Untitled design - 2019-10-04T113932.541

Menjelang petang mulut terasa nak makan macam-macam. Baik yang manis, pedas, berlemak dan sebagainya. Apa pun yang diingini tepuk dada tanya selera. Kalau tak rajin memang biasanya kuih muih ini dibeli sahaja. Bila ada mood nak memasak sendiri ,macam- macam idea kuih yang nak dimasak. RASA kongsikan resipi yang memikat rasa. Boleh lah buat untuk minum petang nanti.

Idea Minum Petang Ringkas Dan Mudah Buat
LEMPENG PISANG KELAPA BIDARA

Saiz hidangan: 4 org
Waktu memasak : 20minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : kuih muih
Keistimewaan : Lembut dan manis
Anggaran Kos : RM10
Info Chef : Pastikan lempeng pisang dimasak sempurna untuk mendapatkan kelazatannya

Bahan-bahan:
20 biji pisang abu
300gm gula kabung
200gm tepung gandum
100gm kelapa parut
2gm garam
Daun pisang
Cara menyediakan dan memasak:
1.Lenyek pisang dengan gula kabung sampai hancur.
2.Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3.Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
4.Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
5.Lipatkan daun pisang.
6.Bolehlah dibakar di atas kuali leper sehingga masak.

Idea Minum Petang Ringkas Dan Mudah Buat
PISANG GORENG KEJU MAKMUR

Saiz hidangan: 4 org
Waktu memasak : 30minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : kuih muih
Keistimewaan : Garing, manis dan lemak
Anggaran Kos : RM15
Info Chef : Keju lebih menambahkan lagi kelazatannya.

Bahan-bahan:
12 biji pisang (pisang abu atau pisang raja)
400gm tepung beras
200gm tepung gandum
20gm tepung penaik (baking powder)
3gm garam
1Sudu kecil Serbuk kunyit atau pewarna kuning

1biji telur ayam
0.5 liter air
1 kg minyak masak

Bahan Sos dan Topping:
200gm susu pekat manis
100gm coklat rice atau parutan coklat masakan
200gm Keju Cheddar (disagat halus)

Cara memasak:
1.Satukan tepung gandum, tepung beras, garam,kunyit,tepung penaik dan telur dan masukkan air
2.Gaulkan sehingga rata
3.Masukkan pisang ke dalam tepung yang telah dibancuh
4.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kan pisang hingga kuning keemasan
5.Angkat dan toskan minyaknya
6.Curahkan susu pekat ke atas pisang goreng
7.Taburkan bersama coklat rice dan keju di atas pisang itu tadi. Enak dimakan ketika masih hangat.

IKLAN

 

Idea Minum Petang Ringkas Dan Mudah Buat
POPIAH BASAH MAHSYUR

Saiz hidangan: 4 org
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : adun rata dan gulung
Jenis masakan : Kuih
Keistimewaan : Sedap dan ringkas
Anggaran Kos : RM20
Info Chef : Tambahkan dan cicah sos pedas untuk menikmati rasa yang menyelerakan

Bahan-bahan:

8 keping kulit popiah
80gm sos manis
50gm sos pedas cili
40gm kacang tanah hancur
60gm sos tiram
160gm sengkuang
20gm gula
10gm kicap pekat
4 biji telur
100gm udang
200gm ayam
80gm Romaine salad
200gm tauhu keras
100gm timun
160gm taugeh
40gm bawang goreng

IKLAN

Cara memasak:
1.Sengkuang dipotong halus dan dimasakkan bersama sos tiram, gula dan kicap pekat. Kemudian disejukkan.
2.Telur digoreng seperti telur dadar dan nipis kemudian dihiris halus.
3.Timun dan romaine salad dihiris halus
4.Udang dan ayam direbuskan kemudian di potong dadu.
5.Letakkan kulit popiah kemudian disapukan dengan sos manis dan sos pedas, kemudian letakkan timun , taugeh, tauhu, kacang tanah,sengkuang, telur , udang atau pun ayam , bawang goring dan salad, kemudian digulungkan bersama.
6.Akhir sekali potong dua dan bolehlah dihidangkan.

Idea Minum Petang Ringkas Dan Mudah Buat
OTAK OTAK DIBUAI RASA

Saiz hidangan: 10 org
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar atau Panggang
Jenis masakan : kuih
Keistimewaan : Pedas dan lemak
Anggaran Kos : RM20
Info Chef : Pastikan semasa memanggang bara atau api jangan terlalu panas.

Bahan-bahan :
50gm cili kering
100gm bawang merah
150gm serai
60gm buah keras
15gm gula
5gm garam
60gm minyak masak

500gm ikan tenggiri
1 biji telur
80gm tepung jagung
3gm serbuk kunyit
100gm santan
5gm pewarna merah
10 helai daun kelapa

IKLAN

Cara memasak:
1.Rebus cili kering dan kisarkan bersama bawang merah, serai buah keras dan tumiskan sehingga naik bau, kemudian sejukkan.
2.Campurkan semua ikan,telur, tepung jagung ,santan, gula, garam ,sebuk kunyit dan gaulkan bersama bahan yang ditumiskan.
3.Letakkan sedikit pewarna merah dan isikan ke dalam daun kelapa
4.Kemudian bakarkan di atas bara

Idea Minum Petang Ringkas Dan Mudah Buat
SOUS VIDE BURGER NUSANTARA

Saiz hidangan: 10 org
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Rebus dan bakar
Jenis masakan : Burger
Keistimewaan : Sedap dan unik
Anggaran kos : RM80
Info Chef : Menggunakan Sous Vide mesin untuk memastikan rasa daging tidak akan berubah dan kualiti tekstur daging yang memuaskan apabila menikmatinya

Bahan-bahan:

1kg daging lembu (strip loin)
1kg dada ayam
10gm garam
5gm serbuk cili paprika
100gm minyak masak
10biji mini roti bun
5biji tomato
1batang timun
150gm salad
100gm cili sos
100gm tomato sos
100gm mayonis

Cara memasak:
1.Daging digaulkan dengan garam, paprika dan sedikit minyak kemudian digulungkan dan di vacumkan.
2.Ayam digaulkan dengan garam, paprika dan sedikit minyak kemudian digulungkan dan di vacumkan.
3.Kedua-duanya di sous vide (masak dalam air panas) selama 2jam.
4.Roti dipotong separuh dan diletakkan tomato ,timun dan salad.
5.Kemudian daging dan ayam dipotongkan menjadi bentuk bulat dan diletakan diatas roti tadi
6.Akhir sekali letakkan sos tomato, cili dan mayonis di atas burger itu tadi.

RESIPI : CHEF DE CUISINE ZULFIKAR MAHDI
TERIMAKASIH: BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL,KUALA LUMPUR

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI