Suka makan sotong goreng tepung? Kalau buat sendiri mesti korang hadapi masalah   minyak akan ‘meletup”. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Sakit hari dibuatnya. Tapi jangan risau ada cara untuk pastikan  sotong goreng tepung elok kejadiannya. Korang ikut je resipi dan cara memasak seperti yang dikongsikan ini.

 

Nak Buat Sotong Goreng Tepung Rangup &  Tak Lerai, Ini Caranya.  

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
  • 2 sudu besar cuka epal

Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.

BAHAN TEPUNG SADUR:

IKLAN
  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Gaul sebati semua bahan di atas.Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
  3. Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
  4. Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.

SOS PENCICAH:

  • 3 sudu besar sos Thai
  • 1 sudu besar mayones

*CARA MEMBUAT:

  1. Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
  2. Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI