Bila kita buat donut, mesti kita akan pelembut roti untuk bagi donut lembut dan gebu. Nah, kali ini apa kata kita kongsikan resipi donut susu yang sedap tanpa guna pelembut roti tapi tetap lembut sampai ke petang.
Resipi yang dikongsikan Nurul Ijlah ini, memang mudah dan sekejap saja untuk disediakan. Boleh juga gunakan resipi untuk jualan secara kecil-kecilan.
DONUT SUSU TANPA PELEMBUT ROTI
BAHAN-BAHAN:
Ads
250g tepung high protein 1 biji kuning telur 120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama) 1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream 40g gula 30g mentega 2-3g yis
*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)
Dapatkan Ogawa iReflex Foot Massager dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker. 2. Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit.
3. 10 minit pertama masukkan mentega dan 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh. 4. Dah uli, boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
5. Tip goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak melekat di tangan dan rasa ringan. 6. Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal. Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.
Ads
7. Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Kuih tradisional ni memang tak jemu dimakan. Namun kini, kuih tradisional kian sukar didapati. Malah resipinya juga menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Oleh itu, kami kongsikan lima jenis kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman.
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:45 minit Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan goreng Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
Setelah sejuk, boleh dipotong.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:1 jam Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Tanak dan kukus Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...