Menu roti adalah yang paling mudah untuk disediakan. Hanya perlukan yis yang aktif dan bahan-bahan lain pun mudah didapati.
Menerusi perkongsian daripada Arm Ika, cara buat resipi roti manis ini mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
RESIPI ROTI MANIS YANG MUDAH
BAHAN A:
1 paket yis – beli online di sini 1 sudu besar gula 3 sudu besar susu pekat – beli online di sini 1 cawan air suam panas (larutkan bahan di atas dan biar yis berbuih 10 minit)
1. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. 2. Uli semua bahan hingga sebati dan tak melekat di tangan. Lagi lama lagi lembut roti nanti (paling sekejap seeloknya 30 minit). 3. Kemudian perap 30 minit hingga doh naik. Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk buang angin dan boleh bentukkan.
4. Siap bentukkan, biar sekejap supaya doh kembang sedikit dan boleh bakar suhu 170°C selama 25-30minit (ikut suhu ketuhar masing-masing). 5. Sebelum bakar, boleh renjis sedikit air atau kuning telur di atas permukaan roti. 6. Selepas roti dah masak, terus sapukan marjerin di atas roti supaya roti nampak berkilat cantik.
*Untuk bahagian topping, terpulang nak letak apa-apa pun boleh. Kalau nak topping manis, boleh campurkan mayonis+susu pekat dan paipkan atas roti dan tabur sedikit gula pasir.
Ads
Info tambahan: Untuk memudahkan uli, boleh masukkan doh ke dalam beg plastik bersih dan uli tepung yang dalam plastik, lagi mudah dan cepat.
Hujung minggu semestinya saat yang ditunggu-tunggu oleh para ibu. Waktu cuti beginilah seronok jika nak masak pelbagai hidangan enak buat keluarga tercinta. Khas buat anda, tiga set nasi lengkap yang mudah, sedap dan menjadi pilihan ramai. Selamat mencuba.
1. NASI AYAM
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
1 ekor ayam – bersihkan
3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
4cm halia –hiris nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
4 biji cili merah
3 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2sm halia muda
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
4 cawan beras
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
3sm halia -hiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan
(daun pandan beri aroma wangi)
Bahan D – Sup Ayam
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
Salad
Timun
Tomato
Tauge
CARA MEMASAK:
Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
Masak hingga agak pekat.
Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
INFO CHEF: Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan
2. NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
1 batang serai -titik
1 helai daun pandan – simpul
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam periuk elektrik atas dapur biasa.
Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
Pindahkan periuk dalam periuk sarang periuk elektrik.
Biarkan nasi masak seperti biasa.
SAMBAL SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.
INFO CHEF: Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang
3. NASI MANDY AYAM
AYAM MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
NASI MANDY:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½ cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2.5cm halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
SOS MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
JuslePerahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
Penkek sangat digemari oleh anak-anak dan mudah saja membuatnya. bahan asasnya menggunakan tepung gandum, telur,
gula dan susu sudah membentuk adunan. Untuk menambah rasa yang lebih enak, boleh daja menambah mentega, sirup maple atau madu. Ia juga boleh dimakan dengan keju, buah beri dan hirisan daging.
Bahan-bahan :
2 butir telur
80ml susu cair
50gm keju cheddar, parut
60gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh garam
Jam Blueberry secukupnya
Cara memasak:
1.Kocak telur, susu cair dan keju parut.
2.Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaul rata.
3.Tuang satu senduk sayur ke atas kuali tidak melekat . Biarkan hingga masak.
4.Sapu blueberry di atasnya. Siap untuk dihidang.
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!