Biasanya cendawan enoki dibuat sup atau digoreng kilas. Sebenarnya ia lebih sedap kalau dibuat snek. Tidak sukar pun, hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja anda boleh menghasilkan enoki goreng yang sesuai dinikmati seisi keluarga.
foto: www.onegreenplanet.org
Anda boleh menjadi lebih kreatif untuk sos. Boleh dinikmati dengan sos cili dan tomato atau anda boleh mempelbagaikan resipi sos mengikut citarasa anda.
ENOKI GORENG
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
600gm cendawan enoki
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 biji telur
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
5 sudu besar mayonis
2 sudu besar mustard
2 sudu besar madu
1 sudu besar jus lemon
2 biji cili api
CARA MEMBUAT:
IKLAN
Satukan campuran tepung bersama pati ayam dan lada hitam.
Kemudian pecahkan telur dalam mangkuk lain dan aduk rata.
Celupkan enoki ke dalam telur dan campuran tepung.
Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan angkat.
Untuk membuat sos, satukan semua bahan dan kacau sebati.
Info chef: Jika mahukan salutan tepung yang lebih rata dan tidak mengotorkan tangan, anda boleh masukkan cendawan yang telah dicelup dalam telur ke dalam ‘zip lock bag’ yang sudah diisi campuran tepung.
IKLAN
Untuk melihat cara membuat enoki goreng, lihat video ini:
Sesiapa sahaja pasti menggemari resipi yang berkaitan dengan kentang. Apa kata kali ni cuba resipi sambal kentang yang disagat halus dan menghasilkan rasa rangup dan mudah dinikmati bersama dengan nasi, bubur atau ratah sahaja! Memang sesuai di buat stok untuk dimakan pada bulan puasa. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL KENTANG PEDAS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang size besar
10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
8 ulas bawang putih
1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
1 batang serai
5 helai daun limau purut hiris halus
4 sudu mkn gula pasir
Garam
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
Toskan hingga kering.
Panaskan minyak yg banyak hingga betul2 panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya klo kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kentang goreng & bawang goreng dan gaulkan dgn sambal hingga sebati.
Simpan dlm bekas bertutup rapat
NOTA : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika suka.
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Olah daging burger dengan memberi rasa yang lebih enak. Hanya tambah beberapa bahan seperti sos sambal, sos cili, dan kicap lemak manis untuk menjadi hidangan yang baru.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger | potong empat
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap lemak masin
5gm serbuk sos perang
2 ulas bawang putih | cincang halus
50ml air
1 sudu makan mentega
1/2 biji bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rasa sedikit pedas, masin dan masam yang seimbang Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng dan tumis Anggaran kos: RM8.00