Kalau nak jimat, lebih baik DIY rak dapur sendiri. Kosnya lebih murah, cuma memerlukan sedikit kesabaran. Yang penting jimat. Kali ini, kami akan kongsikan cara nak buat rak dapur menggunakan bakul seperti yang dikongsi oleh Abe Nik. Selamat mencuba.
DIY RAK DAPUR
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Hanger besi
2 buah bakul
Cable tie
CARA-CARA:
1. Letak bakul di atas permukaan yang rata, ikat pada bahagian tengah bakul pada hanger menggunakan cable tie.
Ads
2. Ikat kemas-kemas sehingga tidak bergoyang.
3. Buat cara yang sama pada bahagian satu lagi. Kemaskan ikatan.
4. Untuk bahagian atas pula, ikat hanger pada bahagian tangkai bakul. Lakukan cara yang sama pada bahagian satu lagi.
5. Ikat lagi cable tie agar kemas dan untuk memperbetul kedudukan bakul.
6. Kemaskan ikatan. Potong cable tie yang berlebihan.
Apabila hendak mengadakan kenduri kendara misalnya, tuan rumah selalunya akan menyediakan air gula terlebih dahulu untuk disimpan di dalam kuantiti yang banyak. Ia dilakukan supaya lebih mudah untuk menyediakan air minuman ketika majlis berlangsung nanti. Bagaimanakah cara hendak memastikan air gula tahan lama? Kami kongsikan petuanya.
foto: itslife.in
PETUA AIR GULA TAHAN LAMA
Supaya air gula tahan lama masukkan satu sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah itu, didihkan selama 20 minit dan sejukkan. Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas yang bersesuaian.
CARA ELAKKAN SEMUT DARI MASUK DALAM GULA
Selain itu, pasti ramai yang mengalami masalah bekas gula yang sering dimasuki semut sehingga kadangkala anda terpaksa membuang gula itu begitu sahaja. Alangkah membazirnya.
Bagaimana hendak mengatasinya daripada terus menerusi berlaku? Anda boleh masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas gula dan ia dapat membantu menghindari semut. Selain itu, ia boleh menambah aroma ke dalam minuman apabila dibancuh kelak.
Periuk jika sekali nasi mula basi dan terperap, memang akan menyebabkan nasi yang dimasak seterusnya cepat basi. Ada banyak petua-petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini dan salah satunya ialah seperti di bawah ini.
Caranya mudah sahaja:
1. Ambil periuk nasi anda dan telengkupkan seperti dalam gambar di bawah ini sambil api dapur dihidupkan.
2. Biarkan selama lebih kurang 3-4 minit sehingga periuk kelihatan berasap.