Sambal Tumis Sardin Petai ni memang nampak sangat menyelerakan. Sambal tumis yang pedas, ikan sardin yang garing ditambah pula dengan hirisan petai yang besar-besar begini, memang sangat membuka selera. Menunya biasa je, tapi lauk beginilah yang jadi kegemaran ramai untuk menjamu selera. Terliur? Saudari Nurul Joe ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN PETAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 tin sardin – asingkan ikan dan kuahnya – beli online disini 1 biji bawang besar – dihiris – beli online disini 3 ulas bawang putih – dihiris – beli online disini 10 tangkai cili padi – dihiris 1 biji cili merah besar – dihiris Petai secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap ikan sardin tanpa sos. Bila agak-agak perang, angkat dan ketepikan. Simpan sosnya jangan dibuang. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga wangi. 3. Masukkan sos sardin. Masak lagi hingga mendidih. 4. Perasakan dengan garam dan perasa dengan secukupnya. 5. Tambahkan sedikit kicap manis. Sebatikan. 6. Akhir sekali masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi dan juga petai. Masak seketika dan siap. 7. Sambal Tumis Sardin sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Laksa Penang. Cukup rasa kuahnya. Bagi anda yang tercari-cari resipi kuah Laksa Penang yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi yang diolah mengikut cita rasa dan dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibini antara yang terbaik. Cubalah. Pasti anda gemar akan rasanya. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK LAKSA PENANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KUAH:
BAHAN PERASA:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan selayang bersama dengan lengkuas, halia, asam gelugur, garam bukit secukupnya dan sedikit manisan @ gula melaka. Lebihkan air untuk mengisar.
2. Asingkan isi dan tulang ikan yang sudah direbus tadi. Kisar bahagian tulang ikan hingga hancur kemudian tapis.
3. Kisar cili kering yang telah direbus tadi. Ketepikan.
4. Kemudian kisar bawang merah saiz bola pingpong, bawang Holland, bawang putih, serai, lengkuas, halia, cili padi dan secubit belacan bersama isi ikan dan air kisaran tulang ikan.
5. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Masak guna api sederhana.
6. Tambahkan dua senduk cili kisar. Tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
7. Perasakan kuah dengan garam, gula, 1 keping asam gelugur dan juga serbuk perencah dengan secukupnya.
8. Bila kuah sudah mendidih dan cukup rasa, masukkan daun kesum dan bunga kantan yang sudah dibelah dua.
9. Bila kuah sudah memekat dan cukup rasa. Padamkan api.
10. Ambil laksa, masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah secukupnya. Hidangkan bersama bahan sampingan.
Bagi penggemar menu makanan laut, resipi Kerang Masak Ciliala Sheila Rusly perkongsian saudari Nur Kasih Fiezaimi Fiza ni tentunya anda perlu cuba. Mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai dimakan bersama nasi atau jika diratah begitu sahaja pun sudah cukup membuka selera. Jom cuba! Sekali cuba pasti puas hati ni. Sekali masak, bakal masak lagi berkali-kali.
CARA MASAK KERANG MASAK CILI ALA SIS SHEILA RUSLY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dan masukkan kerang yang telah dicuci. Masak dalam 3 minit ( jangan sampai kerang terbuka kulit).
2. Bila sudah cukup 3 minit, keluarkan kerang dan masukkan ke dalam bekas berisi ais.
3. Kopek kulit kerang dan tinggalkan sebelah sahaja.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis hirisan serai hingga wangi.
5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
6. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Sebatikan.
7. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan kerang. Kacau sebati supaya kerang bersalut dengan sambal.
8. Masukkan hirisan lada benggala. Masak hingga lembut.
9. Angkat dan Kerang Masak Cili sedia untuk dinikmati.
Sepanjang bulan Ramadan Majalah RASA menghidangkan pelayar FB dengan menu istimewa di dalam Rasa Ramadan Special Live. Program ini bukan hanya berkongsi resipi menarik setiap Khamis hingga Sabtu malah anda berpeluang beramah mesra dan bertanya soalan tentang masakan secara live dengan tetamu jemputan. Rugi kalau tak joint sebab pelbagai tip serta info tentang masakan yang buat anda semua melekat dengan wadah kami sajikan ini.
Tetamu jemputan terdiri dari chef ternama , vip juga instafamous. Menu-menunya memang sedap. Jadi jangan lupa ya. Setiap jam 12 tengah hari di FB Majalah Rasa dari hari Khamis hingga Sabtu
Episod pertama Rasa Ramadan Special Live minggu lepas bersama tetamu vip iaitu Dato’ Nurol Mas’on yang berkongsi satu resipi Kambing Masala Kashmir. Dato Nurol berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang masakan. Aktif menghasilkan pelbagai resipi, menjadi konsultan restoran serta giat mengolah bahan makanan asas seperti mi segera sihat,perasa sihat,kicap dan rempah-rempah yang menggunakan bahan semula jadi berbanding msg.
Menurut beliau masakan ini boleh disimpan lama.Sesuai dimakan dengan apa saja termasuk nasi putih,briyani ,roti dan capati untuk waktu sahur .
Turut sama di episod kedua ialah Azian Hassan , penulis buku masakan yang tidak asing dan kini sudah mempunyai sembilan buah buku masakan . Lebih mesra dengan panggilan Kak Yan. Dia juga berpengalaamn sebagai prep chef di astro go shop. Dengan kepakarannya dalam masakan, dia kerap menjadi tetamu jemputan di beberapa stesen televisyen seperti WHI,NONA, MHI, Borak Kopitiam & Mingguan Wanita. Resepi Ayam Bawang Berempah ini memang sesuai untuk berbuka dan sahur malah mudah disediakan dengan ramuan yang senang didapati. Kalau ada yang rindukan masakan mamak, boleh cuba masakan ini.
Episod ketiga turut mengundang Zeti Khalid dari Zeti Hot Oven.Zeti berpengalaman dalam membuat kek sudah lebih sedekad. Mula memasak sejak usia tujuh tahun. Aktif berkongsi resipi setelah bereksperimen di dapur melalui media sosial IG & FB. Dia juga pernah menyumbang resipi membuat kek dan masakan di majalah tempatan dan televisyen bagi program jemputan masakan.
Nampak mudah resipi Daging Hitam Manis yang dikongsi oleh Zeti. Syaratnya kena ada kicap manis dan gula melaka. Rugi kalau tak cuba. Ia boleh disajikan bersama nasi dan roti. Sesuai untuk dibekukan juga. Menggunakan bahan yang mudah dan ringkas ,sangat senang untuk disediakan waktu PKP ini.
Jom kita cuba, RASA kongsikan resipi penuh membuatnya.
KAMBING MASALA KASHMIR
BAHAN-BAHAN:
2kg kambing
200gm minyak
20gm minyak sapi
100gm bawang besar bombay | dicincang
60gm bawang merah
25gm bawang putih
20gm halia | dikisar halus
10gm buah keras
3 setengah cawan air
tomato | cincang kasar
Lobak merah | cincang halus
Sederi | cincang halus
60gm tomato puri
25gm rempah kari daging
25gm rempah briyani
12gm serbuk cili
(campurkan ketiga -tiga rempah di atas )
120gm yogurt plain
30gm gula merah
10gm garam
10gm serbuk pati daging
10gm serbuk perasa
Daun briyani
200gm susu cair
10gm daun ketumbar | potong halus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan selama 1-2 minit.
2. Tumis bahan kisar. Kacau hingga garing selama 5-6 minit.
3. Masukkan tomato, lobak merah dan saderi. Kacau selama 3-4 minit.
4. Masukkan tomato puri dan kacau sebentar
5. Masukkan juga campuran rempah. Tambah air sedikit agar rempah tidak hangus.
6. Masukkan lebihan air, yogurt dan perasa. Masak perlahan sehingga terbit minyak.
7. Masukkan daun briyani
8. Seterusnya masukkan kambing. Biarkan mereneh supaya rempah meresap ke dalam daging.
9. Masukkan air, susu dan daun ketumbar. Kacau hingga mendidih.
10. Masak selama 80-90 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
1 ekor ayam – potong 16
3 biji bawang merah besar – mayang halus
2 helai daun pandan – simpul
Sedikit daun kari
3 sudu makan madu
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/4 sudu makan serbuk cili
1/4 sudu makan garam masala
1/4 sudu makan serbuk kari daging
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
BAHAN TUMIS:
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 1/2 inci halia – cincang halus
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
4. Tinggalkan minyak gorengan dalam kuali anggaran 4 sudu makan.
5. Masukkan semua bahan tumisan dan masak sehingga bawang perang.
6. Kemudian masukkan daun pandan, daun kari dan kesemua rempah.
7. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa.
8. Masukkan juga sos tiram dan cili sos. Gaul rata.
9. Seterusnya masukkan ayam dan gaul lagi hingga sekata.
10. Tuangkan madu dan masukkan bawang goreng.
11. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat.
12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
2 cawan kicap manis
3 inci / secukupnya gula Melaka
1/4 cawan air asam jawa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 sudu makan cili kering
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging sampai empuk.
2. Hiris daging nipis-nipis, ketuk bagi nipis dan gaul dengan kicap manis.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap hingga garing.
4. Dengan guna kuali yang sama, tumis bahan kisar.
5. Masuk daging yang digoreng tadi dan air rebusan daging. Jika ada lebihan kicap perapan daging tadi, masukkan sekali.
6. Perasakan dengan gula melaka dan air asam jawa.
7. Masak hingga kuah agak kering sikit. Siap untuk dihidang.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.