
Cucur ayam gluten free ini memang boleh jadi kegemaran anak-anak, sebab rasanya macam nugget! Bukan saja sedap dimakan panas-panas, tapi lebih sihat dan sesuai dijadikan kudapan petang, sarapan ataupun bekal anak ke sekolah.
Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang elak gluten. Lagi best, cucur ini lembut di dalam tapi rangup di luar. Kalau sekali cuba, confirm jadi menu ulang-ulang di rumah.
Cara Buat Cucur Ayam Gluten Free

Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 cawan isi ayam (cincang/ potong kecil)
½ batang lobak merah – parut halus (optional)
1 biji bawang Holland – cincang
2 biji telur
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam Himalaya
½ sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit daun bawang & daun sup – jika suka

Cara Penyediaan Cucur Ayam
1. Satukan nasi sejuk, isi ayam, bawang Holland, telur, lobak merah parut dan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.
2. Gaul sebati hingga menjadi adunan pekat yang boleh disudu. Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air.
3. Panaskan minyak dalam kuali, cedok adunan dengan sudu dan goreng hingga cucur keemasan serta garing di luar.

4. Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas.
TIP
- Boleh tambah parutan keju ke dalam adunan untuk rasa lebih creamy, confirm anak-anak lagi suka.
- Jika mahu lebih rangup, biarkan adunan rehat sekejap (10–15 minit) sebelum digoreng.
- Sedap juga dicicah bersama sos cili atau mayonis.
Kredit Resipi & Foto: Nina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 7 Menu Kampung Disukai Paling Disukai Ramai, Teringin Boleh Cuba Ye.

Sebut je asam pedas, rendang, gulai lemak dan kerabu, perut kenyang pun jadi lapar. Apa lagi bila juada dah depan mata, tak sabar menjamahnya. Kali ini RASA kongsikan tujuh menu kampung yang memang boleh buat kecur air liur. Korang bolehlah cuba ye.

ASAM PEDAS EKOR LEMBU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ekor lembu yang telah dipotong | rebus hingga empuk
- 250ml air asam Jawa
- 150gm pes cili kering
- 5 tangkai daun kesum | asingkan dari batangnya
- 1 batang bunga kantan | belah empat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 200ml minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 2cm lengkuas
- 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Seterusnya air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
- Kemudian masukkan ekor yang telah direbus.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat)
- Tutup api dan boleh dihidang.

GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 500 pisang muda | buang kulit arinya
- 500 ml santan
- 1 helai daun kunyit
- Sedikit ikan bilis/udang kering
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 3cm kunyit hidup
- 12 biji cili padi
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
- Didihkan di atas api sederhana.
- Setelah mereneh, masukkan pisang dan ikan bilis.
- Apabila pisang empuk masukkan daun kunyit,garam secukup rasa.
- Tutup api gulai pisang sedia dihidangkan.

GULAI LEMAK SIPUT SEDUT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
- 500ml santan pekat
- 150gm daun kaduk
- 2 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 16 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar bersama santan dalam periuk.
- Didikan di atas api sederhana.
- Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
- Selepas dua minit masukkan siput sedut.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

KERABU AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping dada ayam | rebus atau kukus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 biji bawang merah | mayang halus
- 10 biji cili padi | mayang halus
- 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Daun limau purut-racik halus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Carik-carikkan ayam.
- Campurkan isi ayam bersama bahan yang telah dimayang halus di dalam mangkuk.
- Perahkan jus limau nipis di dalamnya bersama sos ikan.
- Tambahkan sedikit garam dan gula.
- Gaul rata hingga masam manis, pedasnya sekata.
- Apabila cukup rasa, ia sedia dihidangkan.

RENDANG DENDENG BONDA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | rebus hingga empuk
- 6 sudu makan pes cili kering
- 8 ulas bawang merah | kisar
- 4 biji bawang besar | mayang halus
- 6 ulas bawang putih | mayang lalus
- 3cm halia | mayang halus
- 3 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan kicap pekat manis
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Daging rebus dihiris nipis kemudian gaulkan dengan kicap pekat manis bersama sedikit gula. Perap seketika.
- Panaskan minyak, kemudian goreng daging separuh masak, angkat dan toskan minyak.
- Tumbuk daging hingga nipis dan sedikit pecah. Ketepikan.
- Kemudian tumiskan bahan yang dimayang halis hingga naik bau dan garing dan ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pula pes cili kering.
- Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan baki kicap pekat manis.
- Masukkan garam, gula dan air asam, kacau rata kemudian masukkan daging kisar dan bahan yang digoreng tadi.
- Terus masak atas api sederhana, kacau selalu.
- Bila kuah pekat dan cukup rasa,tutup api.
- Rendang Dendeng sedia dihidangkan.

SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang rawan
- 1 sudu makan rempah sup
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 batang serai | titik
- Daun sup secukupnya | hiris halus
- Daun bawang secukupnya | hiris halus
- Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6-8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
- Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
- Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
- Sup sedia untuk dihidang.

UDANG MASAK KALIO
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XXL | bersihkan dan tos
- 500ml santan
- 1 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau purut
- 3 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan ketumbar | goreng sangai dan kisar
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- 6 biji buah keras
- 3cm kunyit hidup
- 3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pula serbuk ketumbar
- Kemudian masukkan daun limau purut, daun kunyit dan santan.
- Setelah mendidih masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna.
- Seterusnya masukkan air asam Jawa, garam, gula secukup rasa.
- Apabila udang masak, tutup api dan udang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan

Menu Ayam Goreng Berempah Garing ni nampak mudah dan sedap. Biasanya anak-anak kurang berminat makan ayam goreng ayam yang berjintan, jadi sesuailah cuba resipi ni. Asalkan ada tepung bestari original. Pasti lebih digemari. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Atiqah Binti Abu Hassan ni. Moga bermanfaat!
CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GARING TANPA GUNA JINTAN

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
2 sudu makan biji ketumbar (lebihkan lagi sedap) – kisar kering – beli online disini
5 ulas bawang putih – kisar kering
2 inci halia (lebihkan lagi sedap) – kisar kering
5 batang serai (lebihkan lagi sedap. Ambil bahagian lembut) – kisar kering
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan Tepung bestari original (wajib ada. Memang sedap) – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar kering. Tuang atas ayam yang sudah siap dicuci dan dipotong kecil.
2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari. Gaulkan sampai melekat elok. Letak sikit air jika perlu. Perap dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak masak dan goreng macam biasa hingga garing sempurna.

INFO:
- Tidak guna bawang besar@bawang merah sebab nak elak berair. Jadi nanti ayam akan lebih cepat garing rempahnya.
- Tidak letak garam sebab tepung bestari sudah mempunyai rasa masin.
- Tepung bestari tak perlu banyak. Cukup sekadar dapat salut dan bagi bahan rempah melekat elok.
- Nak lebih pantas dan mudah, boleh kisar lebih bahan kisar kering dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak buat ayam goreng berempah cuma salutkan saja dengan pes kisar sedia ada, cuma tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari sahaja.
Kredit resipi & foto: Atiqah Binti Abu Hassan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Puding Agar-Agar Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap, Simple & Mudah

Chicken Ball @ Bebola ayam homemade ni memang mudah nak dihasilkan. Biasanya kalau ada isi dada ayam, mak-mak tak suka masak. Kali ni pasti berbeza. Buat sahaja Bebola Ayam ni. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan enak ini buat keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosmirah Yussof. Pasti puas hati.
CARA BUAT CHICKEN BALL HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 4 keping dada ayam
- 1 biji putih telur
- 3 sudu tepung jagung atau tepung ubi – beli online disini
- 1/2 batang lobak merah
- 3 batang daun sup
- Secubit lada sulah – beli online disini
- 1 ketul kiub ayam – beli online disini
- Sedikit garam
- Sedikit minyak masak
(Nak tambah sayur lain pun boleh terpulang cita rasa masing-masing)


CARA MEMASAK:
1.Buang kulit dada ayam dan tulang. Kemudian potong kecil.

2. Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat dan sebati.

3.Bahan yang telah siap dikisar.

4. Cubit sedikit doh dan bulat-bulatkan. Seeloknya guna sarung tangan plastik supaya tidak melekat.

5. Bebola yang telah siap dibentuk.

6. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan bebola ayam ke dalam air yang mendidih.

7. Masak sampai bebola timbul di permukaan.

8. Bila sudah timbul boleh diangkat.

9. Toskan bebola dan siap untuk dibuat sup, digoreng atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

10. Bebola ayam yang telah siap dan digoreng.

11. Bebola ayam yang telah siap direbus.

INFO: Bebola Ayam ni teksturnya agak kasar sedikit sebab kandungan ayamnya banyak berbanding yang di beli di pasaraya.
Kredit resipi & foto: Rosmirah Yussof
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

