Adik-adik yang ingin menceburi laluan kerjaya dalam kulinari, perhotelan, restoran atau industri makanan, akademi ini boleh dijadikan pilihan. Nak jadi usahawan penyediaan dan pembuatan makanan pun boleh.
Akademi Juarasa ni dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Pusat bertauliah kemahiran yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.
Tn Hj Muhammad Yusof Ong (berkopiah putih di tengah)
Kalau nak tahu Pengurus Akademi Juarasa Sdn. Bhd, Tn. Hj Muhammad Yusof Ong Abdullah adalah usahawan Restoran Cina Muslim yang mempunyai minat mendalam dalam kulinari dan mahu membantu anak-anak muda yang meminati dalam bidang ini.
Visi Akademi ini adalah menyediakan pusat pembelajaran pelbagai kemahiran yang kondusif bagi memenuhi keperluan latihan dan industri seiring dengan wawasan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Mahu melahirkan graduan berkualiti dan terampil dalam bidang seni kulinari dan hospitaliti.
IKLAN
Permohonan terbuka kepada lepasan PT 3, SPM dan STPM berusia 16 hingga 35 tahun dan perlu mengemukakan sijil berhenti sekolah. Mula lagi awal lagi baik.
Permohonan yang ditawarkan oleh Akademi Juarasa adalah Bidang Seni Kulinari, Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 2 & 3. Tahap 2 adalah untuk tempoh 9 bulan dan Tahap 3 pula selama setahun.
IKLAN
Pembelajaran pada Tahap 2 adalah lebih kepada pengenalan teknik-teknik memasak seperti memasak, stok, sup, makanan panas, menu utama, pembuka selera, sarapan pagi, pencuci mulu dan penyediaan katering.
Asas memasak juga diterapkan seperti asas penyelenggaraan peralatan dapur, ‘butchering’ dn ‘stewarding’. Pada tahap ini pelajar sudah berkemahiran dan berkebolehan dalam bidang perhotelan
IKLAN
Pada Tahap 3 pembelajaran lebih terarah kepada penghasilan sesuatu produk di mana persediaan pelajar untuk melangkah ke alam industri atau pekerjaan. Pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (tahap 2 dan tahap 3) yang diperakui oleh JPK.
Kemudahan yang disediakan adalah asrama, bilik kuliah berhawa dingin , dapur amali yang kondusif dan latihan industri di hotel dan resort bertaraf tiga hingga lima bintang.
Usah bimbang ada Pinjaman Yuran Pembelajaran & Elaun Sara Diri oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) (pilihan dan terhad) dan elaun sara diri RM 400 sebulan pada yang layak.
NAMA INSTITUSI : Akademi Juarasa LOKASI : NO 8-G & 8-1 Jln Bidara 7/1, Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor EMEL : juarasa.akademi @ gmail.com, FB : Akademi Juarasa
Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:
KEBAIKAN MINYAK BIJAN
Pencegahan Diabetes Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
Mengurangkan Tekanan Darah Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.
Kesihatan Jantung Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.
Anti Kanser Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.
RESIPI MENGGUNAKAN MINYAK BIJAN
1.ISI AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ayam | dihiris
4cm halia tua | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
3 sudu makan minyak bijan
50gm brokoli | dicelur
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu teh makan bijan
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bijan.
Tumiskan halia sehingga berbau harum.
Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
2. KOREAN BEEF BULGOGI
BAHAN-BAHAN
500gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan madu
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan cuka epal
BAHAN HIASAN
Daun Bawang
CARA MEMASAK:
Hiris daging nipis-nipis dan cuci bersih.
Gaulkan semua bahan,perapan dengan daging dan perap selama satu jam.
Panggang daging di atas api atau di dalam kuali sehingga masak.
Ubi bit merah terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Malah di Malaysia, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Selain dibuat jus, ia boleh direbus sebentar untuk dicampur ke dalam salad, atau dibuat puri untuk sup, dan lain-lain lagi.
Ia kaya akan karbohidrat ( dalam bentuk gula dengan sedikit kandungan protein dan lemak) , yang mudah menjadi energi serta zat besi yang membantu darah mengangkut oksigen ke otak. Bit berwarna merah, warna ini disebabkan oleh gabungan pigmen ungu betasianin dan pigmen kuning betasantin. Walaupun mengandung karbohidrat, namun kalorinya rendah.
Banyak sekali khasiat dan kebaikan ubi bit merah ini. Antaranya adalah untuk mengatasi tekanan darah tinggi dan menyihatkan jantung.
Para pakar daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat menyarankan pesakit hipertensi untuk minum 500 ml jus bit setiap hari. Telah terbukti secara nyata minum jus umbi bit ini mampu membantu menurunkan hipertensi . Kandungan nitrat yang juga terdapat pada sayuran berdaun hijau, menurunkan tekanan darah.
Menurut Prof. Amrita Ahluwalia dari Barts & London School of Medicine, mendapati bahawa minum jus bit serta sayuran lain yang kaya akan kandungan nitrat akan memelihara kesihatan jantung. Hasil percubaan yang dijalankan, tekanan darah menurun dalam waktu 1 jam setelah minum jus ubi bit. Jadi, bagi pesakit darah tinggi, apa kata anda cuba. Tidak salah anda cuba kan?
Siapa kata untuk mendapatkan kulit yang cerah harus menggunakan ubat tambahan? Tidak perlu! Terdapat beberapa jenis bahan semulajadi yang mampu membuatkan kulit wajah anda cerah, malah lebih putih dan halus. Yang penting perlu rajin mempraktikkannya..Selamat mencuba!
MADU
Selain antibakteria, madu juga berfungsi sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu menyapu madu tersebut di wajah anda. Biarkan selama lima minit kemudian cuci dengan air suam.
BETIK
Sepotong buah betik juga boleh membuatkan wajah anda menjadi cerah taw! Caranya dengan menggosokkan betik pada wajah anda selamat 2 hingga 3 minit. Kemudian bilas wajah anda. Mudah kan?
LEMON
Potong lemon kepada beberapa keping kemudian sapu hirisan lemon tersebut pada wajah anda selama lima minit. Kemudian bilas. Haa lepastu kita tengok hasilnya..
TIMUN
Timun bukan sahaja boleh menyegarkan mata, tetapi anda juga boleh menggunakan hirisan timun tersebut untuk diletakkan di wajah anda. Biarkan beberapa minit. Bukan boleh mencerahkan wajah tetapi juga menyihatkan kulit wajah.
KUNYIT
Tahukah anda kunyit sebenarnya antiseptik dan antibakteria yang baik? Disebabkan itu masker kunyit baik untuk mencerahkan wajah. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, kemudian sapu pada wajah dan bilas setelah 10 minit. Untuk memudahkan, anda boleh cari masker dari kunyit di pasaran.
ALOE VERA
Sekiranya anda mempunyai masalah warna kulit tidak sekata, gel aloe vera boleh menjadi cara yang baik untuk mengatasi masalah tersebut dan akan memberikan tona kulit yang lebih sekata.
LIMAU
Vitamin C yang terdapat dalam limau amat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Anda hanya memerlukan setengah cawan air limau dan setengah sudu teh kunyit kemudian sapu diseluruh wajah. Biarkan kering kemudian baru bilas.