Kek mentega sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Namun, kek mentega boleh divariasikan dengan penambahan sedikit elemen moden bagi menepati citarasa moden. Jom lihat resipinya.

 

1KEK MENTEGA PANDAN

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan mentega | suhu bilik
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1/2 cawan susu segar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes pandan.
  4. Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.

 

 2. KEK MENTEGA STRAWBERI

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan mentega | suhu bilik
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 sudu teh pes/emulco strawberi
  • 12 biji buah strawberi | dipotong kiub
  • 1/2 cawan susu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersebut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
  2. Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco strawberi.
  4. Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula buah strawberi dan kacau sekali lagi.
  5. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.

 

 3. KEK MENTEGA OREN COKLAT URAI

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 cawan coklat urai
  • 1 cawan mentega (suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 sudu teh pes/emulco oren
  • Parutan kulit buah oren secukupnya
  • 1/2 cawan susu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
  2. Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan coklat urai. Kemudian, ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco oren.
  4. Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan parutan kulit buah oren dan kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.

 

4. KEK MENTEGA LEMON & KUACI

Ads

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 cawan kuaci
  • 1 cawan mentega | suhu bilik
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 2 sudu makan jus lemon
  • Parutan kulit lemon
  • 1/2 cawan susu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
  2. Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan kuaci. Kemudian, ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula jus lemon.
  4. Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula parutan kulit lemon dan kacaukan.
  5. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.

 

5. KEK MENTEGA NENAS UPSIDE-DOWN

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan mentega | suhu bilik
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur (Gred A)
  • Gula perang secukupnya
  • Nanas | dipotong gelung
  • Ceri merah | dibelah dua
  • 1/2 cawan susu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan kertas pembakar. Ketepikan.
  2. Salutkan nenas dengan gula perang dan susunlan ke dalam loyang permbakar. Letakkan ceri merah di bahagian tengah gegelung nenas tersebut. Ketepikan.
  3. Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
  5. Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit. Setelah kek tersebut masak, terbalikkan kek tersebut ke atas pinggan dan kek hidangkan.

 

6. KEK MARBLE NUTELLA

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 260gm tepung gandum
  • 270gm mentega
  • 6 biji telur
  • 250gm gula kastor
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu makan serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan emulco kopi
  •  1 sudu makan air
  • Nutella secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1.  Masukkan mentega dan susu pekat manis ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Ketepikan seketika.
  2. Kemudian dalam bekas berasingan, satukan gula kastor, telur, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan air. Gaul lagi hingga sebati dan pukul hingga kembang.
  4. Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, satu bahagian lagi dicampur dengan emulco kopi serta serbuk koko.
  6. Tuang adunan kek ke dalam loyang secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Setelah kek masak, sejukkan dan hiaskan dengan nutella.

 

 7. KEK MENTEGA MARBLE

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 180gm gula
  • 250gm telur 
  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu makan susu segar
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 pewarna makanan pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar selama 20 atau 30 minit.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. Guna kelajuan rendah, kemudian ubah ke kelajuan sederhana dan kemudian ke kelajuan tinggi
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Pukul sebati menggunakan kelajuan perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan susu segar dan kaup balik sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna  pilihan.
  6. Tuang aduan secara berselang seli dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilapik dengan baking paper.
  7. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  8. Bakar kek pada suhu 180C selama 40 – 50 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.
  9. Sedia untuk dinikmati.

 

 8. KEK MENTEGA BADAM 

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 220gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 50gm serbuk badam
  • 50ml susu segar
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 100gm badam cincang
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan mentega, susu pekat manis dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
  3. Kemudian masukkan susu segar, serbuk badam dan esen vanilla. Kaup balik adunan hingga sekata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan badam cincang.
  5. Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar opada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.
  6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dinikmati.

 

9. KEK MENTEGA KEJU 

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega
  • 80gm krim keju
  • 130gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 120gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan mentega dan krim keju. Putar sehingga krim tidak berketul.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar sehingga warna mentega menjadi putih kekuningan.
  3. Masukkan esen vanilla dan garam.
  4. Tambahkan telur satu demi satu dan sebatikan.
  5. Kemudian masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak.

 

 10. KEK MENTEGA PRUN

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 270gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 100gm buah prun

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan seketika.
  2. Dalam mangkuk berlainan, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati.
  4. Susun buah prun di dalam loyang yang telah digris dan tuang adunan. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.

 

 11. KEK MENTEGA JAGUNG KUKUS

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 130gm gula kastor
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh esen jagung
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 100gm krim jagung

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Panaskan periuk kukusan. Oles loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
  3. Pukul gula, esen jagung dan mentega sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan kembang.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
  6. Tambahkan jagung dan gaul lagi hingga semua bahan sekata.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
  8. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.

 

 12. KEK MENTEGA OREO   

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 270gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
  • 20gm serbuk koko
  • 100gm biskut Oreo | dibuang inti

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan mentega. Perlahankan kelajuan mixer.
  3. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
  4. Asingkan sedikit adunan dan campurkan serbuk koko.
  5. Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun oreo diulangi dengan lapisan koko. Kemudian susun oreo lagi.
  6. Ulangi langkah nombor 5 hingga adunan habis.
  7. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.

 

13. BROWNIES BUTTER CAKE

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN BROWNIES:

BAHAN A:

  • 140gm coklat masakan hitam
  • 50gm mentega

( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)

BAHAN B:

Ads
  • 1 biji telur
  • 50gm gula perang
  • 35gm tepung gandum

( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)

BAHAN KEK MENTEGA:

  • 120gm mentega yang sudah dilembutkan
  • 100gm gula kastor
  • 2 biji telur
  • 120gm tepung naik sendiri
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik | ayak bersama tepung
  • 50ml susu cair @ susu segar

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan sebiji telur. Pukul. Kemudian barulah dimasukkan telur kedua.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
  4. Ambil 1/3 adunan, campurkan pewarna hitam atau mengikut kreativiti sendiri. Tuang ke atas brownies tadi.
  5. Bakar semula pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.

 

 14. KEK MENTEGA MIXED FRUITS

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 135gm gula kastor
  •  50gm gula merah/perang
  •  3 biji telur (saiz B)
  •  200gm tepung naik sendiri
  •  150gm buahan campur | direndam dengan air suam dan toskan
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim.
  2. Ambil sedikit tepung dan masukkan buahan campuran ke dalam tepung. Gaul dan ketepikan.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar.
  4. Masukkan tepung dan diselang seli dengan campuran buahan tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan ketuhar dan masukkan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
  6. Bakar sehingga masak dengan suhu 175C selama 45 minit.

 

Info chef: Jika guna tepung gandum biasa, tambahkan 1 sudu teh serbuk penaik.

 

15. KEK MENTEGA MASAM MANIS

Himpunan Aneka Resipi Kek Mentega Untuk Hari Raya. 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 125gm gula kastor
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Kepingan masam manis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekejap.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti esen vanilla dan susu pekat. Putar hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit adunan dan lapiskan diatasnya dengan kepingan masam manis. Bakar pada suhu 170C sehingga keperangan.
  5. Ulang langkah melapis sehingga adunan habis dan kek masak.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI