Sempena meraikan bulan Ramadan dan Hari Susu Sedunia pada 1 Jun, Fonterra Brands Malaysia melaksanakan tradisi tahunannya untuk berkongsi kebaikan tenusu dengan komuniti setempat dan golongan yang memerlukan di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Mei yang lalu.
Syarikat pemakanan tenusu dari New Zealand mengedarkan lebih dari 500 bungkus bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf UHT dan pek Iftar produk tenusu kepada orang ramai, serta penduduk flat PKNS sekitarnya. Pek Iftar termasuk Fernleaf CalciYum, susu tepung Keluarga Fernleaf, susu Fernleaf UHT dan Anlene Café Latte.
Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik dan Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia berkata, pihak syarikat sangat berbangga untuk memberi produk tenusu terbaik dari New Zealand untuk menyokong kesihatan dan nutrisi rakyat Malaysia pada bulan Ramadan yang diberkati.
“Di Fonterra kami bermatlamat untuk menambah nilai kehidupan rakyat Malaysia dan masyarakat di tempat-tempat operasi kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan Ramadan dengan berkongsi khasiat tenusu bersama penduduk setempat dan masyarakat yang memerlukan di kawasan sekitar Masjid Seksyen 7, termasuk golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan asnaf,” kata Puan Megawati.
Ads
Puan Megawati juga menekankan kepentingan mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, terutamanya ketika berpuasa apabila nutrien utama mungkin hilang, dan sebahagian daripadanya termasuk tenusu.
“Sebagai contoh, susu merupakan salah satu makanan yang paling bernutrisi lengkap dan mengandungi nutrien penting yang boleh membuat seseorang bertenaga sepanjang hari, dan yang lebih penting, menambahkan nutrien dan cecair yang hilang semasa berpuasa,” kata Puan Megawati.
Ads
Ujar Ustaz Burhanuddin Ahmad, pengurus Masjid Seksyen 7, “Ramadan ialah bulan istimewa untuk memberi – ia mengingatkan kita untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib baik. Kami berterima kasih kepada Fonterra yang turut ada bersama kami hari ini untuk membantu memberi makan kepada keluarga dan anak-anak yang memerlukan dengan bubur lambuk dan produk tenusu lain yang berkhasiat.
Ads
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan, Fonterra juga menganjurkan sesi Tadarus Al-Quran dan Iftar bersama pekerjanya sempena Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan Ramadan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Fonterra Brands Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai masjid dan komuniti tempatan untuk meraikan Ramadan, dengan mengedarkan bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf dan pek berbuka puasa yang dimuatkan dengan produk tenusu untuk menyokong gaya hidup sihat ketika berpuasa.
Semua produk Fonterra Brands Malaysia adalah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan mematuhi sistem jaminan Halal yang ketat dan proses keselamatan dan kualiti makanan dari rumput ke gelas (from grass to glass), dari ladang-ladang di New Zealand hingga produk akhir yang sampai kepada pengguna.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat julung kalinya Majalah RASA dan BABA’S sebagai penaja utama menganjurkan pertandingan memasak yang bakal mengangkat seorang lagi juara dalam dunia masakan tanahair.
Inilah masanya untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda. Olahan masakan yang kreatif, resipi lain daripada biasa serta rasa yang sangat wow, menjadi cara terbaik untuk meraikan kepelbagaian cara masak dari amatur hingga ke pakar.
Biarpun perjalanan untuk menjadi juara, bakal melalui beberapa peringkat pemilihan, namun syarat penyertaan pertandingan ini ternyata amat mudah.
Bagi peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa.
Peserta perlu memasak apa sahaja menu menggunakan Rempah Kari BABA’s dengan kreatif. Nah, selepas itu, ambil gambar masakan dan terus hantar kepada kami! Opss…pastikan gambar jelas dan menarik tau.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang? Sangat lumayan ye.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8peserta
Kami juga akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Jadi pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web www.rasa.my/babas/
21/ 5/2022 MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
28/5/2022 MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022 MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022 MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, boleh layari di di laman web www.rasa.my/babas/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebagai seorang peniaga makanan dan minuman, sudah semestinya harus mengutamakan kebersihan demi kesihatan dan keselamatan pelanggan.
Terbaru, mulai 1 Januari iaitu hari ini, semua peniaga dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan.
Kredit: Facebook Majlis Perbandaran Selayang
Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap para peniaga yang ingkar arahan tersebut.
Manakala Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut berkata yang pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha restoran dan penjaja bermula tahun ini.
Kredit: Sinar Harian
Yang dipertua MPKj, Najmuddin Jemain berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja dengan bantuan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.
Semestinya langkah ini diambil untuk memastikan pekerja yang mengendalikan makanan dan minuman mengutamakan kebersihan di premis perniagaan.
Sempena bulan Syawal dan meraikan Aidilfitri, protal majalah Mingguan Wanita di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah mengadakan satu program cukup meriah dengan membawa kegembiraan dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim dan asnaf pada 10 Mei 2023 bersamaan 19 Syawal 1444 Hijrah.
Program Sempurnakan Raya Mingguan Wanita bersama FGV Integrated Farming Holding Sdn Bhd adalah ulung kali diadakan bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi yang terletak di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Dan program seumpamanya pula merupakan tahun ketiga dijalankan oleh Mingguan Wanita bersama badan Kerajaan dan juga syarikat atau organisasi swasta.
Menariknya dalam program ini, ia bukan saja sambutan Aidilfitri semata-mata tetapi pihak FGV bersama Mingguan Wanita bersama-sama mengadakan rewang kenduri raya pada awal pagi lagi. Ini menjadikan acara ini bagaikan layanan VIP untuk anak-anak yatim dan asnaf di sini. Hidangan eksklusif untuk mereka!
Turut hadir dalam majlis ini ialah barisan pengurusan tinggi FGV iaitu Abdul Razak bin Aya, Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Azti Dian Fitriyanti Azmi, Head, Commercial FGV Integrated Farming dan Pegawai Bertanggungjawab untuk Ketua Pegawai Produk Pengguna serta pegawai lainnnya. Manakala bagi pihak Mingguan Wanita diwakili oleh puan Ani Nadila Yusof, Pengurus Besar Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam majlis rewang itu, FGV menyediakan pelbagai juadah enak dan lazat. “Kami ingin jadikan majlis hari ini paling bermakna buat anak-anak yatim dan asnaf di sini. Sebab itu kami menggunakan produk makanan keluarannya di bawah jenama Ladang’57 seperti pisang cavendish, nenas MD2, beras wangi, ayam kampung dan jus buah-buahan. Semuanya produk premium eksklusif buat anak-anak ini,” jelas Abdul Razak.
Sepanjang berlangsungnya majlis ini, anak-anak yatim dan asnaf berasa amat teruja apabila diberikan peluang membuat persembahan nasyid selain mendengar perkongsian kisah teladan oleh Hana Ismail.
Menurut puan Aishah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Cah yang menguruskan rumah kebajikan ini, aktiviti rewang seumpamanya adalah yang pertama kali diadakan dan meriah dirasakan. “Anak-anak memang terasa dihargai. Dapat jugalah mereka merasa betapa sibuknya apabila satu keluarga besar nak buat persiapan raya. Terima kasih kepada FGV dan juga Mingguan Wanita atas inisiatif murni ini,” ulasnya.
“Bertambah ceria lagi apabila kesemua mereka diberikan duit raya oleh pihak FGV dan goodies daripada Mingguan Wanita. Memang betul-betul gembira mereka sepanjang majlis berlangsung”
Terdahulu, sebelum majlis ini diadakan, pihak Mingguan Wanita turut melancarkanTabung Skuad Sedekah bersama FGV sejak dari 15 April lalu dan sumbangan tetap dibuka dan diteruskan kepada sesiapa yang ingin menyumbang. Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun: Ambank: 8881-0332-4721-4 (Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi).
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!