Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak macam mana? RASA kongsikan dengan anda dua resipi yang paling sedap dimasak menggunakan ikan siakap ni. Anda boleh pilih sama ada nak kukus ke nak goreng. Dua-dua dijamin menjilat jari!
1. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
Ads
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka boleh tambahkan sedikit serbuk belacan sebagai perasa.
2. SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | cincang halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
15 biji cili padi hijau | cincang halus
2 biji limau nipis | perah
2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan pengukus.
Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mengukus ikan ni, pastikan anda guna bekas tahan panas atau loyang.
Sajian asam rebus dan asam pedas sememangnya menjadi kegilaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan. Nak cuba? Jom lihat menu-menu yang boleh anda sediakan tengah hari ni.
1. KELADI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
Sedikit ibu kunyit
2 tangkai daun kesum
Sedikit belacan
800ml air
CARA MEMASAK:
Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.
2. LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
2 biji cili merah | dihiris nipis
4 biji cili padi | dihiris nipis
1 batang serai | dihiris nipis
2cm lengkuas
2cm halia
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2cm kunyit
4 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. ASAM REBUS IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dihiris nipis
4 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit
15 biji cili padi merah dan hijau
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya | untuk merebus
CARA MEMASAK:
Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.
1 sudu makan mentega – beli online di sini 1 ulas bawang putih 1 sudu makan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu makan serbuk lada hitam kasar 2 sudu makan sos lada hitam 1 sudu makan kicap 1/2 kiub pati ayam
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kemudian toskan airnya. 2. Masukkan daging dalam mangkuk, kemudian campurkan semua bahan lain. 3. Gaul rata dan masukkan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang 30 minit. 4. Sementara itu sediakan sos lada hitam. 5. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih hingga keperangan dan masukkan tepung gandum, kacau rata dengan whisker. 6. Kemudian masukkan susu, kacau lahi dan masukkan pula serbuk lada hitam dan kiub pati daging. 7 Seterusnya masukkan kicap dan sos lada hitam. Kacau sebati di atas api kecil. 8. Setelah pekat tutup api. Ketepikan. Panaskan kuali pemanggang, kemudian letakkan sedikit mentega. 9. Panggang hirisan daging hingga masak. Setelah masak hidangkan bersama sos lada hitam.
KAMBING BBQ
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | hiris kecil, cuci dan toskan 2 ulas bawang putih | kisar 3cm halia | kisar 2 sudu makan sos BBQ – beli online di sini 1 sudu makan sos tiram 2 sudu makan madu 1 sudu teh serbuk paprika 1 sudu teh herba campur
Dapatkan Al-Muallim i-Zikir 3.0dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing bersama bahan perapan dalam mangkuk. 2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap. 3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Kemudian sedia dan panaskan pemanggang. 5. Setelah cukup panas, panggang daging lebih kurang 10-15 minit. 6. Setelah masak anda boleh sajikan dengan sos lada hitam atau sos kegemaran anda.
FILLET IKAN DORY PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm fillet ikan dory | dadu sederhana, bersih dan tos 1 sudu makan cuka – beli online di sini 1 sudu makan sos ikan – beli online di sini 1 sudu makan minyak zaitun – beli online di sini 1 sudu makan paprika 1 sudu makan madu 1 sudu teh serbuk lada sulah 2 ulas bawang putih | cincang halus 2cm halia mudah | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. 2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap. 3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit. 4. Sedia dan panaskan pemanggang, 5. Panggang fillet ikan lebih kurang 10-15 minit (semasa memanggang sentiasa balik-balikkannya). 6. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan sos yang sesuai.
KEBAB AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu 3 sudu makan madu 1 sudu makan paprika 1 sudu makan sos tiram 2 sudu makan minyak zaitun 1 sudu makan yogurt 1 sudu teh herba campur 1 sudu teh serbuk lada sulah 2 ulas bawang putih | kisar 2cm halia kisar Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning Tomato ceri secukupnya Garam | jika perlu Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain. 2. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian cucu isi ayam berselang seli dengan cili benggala dan akhiri dengan tomato ceri. 4. Panaskan pemanggang, kemudian panggang lebih kurang 10-15 minit. 5. Sentiasa balik-balikkanya. 6. Kebab sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
SEAFOOD GRILL
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang | bersihkan 5 ekor sotong | bersihkan dan potong dadu 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu 2 ulas bawang putih | kisar 2cm halia muda | kisar 1 sudu makan madu 1 sudu makan paprika 1 sudu makan sos tiram 2 sudu makan minyak zaitun 1 sudu makan jus lemon 1 sudu teh herba campur 1 sudu teh serbuk lada sulah Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan udang dan sotong dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. 2. Gaul rata, kemudian tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk. 3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Cucuk udang dan sotong menggunakan lidi pencucuk. Lakukan hingga habis. 4. Panaskan pemanggang dan panggang lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak. 5. Setelah masak bolehlah hidangkan dengan sos pencicah pilihan anda.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya dapat menikmati ikan percik. Lain orang lain cara membuat resipi yang satu ini. Hari ini min kongsikan resipi oleh Cikgu Afy. Menurut Cikgu Afy, dia menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli.
Jadi kat bawah ni dikongsi resipi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi!
IKAN PERCIK
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan dihiris nipis)
Cara membuat:
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
Kisar hingga lumat.
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal.* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
Angkat seketika pemanggang ikan. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.
Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.
Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.
*kuah percik yang disalut tadi akan menjadi lebih sedap setelah dibakar dengan bara api..