Keropok Lekor, Murtabak, Cucur, Popia dan Puff, semuanya diperbuat dari Mi Segera. Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan asyik mi segera biasa-biasa je.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2bungkus mi segera | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh hingga habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera| celur dan tos
1 biji telur
4 sudu makan tepung ganadum
2 sudu makan tepung ubi.
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.
MURTABAK MI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera | celur dan tos
3 biji telur
6-7 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1/2 cawan hirisan halus kubis
1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.
POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera | celur dan tos
12 keping kulit popia
1/2 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1/2 cawan isi ayam dicincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit lobak merah | dadu halus
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
Terus kacau hingga ayam masak.
Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.
PUFF MI CENDAWAN CARBONARA
BAHAN-BAHAN
2 keping mi segera | celur dan tos
5 keping pastri puff segera
3 sudu makan sos carbonara
1/2 cawan daging kisar
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji kuning telur | kacau rata
2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.
.
Ads
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masakan India semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Selain dari kari, terdapat banyak lagi hidangan-hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah-rempah terpilih. Istimewa buat anda, RASA kongsikan 10 resipi yang mudah dan sedap air tangan Puan Maria yang popular di page Cookings By Maria. Pendek kata, kalau cuba masak sendiri di rumah, pasti menjadi. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
Perap ayam bersama bahan-bahan perap. Gaul rata dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis jintan manis, bunga lawang, cili kering, daun kari, hirisan bawang besar dan bawang merah hingga wangi serta sedikit kekuningan.
Seterusnya masukkan ayam. Gaul rata dan tambahkan serbuk garam masala. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
Tambahkan 1/2 cawan air panas. Biarkan ayam masak sepenuhnya. Tambah jumlah air jika perlu masak ayam lebih lama.
Rasa kuah dan tambah garam dengan secukupnya. Teruskan memasak ayam hingga rempah hampir kering.
Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika menggunakan ayam kampung, ayam boleh dimasak terlebih dahulu ( anggaran 10 minit) sebelum dimasukkan ke dalam rempah supaya cepat empuk.
2. MUGHLAI CHICKEN
BAHAN PERAP:
500gm ayam | potong kecil
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
2 sudu teh garam
1 sudu teh garam masala
1/2 biji jus limau nipis
BAHAN-BAHAN:
3-4 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi | boleh gantikan dengan lebihan minyak dan mentega
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun bay
2 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh serbuk garam masala
15 biji badam | kisar jadi pes
1/4 cawan yogurt
3-4 sudu makan krim putar (whipping cream)
Garam secukup rasa
1-2 cawan air
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bawang putih kisar, halia kisar, garam, garam masala dan jus limau nipis. Biarkan selama 30 minit. 2. Cairkan mentega bersama minyak masak. Goreng ayam tadi hingga masak dan kekuningan. Ketepikan. 3. Dalam kuali berlainan, panaskan minyak sapi. Jika tiada, boleh juga guna lebihan mentega untuk menggoreng ayam tadi. 4. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan daun bay hingga wangi. 5. Kemudian masukkan kisaran bawang dan bawang putih. Tumis hingga wangi. 6. Tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar serta serbuk jintan putih. Masak selama 2-3 minit. 7. Tambahkan pes badam. Kacau dan setelah mendidih, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih sekali lagi. 8. Masukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau dan bila kuah semakin pekat, masukkan krim putar dan yogurt. Biarkan mendidih selama 1-2 minit. 9. Perasakan dengan garam dengan secukupnya, garam masala dan juga daun ketumbar. 10. Tutup kuali dan biarkan mereneh seketika. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk menyediakan pes badam, rendam badam dalam air panas selama 10 minit. Buang kulit dan kisar bersama sedikit air hingga menjadi pes pekat.
3. MUTTON KEEMA
BAHAN PERAP:
500gm daging kambing | hiris nipis atau kisar
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu makan garam
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan minyak masak
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
3 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih & 2cm halia | tumbuk halus
1 biji cili hijau / cili padi
1 tangkai daun kari
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk ketumbar
3 biji ubi kentang saiz sederhana | potong kiub kecil
3 biji tomato | potong dadu kecil
1 cawan kacang pis
¼ cawan santan pekat @ susu cair
6-8 biji kacang gajus | kisar dan jadikan pes
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 10 minit. 2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bawang, cili hijau serta bawang putih dan halia yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau. 4. Masukkan daging kambing yang diperap tadi. Gaul seketika dan tutup periuk. Biarkan daging masak dan empuk. 5. Seterusnya masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, ubi kentang dan daun kari. Masukkan juga separuh dari tomato. 6. Gaul semua bahan hingga sekata. Tambahkan juga garam secukupnya serta 1 cawan air panas. Tutup periuk dan biarkan sehingga ubi kentang hampir lembut. 7. Tambahkan kacang pis, santan, pes kacang gajus dan lebihan tomato tadi. Biarkan mendidih sehingga semua bahan empuk dan masak sekata. 8. Bila kuah kelihatan agak pekat, padamkan api dan hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dinikmati.
4. CHETTINAD GHEE CHICKEN
BAHAN PERAP:
1/2 ekor ayam | anggaran 600gm-700gm
4 sudu makan yogurt
1/2 biji jus limau nipis
1/2 sudu makan garam
3 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak sapi
6 tangkai cili kering
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu makan lada hitam
1/2 sudu makan jintan manis
1/4 sudu makan halba
1/4 sudu makan jintan putih
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak sapi
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 sudu makan serbuk cili
2-3 sudu teh vellam (gula perang)
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan-bahan perapan dan biarkan selama 2 jam atau simpan semalaman dalam peti sejuk. Lebih lama ayam diperap, lebih enak rasanya.
Panaskan 1 sudu makan minyak sapi menggunakan api kecil. Goreng cili kering seketika. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng biji ketumbar, lada hitam, halba, bunga cengkih, jintan manis dan jintan putih hingga wangi anggaran 1 minit. Angkat dan ketepikan.
Satukan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan-bahan yang digoreng tadi. Tambah sedikit air dan kisar halus sehingga menjadi pes pekat.
Panaskan 3 sudu makan minyak sapi menggunakan api sederhana. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan 1 tangkai daun kari hingga wangi.
Masukkan ayam perap yang telah dibuang lebihan air perapannya. Tutup periuk dan biarkan ayam masak selama 12-15 minit.
Bila ayam kelihatan kecut, masukkan pes yang dikisar tadi dan juga ½ sudu makan serbuk cili. Gaul rata dan tambahkan garam secukupnya.
Bila kuah kelihatan makin pekat, masukkan lebihan daun kari dan gula perang. Gaul rata.
Setelah kuah kelihatan pekat, tabut hirisan daun ketumbar dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Vellam atau gula perang adalah bahan penting dalam penyediaan hidangan ini.
5. TANNISAR SAYUR MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan dhal yang telah direbus
3-4 cawan sayur manis
3-4 sudu makan minyak masak
2 sudu teh kaadugutalipu
8 ulas bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
Secubit serbuk asafoetida | serbuk dari getah kering yang didapati dari akar pokok herba Ferula
3 tangkai cili kering / cili merah
3 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk jintan putih
1 tangkai daun kari
1 sudu teh air asam jawa
1/4 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
2-3 cawan air atau secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis halba campur bersama cili kering, daun kari dan serbuk asafoetida hingga wangi.
Masukkan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 1-2 minit.
Kemudian masukkan sayur manis. Kacau hingga sebati dan masak anggaran 3-4 minit.
Bila sayur kelihatan lembut, masukkan kacang dhal dan air. Biarkan mendidih.
Tambahkan serbuk kunyit, garam, serbuk jintan putih dan asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan santan. Biarkan sayur masak lagi selama 5-6 minit. Selaraskan kepekatan Tanissar ikut citarasa masing-masing.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kaadugutalipu adalah campuran rempah-rempah kering seperti biji sawi, jintan manis, jintan putih, halba dan urad dhal. Ia juga dikenali sebagai halba campur.
6. KERALA STYLE CHICKEN
BAHAN PERAPAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 biji tomato saiz sederhana | kisar tanpa air
3cm halia | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
BAHAN MASALA KISAR:
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan cuka
BAHAN TUMIS:
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar | hiris
1 biji hijau | hiris
3 tangkai cili kering
2 sudu makan kelapa parut
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Perap ayam bersama bahan-bahan perapan dan bahan masala kisar selama 30 minit. 2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masak guna api sederhana selama 15 minit hingga air ayam keluar dan menjadi kecut. Ketepikan. 3. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-3 sudu makan minyak masak dan tumis kayu manis, bunga lawang, daun kari dan hirisan bawang hingga layu. 4. Masukkan cili kering dan cili hijau. Kacau lagi guna api perlahan hingga naik bau. 5. Tambahkan kelapa parut. Masak selama 1 minit. 6. Seterusnya masukkan ayam yang telah dimasak tadi bersama ½ cawan air panas. 7. Kacau dan biarkan ayam dan bahan-bahan tadi merenih bersama anggaran 5-8 minit. Perasakan dengan garam secukupnya. 8. Bila kuah kelihatan hampir kering, masukkan sedikit daun kari dan kacau hingga sebati. 9. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak menggunakan api sederhana bagi mengelakkan rempah hangus.
7. MARAVALLI KILANGU PURIYAL (MASAK UBI KAYU)
BAHAN-BAHAN:
800gm ubi kayu
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh biji sawi
3 tangkai cili kering
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar | hiris halus
2 ulas bawang putih | hiris halus
2cm halia | hiris halus
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ubi kayu dan potong menjadi saiz kecil.
Masukkan ke dalam periuk bersama air dan 2-3 sudu teh garam. Rebus hingga ubi kayu hampir empuk. Toskan airnya.
Hancurkan ubi kayu yang direbus tadi menggunakan garpu.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan biji sawi. Tumis seketika.
Masukkan cili kering, daun kari, hirisan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 5 minit atau sehingga bawang layu.
Kemudian masukkan ubi kayu yang telah dilenyek tadi. Tambahkan serbuk kunyit, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata anggaran 6-8 minit.
Jika ubi kayu kelihatan keras, masukkan ½ cawan air dan masak sehingga lembut.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Guna ubi kayu yang tidak terlalu tua untuk hasil yang lebih enak.
8. VEGETARIAN KURMA
BAHAN-BAHAN:
2-3 sudu makan minyak sapi
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1 biji cili hijau
6 sudu makan serbuk kurma
3/4 sudu makan serbuk kari daging
4 biji ubi kentang | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris
1 tin cendawan butang | hiris
1 biji tomato | potong enam
1 tin kacang pis
600-700ml air
1/4 cawan santan pekat
10 biji kacang gajus | rendam air panas 10 minit dan kisar jadi pes
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun pudina cincang
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Satukan serbuk kurma dan serbuk kari daging. Bancuhkan dengan ½ cawan air dan jadikan pes.
Panaskan minyak sapi guna api sederhana. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih seketika.
Tambahkan kisaran bawang, bawang putih dan halia. Tumis selama 1 minit.
Masukkan daun kari dan cili hijau. Tumis lagi guna api sederhana selama 1-2 minit.
Tambahkan pes campuran serbuk kurma tadi. Kacau sebati dan boleh tambah sedikit air jika perlu. Masak seketika.
Seterusnya masukkan cendawan, ubi kentang, lobak merah, kacang pis dan separuh dari tomato.
Tambahkan sedikit garam dan kacau hingga semua sayur bergaul dengan rempah.
Masukkan air dan teruskan masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.
Masukkan baki buah tomato, daun pudina dan juga sedikit daun ketumbar yang telah dicincang.
Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Penambahan serbuk kari daging menjadikan kuah kurma jadi lebih sedap.
9. MUSHROOM GREEN PEAS BUTTER MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega
1/2 sudu makan minyak sapi
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh jintan manis
1 tin cendawan butang | hiris
1 tin kecil kacang pis
2 biji tomato sederhana | kisar tanpa air
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
8-10 biji kacang gajus | rendam air panas selama 10 minit dan kisar jadi pes
1 ½ sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk garam masala
Garam secukup rasa
2-3 cawan air
1 sudu makan krim putar | boleh diganti dengan susu cair atau santan
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan minyak sapi. Tumis buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
Masukkan bawang cincang dan tumis lagi hingga beberapa minit. Tambahkan juga halia dan bawang putih kisar. Masak hingga bawang keperangan.
Tambahkan tomato kisar. Masak lagi hingga hampir kering.
Seterusnya masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk garam masala. Kacau sebati dan masak menggunakan api kecil.
Tambahkan kisaran kacang gajus. Kacau lagi sekali.
Masukkan hirisan cendawan. Kacau dan biarkan seketika sebelum dimasukkan kacang pis.
Masukkan air dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
Akhir sekali, masukkan krim dan hirisan daun ketumbar. Kacau dan biarkan mereneh selama 5 minit.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sajian vegetarian yang sangat sesuai dinikmati bersama nasi, capati atau roti nan.
10. UDANG MASAK DAUN KARI DAN KERISIK KELAPA
BAHAN PERAPAN:
500gm udang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan mentega atau marjerin
6 biji cili padi | hiris halus
1 biji cili merah | cincang halus
2cm halia | hiris
4 tangkai daun kari
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
1/3 cawan susu cair
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan perapkan bersama serbuk kunyit dan garam selama 5-10 minit.
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan. Elakkan goreng udang terlalu lama bagi mengelakkan isinya liat dan kering.
Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan tumis halia, hirisan cili dan daun kari hingga wangi.
Kemudian masukkan kelapa kering. Gaul dan masak guna api sederhan hingga naik bau.
Tambahkan udang yang digoreng tadi bersama serbuk lada sulah. Gaul hingga sebati dan tambahkan garam secukup rasa.
Seterusnya masukkan susu cair. Gaul udang supaya bersalut sepenuhnya dan tambahkan gula. Gaul lagi hingga rata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup cendawan homemade ala Pizza Hut ini memang sedap. Rasa lemak berkrim. Dipadankan pula dengan roti bawang putih. Memang ngam habis!
Kalau nak puas makan, buat sendiri lagi puas hati. Lebih fresh sebab kita masak sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nurul Husna Mohamed Daudini ye. Katanya, resipi itu pula diambil daripada adiknya Nor Najihah Mohamed Daud.
Sup ini juga boleh disejuk bekukan bila buat banyak. Kalau rasa teringin nak makan, keluarkan dan panaskan. Selain itu, kalau nak jadikan sos spageti pun sedap tau. Cubalah.
Bahagikan cendawan kepada dua bahagian; untuk goreng garing ambik 3 biji, dan selebihnya untuk masuk dalam kuah.
Panaskan majerin, goreng cendawan 3 biji tadi yang dah dipotong dadu, sampai garing.
Angkat, tos dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah yang dah dipotong dadu, hingga garing.
Setelah itu masukkan lada hitam, gaul sebati.
Kemudian tambahkan cendawan yang dihiris dan Gaul sebentar.
Kemudian tambah gandum dan gaul sebati.
Masukkan susu dan air, kacau hingga naik wap. Tutup api dan kisar adunan tu hingga hancur elok. Like creamy gitu.
Kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan perasakan secukup rasa. Kalau pekat boleh tambah air, ikut kesesuaian selera masing-masing.
Kalau nak cepat, buat step no 3 tadi hingga sedikit menggelegak, perasakan siap-siap dan kisar. Terus siap untuk dihidang
Untuk roti, cincang bawang putih, gaul bersama majerin atau mentega, kalau ada oregano atau parsli boleh letak juga. Oles pada roti keping dan bakar atas pan atau dalam oven..