
Donut kampung memang ada tarikannya yang tersendiri. Donut versi basic dan disalut gula, tetapi teksturnya lembut dan gebu membuatkan sekali makan, memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa dinikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Ina Bakeri ni antara yang terbaik boleh dicuba. Malah doh ini juga boleh digunakan untuk buat pau goreng atau pau Malaysia. Memang terbaik!
Cara Buat Donut Kampung Lembut, Gebu & Tanpa Telur

Resipi donut kampung ini sebenarnya sangat mudah dan bahan-bahannya pun ringkas. Yang penting, doh kena diuli sampai licin supaya hasil akhirnya lembut dan ringan. Bila digoreng, aroma klasik donut memang membangkitkan memori zaman kecil. Jom lihat bahan-bahannya.
Bahan A
- 2 1/2 cawan air suam
- 2 paket yis mauripan
- 5 sudu makan gula
- 5 sudu makan susu pekat
Bahan B
- 1 kg tepung gandum (Puan Ina guna tepung cap sauh)
- 5 sudu makan marjerin (Puan Ina guna cap pelangi)
- 4 sudu teh baking powder
- 2 sudu teh garam
Cara Memasak Donut Kampung
- Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biarkan sehingga ia kembang seperti dalam gambar asal yang dikongsikan.

- Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati. Proses ini membantu memastikan donut kampung mendapat tekstur gebu selepas digoreng.

- Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5–10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun boleh, tetapi jika nak donut lebih gebu, uli sekejap. Tutup doh dan biarkan selama 30 minit.

- Bila doh mengembang dua kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin sebelum proses membentuk donut dimulakan.

- Taburkan sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap menggunakan acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja.

- Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan untuk memastikan donut kampung masak sekata dan kekal gebu.

- Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.

- Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.

- Beginilah rupa donut dari dalam. Ada rongga-rongga halus dan teksturnya lembut. Memang puas hati bila dapat hasil sebegini.


Tip Tambahan Untuk Hasil Donut Kampung Yang Lebih Gebu
Jika ingin donut kampung yang lebih lembut, pastikan air suam tidak terlalu panas supaya yis tidak mati. Selain itu, apabila menguli doh, jangan tambahkan terlalu banyak tepung kerana ia boleh mengeraskan tekstur donut. Penggunaan api perlahan ketika menggoreng memastikan donut naik elok dan tidak hangus di luar tetapi mentah di dalam.
Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang suka menyimpan stok makanan di rumah. Donut yang digoreng separuh masak boleh terus disimpan dalam freezer dan digoreng semula bila diperlukan. Sangat membantu pada hari-hari sibuk.
Selamat mencuba resipi donut kampung daripada Ina Bakeri ini. Aroma, tekstur dan rasanya memang mengingatkan kita pada zaman kecil. Memang terbaik!
Kredit resipi & foto: Ina Bakeri
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!






























