Petua simpan lengkuas ni memang menjadi. Lengkuas kalau simpan dalam peti sejuk beku, memang kalau nak potong jadi keras macam batu. Kalau simpan dalam simpanan sayur di bahagian bawah, jadi kering & kecut pulak. Lengkuas ni pun bukan tiap hari kita guna dalam masakan. Cuba cara min share ni. Tahan lama & kondisi tip top. Barulah mudah nak masak. Caranya mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah;
PETUA MUDAH SIMPAN LENGKUAS AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Lengkuas
Balang kaca
Air
CARA-CARA:
1. Bersihkan lengkuas dari kesan pasir dan kotoran. Jika saiz besar, potong menjadi saiz yang muat untuk diletak dalam balang kaca.
2. Masukkan lengkuas tadi ke dalam balang dan isikan air seperti dalam gambar. Sebaiknya guna balang kaca ( boleh guna balang sos spageti)
Ads
3. Tutup balang dengan penutup dan simpan balang tadi dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Pastikan air dalam balang juga sentiasa ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Hasilnya lengkuas yang disimpan akan kekal segar dan tidak kecut walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya.
Jika selama ini kamu gemar makan sayur bayam tetapi tidak tahu apa kandungan vitamin yang daun bayam berikan untuh tubuh badan kita, eloklah di ambil tahu daun bayam mana yang sesuai di makan dan bila waktu yang sesuai.
Kandungan vitamin dan mineral dalam bayam baik untuk kesihatan mata dan mencegah kanser. Sayuran ini semakin popular dalam mencegah kekurangan zat besi atau anemia.
Bayam merupakan sumber kalsium, vitamin A, vitamin E dan juga vitamin C, zat besi, serat dan juga betakarotin. Selain itu bayam juga memiliki kandungan zat besi yang tinggi untuk mencegah anemia. Ada dua jenis bayam, bayam merah dan hijau. Manakah yang lebih bernutrisi?
Bayam merah dan bayam berwarna hijau sebenarnya sama-sama memiliki manfaat baik. Dalam 100 gr bayam hijau mengandung energi sebesar 16 Kkal, protein 0,9 gm, lemak 0,4 gr, karbohidrat 2,9 gr, kalsium 166 mg, serat 0,7 gr, zat besi 3,5 mg dan 41 mg vitamin C.
Sedangkan untuk 100gr bayam merah mengandung energi sebesar 41,2 kkal, 2,2 gr protein, 0,8 gr lemak, 6,3 gr karbohidrat, 520 mg kalsium, serat 2,2 gr, 7 mg zat besi dan 62 mg vitamin C.
Bayam elok di ambil ketika?
Jika tubuh sudah mulai terasa sering sakit kepala, mual, wajah terlihat pucat dan kuku juga terlihat pucat sebaiknya segera mengonsumsi bayam agar tubuh tetap kembali fit.
Remaja dan ibu hamil lebih berisiko terkena anemia, untuk itu sebaiknya rajinlah mengonsumsi bayam terutama bayam merah yang memiliki kandungan vitamin C dan zat besi yang lebih tinggi dibandingkan dengan bayam hijau.
Selain untuk cegah anemia, bayam juga dapat menghambat enzim angiotensin converting yang dapat membantu menurunkan tekanan darah. Sedangkan Zeaxanthin dan lutein sangat baik untuk menjaga kesihatan mata. Kandungan kalsium dalam bayam juga dapat mencegah reput tulang.
Sayuran sihat ini boleh diolah menjadi sup, tumisan atau omelet sayuran yang sihat untuk sarapan agar tubuh tak cepat penat saat melakukan aktiviti.
Ini dia variasi lain dari rempeyek, sejenis makanan pelengkap dari kelompok gorengan yang berbahan dasarnya tepung. Kerepek Bayam namanya, daun Bayam memberi citarasa tersendiri pada makanan ini, dan tentunya terasa lebih lazat bagi penggemar bayam. Untuk sekali menggoreng, cukup 3-4 lembar daun bayam agar kembang sekata dan tidak melekat antara satu sama lain . Berikut adalah langkah demi langkah cara membuat kerepek Bayam, selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK BAYAM
BAHAN-BAHAN:
100 helai daun bayam, pilih yang tebal dan lebar
200 ml santan dari 1/3 butir kelapa parut
150 gr tepung beras
minyak goreng secukupnya
Bahan yang dikisar halaus:
3 butir buah keras, sangrai
1/2 ruas jari kunyit bakar
4 ulas bawang putih
1 sdt ketumbar, sangrai
1 inci lengkuas
garam halus secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur jadi satu tepung dan serbuk halus, kacau sambil tambahkan santan hingga tercampur rata dan menjadi adunan lembut.
Siapkan kuali, panaskan minyak cukup banyak dengan api sedang.
Celupkan daun bayam ke dalam adunan, lalu goreng hingga kedua sisinya kecokelatan. Angkat dan tiriskan.
Membuat mi sendiri prosesnya sangat mudah. Walaupun ada mi yang segera, kadangkala terasa juga kemalasan untuk membuatnya, kalau disimpan lama mi tak tahan lama dan bahan yang digunakan mesti tidak berkhasiat kerana ada bahan pengawet.
Resipi Mi Bayam ni memang sedap kalau di makan bersama sup atau boleh jer buat me goreng. Selain kesedapannya mi bayam ni juga sangat berkhasiat sebabnya bahan yang digunakan sudah tentu halal dan kandungan tak sama beli di kedai. Mi unik dan menarik dicuba!
Buat sendiri mi bayam gerenti bersih dan sihat. Sesuai untuk anak-anak yang kurang gemar makan sayur.
RESIPI MI BAYAM
BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
20gm garam
1 biji telur
420ml air sayur bayam
Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Tepung gandum diayak. Masukkan dalam mangkuk adunan.
2. Di bekas yang lain campurkan air sayur bayam, garam dan telur. Kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan air bancuhan sayuran dalam tepung. Sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Masukkan dalam mesin khas untuk leperkan nipis dan licin.
5. Masukkan pula ke dalam mesin mi.
6. Didihkan air dalam kuali. Boleh masukkan mi bila air mendidih.
7. Bila mi mula timbul, angkat dan toskan.
8. Gaul mi dengan minyak masak supaya tidak melekat.
INFO:
Kisar bayam dan tapiskan untuk dapatkan air bayam.
Kalau tidak ada mesin me boleh buat cara manual. Canai ikut ketebalan yang diingini dan potong guna pisau.
Simpan mi yang sudah siap dalam peti sejuk (bahagian bawah) dalam bekas kedap udara.
Kalau anda kerap hadapi masalah goreng kentang tapi lepas digoreng kentang tidak ranggup, tak sedap dan berminyak. Jangan risau, kali ini RASA kongsikan tip mudah macam mana nak jadikan kentang goreng rangup dan sedap. Macam kentang goreng kat restoran makanan segera.
Ikut je cara ni gerenti kentang goreng jadi lebih ranggup dan sedap.
Pilih kentang yang elok, takda bahagian yang busuk, kulit licin, tidak berlekuk-lekuk mahupun ada kesan hitam atau tunas kentang pada kulit.
Rendam kentang yang telah dikupas, potong dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 30 minit. Tujuannya supaya kentang segar.
Selepas ditoskan air, taburkan sedikit tepung jagung di atas kentang supaya menyerap kelembapan kentang.
Goreng menggunakan minyak banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng kentang.
Senangkan? Lepas ni boleh cuba dan bila rasa lapar takda kudapan buat je sendiri. Lebih jimat dan sihat.
Jadi kebiasaan di kalangan kita bila beli makanan atau ada makanan lebih, mesti simpan dalam peti sejuk dengan harapan supaya tahan lebih lama. Tapi tahukan anda, fungsi peti sejuk hanya membantu menjadikan makanan tahan lebih lama, bukan tepat menyimpan makanan. Jadinya bukan semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk.
Kalau nak tahu apa makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk? Berikut lima makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk tapi ramai lakukannya.
KENTANG:
Bila kentang disimpan dalam peti sejuk, pati atau sari dalam kentang akan pecah dan menyebabkan tekstur menjadi seperti berpasir dan rasa tanah bila dimasak. Ia juga boleh menyebabkan kentang mentah mudah berkulat, tumbuh tunas atau busuk kerana sejuk. Cara terbaik simpan kentang adalah diletakkan dalam bekas kering dan di suhu bilik biasa.
BAWANG:
Tidak kira apa jenis bawang, ia lebih baik disimpan pada suhu bilik dan di dalam bekas yang terbuka seperti bakul. Jika disimpan dalam peti sejuk, suhu sejuk akan menjadikan bawang mudah busuk, berkulat dan bertunas. Jika ada lebihan bawang yang telah dikupas, bungkus dalam plastik, simpan dalam peti sejuk tetapi segera digunakan. Jangan dibiarkan lama dalam peti sejuk.
TOMATO:
Mungkin ramai orang tidak percaya tomato sebenarnya akan cepat busuk jika disimpan di dalam peti sejuk berbanding meletakkannya dalam bekas terbuka pada suhu bilik. Tetapi tomato tidak boleh disimpan lebih dari seminggu. Cara terbaik beli tomato ikut keperluan.
ROTI:
Roti bukan hanya tidak segar, malah akan lebih mudah berkulat jika disimpan dalam peti sejuk. Malah, tekstur serta rasanya juga akan berubah disebabkan udara dalam peti sejuk. Lagi pun roti bukan makanan yang perlu disimpan lama. Jadi beli ikut keperluan.
MADU:
Jika anda simpan madu dalam peti sejuk terlalu lama ia menyebabkan madu menjadi seperti biji kristal. Sebenarnya selagi madu di dalam botol yang bertutup rapat, madu tetap elok di simpan di atas meja dapur, ia tidak mudah busuk atau sorak.