CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul. 2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun. 3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin. 4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah. 5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api. 6. Sedia untuk dinikmati.
Ads
KREDIT RESIPI & FOTO: ZAT HERNANI
INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR TERBARU, BELI ONLINE DI SINI
Tekak terasa pula nak makan kek. Kalau beli ada saja yang tidak kena rasanya. Boleh saja cuba resipi kek marjerin hanya gunakan lima bahan mudah ini. Dijamin terasa puas tatkala menikmatinya panas-panas. Lihat resipi yang dikongsi oleh Siti Sobri.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat manis
3 biji telur
*tambahan coklat cip
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi.
4. Bakar oven 170 selama 40 minit.
5. Keluarkan dari acuan, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Kadang kita tak tahu nak masak apa untuk dihidang atas meja makan. Kalau takde idea, jom buat lauk ni. Menyediakan ayam goreng adalah salah satu lauk yang senang dan sedap. Tak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Ayam goreng memang sesuai dihidangkan. Nak buat ayam goreng yang sedap? Nah, RASA kongsikan resipi ayam goreng yang pasti memikat selera.
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
.
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
5cm lengkuas
5cm kunyit
2 batang serai
CARA MEMASAK
1. Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!