Sempena Deepavali yang bakal menjelma, pastinya menu istimewa mahu dihidangkan buat keluarga. Apa kata masak kari chettinad, resipi asli dari Chef Dave. Memang puas hati menikmatinya dengan rempah ratus yang terpilih. Pasti bertambah makan nanti.
Bahan-bahan:
Masa Penyediaan : 15 minit Masa memasak : 1 jam Hidangan : 4-6 orang
Ads
2 sudu besar Minyak Kelapa Ammani 2 daun salam India 2 labu bawang merah 1 sudu besar pes bawang putih dan halia 1 biji tomato 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu teh gula merah-BELI ONLINE DI SINI Garam secukupnya Daun ketumbar 2 cawan air atau stok sayuran
Serbuk masala: 1 inci batang kayu manis 1 bunga lawang 2 biji buah pelaga 3 ulas cengkih 2 sudu kecil biji jintan putih-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil biji lada 1 sudu kecil jintan manis-BELI ONLINE DI SINI 10 cili kering 5 cili kering gemuk 1 sudu besar biji ketumbar ¼ cawan kelapa parut 10 buah gajus
Cara memasak: 1. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada, buah gajus, cili kering, cili kering gemuk dalam kuali dan sangai. 2. Kemudian gunting cili kering dan cili merah lalu masukkan kelapa parut dan teruskan sangai. 3. Masukkan bahan yang disangai dalam satu mangkuk dan biarkan seketika. 4. Masukkan dalam balang kisar kering dan kisar bahan-bahan untuk jadikan serbuk. 5. Simpan bahan-bahan yang dikisar di tepi dahulu. 6. Masukkan minyak dalam periuk. 7. Masukkan bawang merah yang didadu dan tumis. 8. Masukkan pes bawang putih dan halia dan tumis. 9. Masukkan tomato, serbuk kunyit dan tumis. 10. Masukkan serbuk masala yang dikisar tadi dan tumis. 11. Masukkan satu cawan air dahulu lalu kacau dia. 12. Tutup periuk dengan penutupnya untuk biarkan serbuk masala kita masak. 13. Masukkan cendawan dan kacau sehingga cendawan disalut dengan kuah. 14. Masukkan selebih air yang ada dan tambah gula perang dan garam. 15. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun ketumbar dan tutup semula periuk. 16. Siap untuk hidang.
Ikan jeruk, hidangan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Banyak masakan boleh dihasilkan menggunakan bahan ni bermula dari nasi goreng, dijadikan rencah sayur dan sebagainya. Malah, jika goreng dan makan dengan nasi begitu sahaja pun dah cukup membangkitkan selera.
Ikan jeruk ni biasanya dihasilkan menggunakan ikan tenggiri papan. Ia mudah dibeli namun tak ramai yang tahu cara-cara nak jeruk ikan ni secara homemade. Percayalah, jika buat sendiri rasanya lebih sedap. Bahkan kebersihannya juga lebih terjamin. Jom cuba resipi perkongsian dari Puan Yuss Aisya ni. Moga ia bermanfaat buat semua.
IKAN TENGGIRI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri segar
BAHAN PERAP:
Jus limau kasturi/ limau nipis / lemon
Garam secukupnya
Halia – hiris nipis seperti batang mancis
Lengkuas – hiris nipis seperti batang mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage ( herba inggeris yang boleh dibeli di pasaraya) – untuk beri aroma kepada ikan jeruk. Tidak wajib guna.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan tenggiri dan potong ikut saiz sepatutnya.
2. Kemudian lumurkan dengan bahan-bahan perapan. Bahan-bahan bertanda (*) digunakan pada kuantiti yang secukupnya manakala garam mestilah bersalut pada ikan. Ia sangat penting supaya ikan dapat diawet dengan elok, tidak busuk dan tahan lama.
3. Isi ikan yang diperap tadi dalam bekas bersesuaian atau dalam beg plastik berzip. Simpan dalam peti sejuk di bahagian bawah.
4. Perap ikan selama 12 jam kemudian bolehlah digoreng dan dinikmati.
INFO MENGENAI TENGGIRI JERUK
1. Daun sage digunakan kerana ia ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri. Antaranya ia bersifat remedy, menenangkan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia sangat sesuai untuk orang berpantang. Ia boleh dibeli di pasaraya terpilih.
Foto: www.thespruce.com
2. Untuk menikmati ikan tenggiri jeruk ni, goreng dengan hirisan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.
Ketika ditemui Eksekutif Chef, Sabri Soid, Hotel Royale Chulan KL, baharu sahaja kembali dari Mumbai, India. Berada di sana selama tiga minggu sempena promosi makanan Malaysia. Menurutnya sajian Melayu masih ke belakang berbanding negara Asia yang lain seperti India, Thailand, Jepun dan Korea. Tak payah pergi jauh katanya lihat sahaja Thailand konsep ‘food styling dan presentation’ jauh lebih ke hadapan.
.
“Istilah masak campak-campak tak sesuai jika mahukan masakan Melayu dipandang dunia. Masakan Melayu perlu ada seni hidangannya. Perlu ada penggayaan dan persembahan yang menarik jika mahu dimartabatkan sebagai konsep ‘fine dining’ dan boleh menarik selera masyarakat antarabangsa. Chef atau Tukang Masak itu perlu fahami ‘bahasa’makanan dan perlu bersifat terbuka dan versatil bila memasak masakan.
Pengalaman Mantapkan Kepakaran
Dalam menguasai kepakaran masakan, pengalaman adalah ilmu penting untuk memantapkan kemahiran. Kerjanya bermula dari bawah dan dia melalui ke pelbagai tangga kerjaya bermula daripada apprentice, commis hinggalah ke Spus Che dan Chef De Cuisine sebelum jawatannya kini..
.
Berusia 44 tahun, sebagai orang ‘lama’, dia pernah belajar dan dibimbing oleh barisan Chef antarabangsa daripada Eropah dan Australia .
Hotel Royale Chulan KL ini terdapat Warisan Café yang menyediakan masakan Malaysia dan antarabangsa, Restoran Bunga Emas (fine dining Melayu), Restoran Masakan China Tai Ping, L’Heritage Steak House . Di samping memastikan semua operasi makanan berjalan lancar di tempat ini, Chef Sabri juga mengetuai tanggungjawab operasi bankuet dan majlis keraian di hotel yang kadang kala mencecah 2 ribu tetamu.
.
Di antara kejayaan lain pernah diraihnya ialah menerima pengiktirafan daripada Persatuan Masakan Perancis Gastronomi Antarabangsa berprestij Chaine des Rotisseurs dalam penyediaan masakan Perancis dan mendapat lima tangga terbaik dunia. Di awal kerjayanya juga beliau pernah merima Anugerah Tangan Emas International Gastronomique.
Di samping itu Chef Sabri juga telah beberapa kali dijemput dalam Master Chef Malaysia dan pada tahun lepas beliau dilantik oleh Kementerian Pelancongan & Asas Tani sebagai Ahli Majlis Kulinari Negara bagi memartabatkan masakan Melayu di seluruh pelusuk dunia. Setiap tahun juga beliau menjadi juri pertandingan masakan FHM dalam pelbagai kategori serantau Asia.
.
“ Tiga ciri ini disiplin, minat dan mahir berkomunkasi atau skil PR harus ada pada diri seorang Chef di samping pengetahuan mendalam mengenai makanan yang ada jika mahu menjadi Chef yang berjaya” pesan Chef Sabri yang juga suka mengembara dengan konvoi motorsikal besar sebagai hobi masa lapangnya.
Jom semak dua resipi pencuci mulut dan lauk sajian Melayu istimewa dari Chef Sabri :
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
BAHAN-BAHAN:
300gm buah sukun | dipotong dadu
100gm buah ciku | dipotong dadu
50gm kismis hitam
50gm gula putih
100gm serbuk roti
200gm pastri filo
50gm mentega | dicairkan
100ml susu
50ml krim masakan
50gm serbuk kastad
30ml esen vanilla
20gm tepung jagung
1 biji telur kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai. 2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair. 3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit. 4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu. 5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya. 6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef: Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm ikan patin
100 tempoyak
50gm bawang merah
50gm bawang putih
50gm daun kesum
100gm bunga kantan
400ml air
100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
10gm serbuk kunyit
Cili merah untuk hiasan
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya. 2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak. 3. Tutup api dan masukkan timun. 4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Petang begini,mulut terasa inginkan kudapan atau pemanis mulut. Kalau dihidangkan bubur memanglah sedap digabungkan dengan teh panas. Jom kita buat bubur yang satu ni, bubur kacang merah resipi Azian Hasan. Mungkin kita jarang makan bubur kacang merah. Selalunya kita makan bubur kacang hijau kan. Bubur kacang merah yang Kak Yan buat ini ialah salah satu manisan untuk makanan masyarakat Cina. Manisan ini tidak menggunakan santan.Resipi ini menggunakan biji kacang merah. Kalau nak guna kacang merah tin, hanya tambahkan air, gula, daun pandan, sedikit bancuhan tepung beras dan hirisan limau kering.
Bahan-bahan: 300 gram kacang merah(direndam selama satu jam) 6 cawan air 180 gram gula 2 helai daun pandan 3 keping kulit limau kering 2 sudu makan tepung beras dicampurkan dengan empat sudu makan air.
Cara memasak: 1.Basuh kacang merah dan rebus bersama air sehingga ia lembut. 2.Masukkan gula, daun pandan dan kulit limau kering. Masak sehingga mendidih. 3.Masukkan tepung beras. Kacau sehingga kuahnya pekat. Kredit: #azianhasan