan air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, haliadan cili kering sampai naik bau.
Kemudian masukkan ayam. Goreng
Masukkan 6 cawan air atau lebihdiikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam dan kiub ayam.
Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka.
Akhir sekali, masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Siap!
Sendukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali kecik. Masuk segenggam yee mee. Biar hingga lembut. Kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Bagi yang suka pedas, boleh makan dengan cili potong.
Kali ini RASA nak tampilkan lima resipi minum petang yang sedap dan menarik daripada blogger My Kitchen Diary. Daripada senarai resipinya, nampak macam senang. Bahan-bahan pun tak susah nak disediakan. Jom apa kata kita try buat.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
BAHAN KARAMEL
1/4 cawan gula
3 sudu besar air
CARA MEMBUAT KARAMEL
1. Panaskan kuali. Masukkan gula dan air.
2. Kacau dengan api perlahan sehingga keperangan.
3. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
BAHAN PUDING
1 tin krimer sejat cair
1/2 cawan krimer sejat pekat
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 peket agar-agar serbuk
3 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana.
2. Biarkan sehingga semua bahan larut sambil dikacau supaya tidak berketul.
3. Apabila sudah pekat sedikit, tapi adunan ke dalam loyang berisi karamel.
4. Sejukkan di dalam peti ais.
PUDING LAICI BANDUNG
BAHAN-BAHAN
1 tin laici (asingkan air dan buah)
750 ml air
1 peket agar-agar segera
1 tin susu cair
1/2 tin krimer manis bandung
CARA MEMBUAT
1. Laici dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
2. Didihkan air bersama agar-agar.
3. Kacau sehingga agar-agar hancur.
4. Masukkan air laici, susu cair dan krimer manis bandung.
5. Kacau selalu. Apabila mendidih, masukkan laici.
6. Tutup api dan masukkan puding ke dalam acuan untuk disejukkan.
KASWI
BAHAN-BAHAN
7 cawan air
2 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur
BAHAN LAIN
Kelapa muda (diparut dan digaul dengan garam)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga sedikit pekat. Biarkan suam.
2. Satukan tepung gandum dan tepung ubi. Masukkan ke dalam air gula dan kacau sebati.
3. Masukkan air kapur dan kacau rata.
4. Tapi adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
5. Panaskan pengukus. Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas kuih.
6. Kukus dalam masa 45 minit. Guna api besar. Biarkan sejuk, baru dipotong.
7. Hidang bersama kelapa parut.
KEK SPONGE MARBLE
BAHAN-BAHAN
3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk penaik
1/3 cawan susu tepung
3 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Panaskan loyang pada suhu 160 oc
2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung.
3. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung dan serbuk koko. Masukkan dalam mixer. Pukul sehingga adunan jadi gebu dan putih.
4. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan satu lagi warna asal.
7. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak secara berselang seli.
8. Bakar selama 40 minit hingga kek masak.
9. Terus kelukarkan dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit.
10. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN
5 helai daun pandan
2 cawan air
2 biji telur ayam
3 cawan tepung gandum
Garam secukupnya
200 ml santan kotak
Sedikit pewarna hijau
Gula secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Potong kecil daun pandan. Kisar bersama 2 cawan air. Tapis.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum, garam, santan, air pandan dan pewarna hijau ke dalam pengisar. Kisar sekali lagi. Tapiskan.
3. Panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak dengan api kecil.
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan seketika. Kemudian masukkan gula. Apabila sudah masak, keluarkan dan tuang lagi adunan lain.
5. Ulang sehingga adunan habis.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.