Dah puas menjamu selera bila dan semua berkumpul, sesuai sangat dihidangkan dengan pemanis mulut. Sedap ni kalau dapat puding mangga yogurt, makan ketika sejuk. Gerenti berebut nanti.
PUDING MANGGA YOGURT Bahan-bahan: 2 biji mangga masak 10gm agar-agar serbuk-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan air + 1 cawan air 3/4 cawan gula (ikut citarasa) 1 cawan susu segar/cair 2 sudu besar susu pekat/pemanis-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar yogurt asli/perisa mangga Secubit garam #zida2004 1 ketul gula batu (optional)
Ads
Cara memasak: 1.Sebiji mangga dihiris dan potong dadu. Taburkan ke dalam acuan/bekas dengan rata. 2.Masak agar-agar bersama 2 cawan air gula dan gula batu (supaya puding tidak berair) hingga larut sepenuhnya. Bahagikan kepada dua bahagian, satu cawan satu bahagian. 3.Satu bahagian agar-agar campurkan dengan 1 cawan air dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan/bekas yang mengandungi potongan mangga tadi. Biarkan sedikit membeku. 4.Dalam blender satukan sebiji lagi mangga yang telah dihiris, susu segar/cair, susu pekat, yogurt dan garam. Kisar hingga sebati dan halus. Tuangkan ke dalam satu bahagian agar-agar tadi. Masak sehingga mendidih kecil dengan api sederhana. Setiasa dikacau supaya tidak pecah susunya.
5.Apabila lapisan puding dengan potongan mangga sedikit membeku, tuangkan agar-agar mangga kisar sedikit demi sedikit sehingga habis.
6.Biarkan sejuk sebelum disimpan ke dalam peti ais selama beberapa jam. 7.Keluarkan dari peti ais dan bolehlah dipotong dengan pisau yang tajam dan dihidangkan. Siap untuk dihidang. Kredit: #norfazidagda
Lasagna kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam menu masyarakat kita. Hidangan barat ini malah menjadi kegemaran ramai apabila citarasanya diberi suntikan tempatan. Ini salah satu resipi mudah untuk dicuba.
BAHAN-BAHAN:
300gm daging hancur | ditumis bersama bawang besar hingga empuk
1 biji cencangan bawang besar
200ml sos bolognaise
6 keping pasta lasagne | direndam air panas sehingga lembut
100ml sos bechamel
30gm keju Mozarella
10gm keju Parmesan
CARA MEMASAK:
1. Sediakan acuan seramik atau logam. Letakkan sekeping lasagne lalu ratakan sos bolognaise di atasnya.
2. Kemudian, taburkan daging hancur. Tuang pula sos bechamel dan ratakan. Ulang langkah yang sama sehingga selesai.
3. Seterusnya, taburkan kedua-dua keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180˚C selama 20 minit.
4. Keluarkan, telangkupkan di atas pinggan dan terus dihidangkan panas bersama salad sega
INFO CHEF: Sos bechamel merupakan sos yang dihasilkan daripada susu, roux dan bawang. Dididihkan sehingga pekat menjadi sos yang kental.
Selain daging yang dimasak rendang, daging goreng juga sedap dimakan dengan nasi himpit. Boleh try masak resipi yang RASA kongsikan ini. Rasanya pedas-pedas. Ditambah terung untuk menyedapkan lagi rasanya.
DAGING GORENG MASAK SAMBAL CILI API DENGAN TERUNG
Bahan A
3 sudu makan minyak masak
10 biji cili api (dihiris)
500 gram daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun bawang
2 biji tomato
2 biji terung pendek (hiris lebar)
Bahan B (dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yang sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan terung. Kacau rata.
Sedapnya Cucur Ikan Bilis perkongsian Opah Mas Cotek ni. Bulat elok bentuknya. Nampak sangat menyelerakan. Kalau nak cuba buat cucur yang bulat sempurna macam ni, resipi dibawah ini antara yang mudah. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.
RESIPI CUCUR IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung tepung gandum
1 biji bawang besar – cincang
1 biji cili merah – cincang
1/2 cawan ikan bilis – tumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa
Sedikit daun bawang / daun sup – hiris halus
Garam secukupnya
2 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali air panas) dalam bekas. Sebatikan.
2. Ambil air panas, masukkan sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati menggunakan senduk. Jadikan doh. Ketepikan seketika dan biarkan doh sejuk.
4. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan, cubit doh dan bulat-bulatkan.
5. Panaskan minyak masak dan goreng doh cucur hingga garing.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.