
Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh mudah dibuat.
Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi. Yang pasti cepat dimasak senang dimasak, tak nak lah duduk di dapur lama-lama masa PKP ni.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | hiris nipis
- 5 ulas bawang putih | cincang kasar
- 1 biji bawang Holland | dadu kasar
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
- 1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
- Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
- Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
- Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
- Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
- Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Disaji Pada Tetamu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan serunding, rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).
RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras pulut
- 1/2kg santan pekat
- 1 cawan air
- 1 sudu makan garam kasar
- 2 sudu makan gula
- Daun palas secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
INFO RASA: Setelah siap dibungkus, ketupat palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.
CARA BUNGKUS KETUPAT PALAS:
https://www.facebook.com/irismarissa.maria/videos/1870343556329232/
CARA ARUNG PULUT:
https://www.facebook.com/irismarissa.maria/videos/1550639671632957/
https://www.facebook.com/irismarissa.maria/videos/1885673921462862/
Kredit resipi & foto: D’Iris Marissa Maria
Rindu Nak Makan Nasi Kandar? Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap & Petua Yang Padu

Kalau dulu-dulu, tak pekena nasi kandar sekali dalam seminggu memang tak sah. Memang padu la nasi kandar mamak kan.
Namun memandangkan kita dinasihatkan untuk duduk di rumah, maka kena buat sendiri sajalah.
Jom kita cuba buat mengikut resipi yang dikongsi saudari Ella Hussain ini. Memang nampak sedap.
RESIPI MACAM MANA NAK BUAT NASI KANDAR PADU
Tips:
*Saya guna serbuk kari jenama Babas naaaa.
*Masak kari guna belanga tau, jangan guna periuk. Nanti rasa dia tak ‘kaw’.
*Kari yang sedap kena bagi likat dan masak kena 3-4 kali kering air (maksud bila kering, tambah air, kering tambah air), 100% serbuk kari tak guna santan
*Untuk kicap, saya guna kicap Mudim Merah
RESIPI AYAM GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang putih – beli online DI SINI
1 inci halia – beli online DI SINI
1 kiub pati ayam – beli online DI SINI
1 biji telur
1 ekor ayam | dipotong ikut berapa bahagian yang nak
2 sudu besar (penuh menggunung) serbuk kari daging – beli online DI SINI
1 sudu besar (penuh menggunung) serbuk kari ikan – beli online DI SINI
1 sudu besar serbuk cili – beli online DI SINI
2 sudu besar (penuh menggunung) tepung jagung – beli online DI SINI
1 sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit serbuk kunyit – beli online DI SINI
Daun kari – beli online DI SINI
Garam, gula, ajinomoto, serbuk pasti sedap (ikut agak-agak)
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Sambal Tumis Sardin
TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef
CARA-CARA:
1.Kisar bawang putih, halia, kiub pati ayam dan telur sehingga halus. Ketepikan.
2. Kemudian, ayam dicuci bersih dan toskan. Jangan berair. Kelar sikit isi-isi ayam , untuk bagi masuk bahan perap dalam isi ayam.
3. Dah kisar semua, masukkan dalam ayam yang diletakkan dalam besen.
4. Masukkan juga serbuk kari daging, serbuk kari ikan, serbuk lada, tepung jagung, serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan serbuk pasti sedap (yang ni agak-agak la ye. Saya pakai letak saja. Tiada sukatan. Garam jangan banyak sebab serbuk kari dah masin dan daun kari.)
5. Gaul semua dan sebatikan. Perap dulu 4-5 jam. Kemudian, goreng. Api kena panas dan ayam kena tenggelam. Dah masuk ayam, perlahankan semula api. Jangan kecil sangat, sedang-sedang saja.
RESIPI KARI MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar – beli online DI SINI
3 ulas bawang putih – beli online DI SINI
1 @ 2 senduk minyak masak (untuk menumis) – beli online DI SINI
3 sekawan
2-3 hiris halia – beli online DI SINI
2 senduk serbuk kari daging – beli online DI SINI
1 senduk serbuk kari ikan – beli online DI SINI
1 kiub ayam maggi – beli online DI SINI
Garam, gula, ajinomoto
TONTON Minit Ekspress: Roti Canai Sosej
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA-CARA:
1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.
2. Kemudian, masuk minyak masak dalam belanga. Tumis 3 sekawan dan dan halia yang diketuk hingga naik bau.
3. Kemudian, masuk bahan kisar tadi. Kacau sekejap kemudian, tuang terus serbuk kari daging dan serbuk kari ikan. (saya tak bancuh dah, terus tuang dan saya tak reti agak-agak tapi saya bagi sukatan tu, nanti adjust sendiri ye)
4. Tuang air dan tunggu kering dan tambah air lagi. Lepas tu, masuk garam, ajinomoto, gulad dan kiub ayam maggi. (adjust sendiri, tiada sukatan tertentu. Sesedap mulut sendiri naaa)
5. Masak guna api sedang saja. Nanti dia naik minyak tu, rasakan sama ada perlu tambah apa yang patut. Kemudian, tutup api.
6. Nak masuk ayam atau daging, masukkan masa bubuh air tadi supaya empuk dan masak elok. Nak masuk kacang, kentang atau terung ke, boleh saja kalau kari yang ni.
RESIPI KARI PEDAS SOTONG
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih – beli online DI SINI
Bawang merah – beli online DI SINI
1-2 senduk minyak masak (untuk menumis)
1 sudu kecil halba campur – beli online DI SINI
Daun kari
2 senduk serbuk kari daging pedas babas
1 senduk kari pedas ikan – beli online DI SINI
1 senduk serbuk cili – beli online DI SINI
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Ricik halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bawang dengan halba campur dan daun kari.
2. Tuang serbuk kari daging, kari ikan, serbuk cili dan air. Kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto serta serbuk pasti sedap maggi. (tiada sukatan, agak-agak saja)
3. Masak macam kari versi 1. Kering air, masuk air lagi. Ulang 2,3 kali. Kemudian, dekat nak masak, letak sotong. Kacau sekejap dan dah siap. (boleh juga nak letak udang, tak kisah apa).
RESIPI DAGING MASAK HITAM@KICAP SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 sekawan
½ inci halia | diketuk
Daun kari
1 sudu besar serbuk cili
Kicap
CARA-CARA:
1.Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian, tumis 3 sekawan bersama dengan halia dan daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk cili. Kacau sekejap, kemudian masukkan kicap (bagi banyak sikit).
4. Kemudian, masukkan daging dan air. Masak sehingga daging empuk. Selepas tu, baru perasakan dengan gula, ajinomoto dan pasti sedap maggi. Tak perlu garam kerana kicap dah masin. Siap.
RESIPI KOBIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kobis | ricik halus memanjang
Bawang putih | ricik halus
Bawang merah | ricik halus
Secubit halba campur
Daun kari
Secubit serbuk kunyit
CARA-CARA:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan kobis, serbuk kunyit, garam, aajinomoto dan pasti sedap. Kacau-kacau. Siap.
CARA HIDANGAN:
*Untuk nasi, saya buat nasi minyak saja. Dalam nasi, letak kas-kas sikit. Dalam hujung sudu je, jangan banyak. (kalau tak suka, jangan letak)
*Boleh rebus telur asin dan bendi.
*Nak lagi sedap, bungkus dalam kertas surat khabar dan perap semua kuah dalam 5 ke 1o minit. Cubalah, insya-Allah sedap macam dekat kedai mamak.
Kredit: Ella Hussain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Makan Cara Kampung , Menu Sambal Mangga Ikan Ni Buat Penambah Selera
Sedap Mengalahkan Laksa Di Kopitiam, Kuah Hanya Guna Sardin Dalam Tin Saja
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tudiaa Aneka Kerabu Khas Untuk Akak-Akak Cuba..Macam-Macam Ada!

Kalau korang hantu kerabu, nah ini bermacam jenis kerabu yang boleh korang cuba!. Kerabu hidangan pembuka selera dengan rasa masam, pedas dan sedikit manis, Ia memang sedap, dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar-segar hinggakan makan begitu sahaja juga sedap. Jangan lepaskan peluang mencuba salah satu dari 10 kerabu yang Rasa sharekan ini.
KERABU BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji betik muda | sagat dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
- Kacang tanah panggang cincang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.
KERABU CAMPURAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang kacang botol | hiris halus
- 5 batang kacang buncis | hiris halus
- 5 batang kacang panjang | hiris halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | hiris halus
- 3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
- 2 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
- ½ biji limau nipis | perah airnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
- Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
- Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
- Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.
KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging
- 1 biji tomato hijau | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai muda | mayang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- 3 helai daun limau purut | hiris halus
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daging direbus empuk dan hiris nipis.
- Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris
- 2 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 sudu makan kerisik
- ½ sudu makan air asam
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.
KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | potong kecil dan celur
- 1 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah |mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
- 1 sudu makan air perahan limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm suhun | rendam dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
- Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
- Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KERABU TAUGE KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tauge kasar
- 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang kacang panjang | hiris nipis
- 2 biji cili merah |hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- 1 sudu makan kelapa parut | panggang
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
- Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
KERABU TAUHU UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping tauhu
- 3 sudu makan udang kering
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 sudu makan kelapa panggang
- ½ sudu makan air perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis
- 1 biji tomato hijau | hiris
- 1 biji tomato merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai muda | mayang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
- Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
KERABU UDANG SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang segar | kupas dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan lemon
- Garam dan gula secukupnya
- Cincangan daun ketumbar secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Jika suka boleh tabur bawang goreng di atasnya.