Nasi impit sering disajikan bersama kuah kacang , rendang dan kuah lodeh. Namun begitu, nasi impit juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang enak.

Idea Sarapan Olahan Nasi Impit. Unik & Bercitarasa Moden
foto: ms.wikipedia.org

Khas buat anda, RASA berikan cetusan idea untuk mempelbagaikan hidangan berasaskan nasi impit yang anda boleh hasilkan di rumah. Lepas ni jika ada nasi impit lebih, tak perlulah membazir. Macam-macam boleh buat.

1. NASI IMPIT OLIO

Idea Sarapan Olahan Nasi Impit. Unik & Bercitarasa Moden

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket besar nasi impit
  • 2 keping daging salai|dihiris nipis
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji cili padi|hiris halus
  • 1 biji cili merah |dipotong dadu
  • 10 biji ceri tomato|dipotong dua
  • Garam secukup rasa
  • Minyak jagung|untuk menumis
  • Herba basil secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
  2. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
  3. Masukkan daging salai dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan separuh tomato dan kacau sehingga sedikit layu.
  5. Campurkan nasi impit, cili merah dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut citarasa anda.
  6. Tambahkan separuh ceri tomato yang sudah dihiris sebelum dihidang.

INFO CHEF: Pastikan daging salai dtumis sehingga garing untuk mendapatkan tekstur rasa yang lebih enak.

 

2. NASI IMPIT GORENG KAMPUNG

IKLAN

Idea Sarapan Olahan Nasi Impit. Unik & Bercitarasa Moden

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket besar nasi impit
  • 3 biji bawang merah|dikisar
  • 2 biji bawang putih|dikisar
  • 2 biji cili merah|dikisar
  • 3 biji cili padi|dikisar
  • ½ cawan udang kering|dibersihkan
  • Sedikit minyak|untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 kiub stok ayam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga halus.
  3. Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga kekuningan.
  4. Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga naik baunya.
  5. Tambahkan stok ayam dan garam mengikut citarasa anda.
  6. Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.

Info Chef: Penggunaan udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis mengikut citarasa.

 

 3. SALAD NASI IMPIT

IKLAN

Idea Sarapan Olahan Nasi Impit. Unik & Bercitarasa Moden

BAHAN-BAHAN:

  • 4 paket kecil nasi impit|direbus
  • 1 biji timun jepun
  • 15 biji anggur
  • 10 biji ceri tomato
  • 125gm jagung dalam tin
  • 1 paket daun salad campuran

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS SALAD:

  • 1 biji lemon
  • 15ml  madu
  • Sedikit minyak jagung
  • Sedikit garam dan lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan sos salad, masukkan semua bahan-bahan  seperti lemon yang telah diambil jus, madu, minyak jagung, garam dan lada sulah ke dalam botol dan goncang sehingga menjadi sebatian.
  2. Potong nasi impit mengikut citarasa anda.
  3. Lalu gaulkan  sos salad bersama semua bahan dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.

Info Chef: Untuk lebih rasa, tambahkan kekacang untuk rasa yang lebih ranggup.

IKLAN

 

4. NASI IMPIT SAMBAL PARU

Idea Sarapan Olahan Nasi Impit. Unik & Bercitarasa Moden

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket besar nasi impit|direbus
  • 500g paru yang sudah direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji tomato|dicincang halus
  • Sedikit air asam jawa
  • 5gm sos tiram
  • Minyak untuk menumis
  • Garam  secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.
  2. Paru dihiris nipis dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar dan tomato sehingga naik bau.
  4. Masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa mengikut  citarasa anda.
  5. Masukkan paru dan gaul sehingga mesra bersama nasi impit. Sedia untuk dihidang.

Info Chef: Paru hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga ia benar-benar masak.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI