Korang dah menonton Dapur Rasa : Campak Campak Jadi yang disiarkan secara ‘live’ dalam FB Majalah Rasa Rabu lalu. Dah masuk episod ke 5 dah. Kali ini dengan dua resipi berasaskan mangga yang super sedap.Sekarang ni pun dah masuk musim kenduri, lauk yang diberi memang sesuailah jadi menu kenduri kendara.
Idea geliga daripada Chef Imelda Harris ‘hasil’ daripada bahan-bahan yang tersedia daripada bakul misteri. 2 menu yang dimasak adalah Gulai Kambing Mangga Muda dan Ais Krim Biskut Marie.
Jadi bagi yang tak sempat menulis resipinya ni min tuliskan resipinya untuk korang buat koleksi resipi nanti.
GULAI KAMBING MANGGA MUDA
BAHAN-BAHANNYA:
Ads
1 kg isi dan tulang kambing
3 biji mangga muda sederhana masak -dipotong kiub besar
50 gm rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air
2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 cawan santan
Sedikit air
Garam secukup rasa
Bahan Tumis:
2 tangkai cili merah – dibelah dua
2 tangkai cili hijau – dibelah dua
2 biji tomato – dibelah empat
2 batang serai – dititik
2 tangkai daun kari
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih – dikisar
2 inci halia
6 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
sedikit minyak masak
Air secukupnya
Garam dan gula
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan cili hijau, cili merah, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, serai dan daun kari.
2. Kacau hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, kacau rata- rata dan tumis sehingga wangi.
3. Seterusnya masukkan rempah kari, serbuk jintan manis dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak. Pastikan dikacau selalu agar tidak hangus.
4. Selepas itu, masukkan kambing dan tambah sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga daging empuk. Akhir sekali masukkan mangga, santan dan garam, biarkan mendidih dan tutup api.
AIS KRIM MANGGA BISKUT MARIE
Ads
BAHAN-BAHANNYA :
2 biji isi buah mangga masak ranum
3 sudu besar gula kastor
1 cawan susu segar
200 ml krim segar
½ tin susu pekat manis
1 peket biskut marie
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mangga ke dalam blender dan kisar bersama gula sehingga menjadi puri.
2.Seterusnya masukkan bahan2 lain; susu segar, krim segar dan susu pekat manis, kisar kesemua bahan sehingga adunan menjadi pekat berkrim.
3. Susun biskut marie di dalam bekas sehingga menutupi kesemua bekas. Lalu tuangkan adunan aiskrim mangga tadi. Tabur lebihan biskut di atas aiskrim.
4. Tutup bekas. Simpan di dalam peti sejuk untuk dibekukan sekurang-kurangnya empat jam. Setelah beku boleh dikeluarkan dan dipotong sebelum dihidang.
Ads
AKSI DI SEBALIK TABIR PENGGAMBARAN :
Jangan lupa teruskan menonton Dapur Rasa : Campak Campak Jadi minggu hadapan disiarkan ‘live
di FB @ MAJALAH RASA. Juga boleh menonton di saluran You Tube Majalah RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Andai buntu atau tidak punya masa untuk memasak, hidangan Cendawan Goreng Telur ini pasti menjadi hidangan penyelamat anda. Mudah, ringkas, cepat dan sedap. Anak-anak pun suka.
CENDAWAN GORENG TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
200g m cendawan tiram
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Basuh cendawan dan toskan. Ramas sedikit supaya airnya keluar.
2. Pukul telur hingga hancur dan masukkan garam serta bawang yang telah dihiris nipis. Masukkan cendawan dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan. Masak seperti membuat telur dadar. Setelah masak, angkat dan bolehlah dinikmati.
Pernahkah anda cuba hidangan sup daging di restoran masakan Thai? Rasanya sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak yang biasanya banyak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni pula rasanya masak, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.
SUP DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – hiris nipis
2 batang serai – dititik
5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
2 biji tomato – belah 4
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih – cincang
3cm halia – hiris
2 batang saderi – hiris
50gm cendawan
5 biji limau nipis – ambil jusnya
Sedikit air
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.
Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
AYAM GORENG CRISPY CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN :
2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
2 cawan cornflakes – dihancurkan – beli online DI SINI
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!