Pernahkah anda cuba resipi-resipi dari tiktok? Kalau rasa sangsi, anda boleh cuba resipi ni. Menurut saudari Har Ryea resipi Nasi Goreng ini diperolehi dari Tiktok malah tidak tahu namanya. Bila dicuba, ditambah pula dengan sotong, memang enak rasanya. Wow…Lepas ni kalau buka media sosial dan nampak resipi-resipi menarik, jangan ragu-ragu untuk mencuba. Mana tahu kena dengan selera anda.
RESIPI NASI GORENG TIKTOK
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi 2-3 ekor sotong – hiris 2-3 biji bawang merah – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – beli online disini 1-2 biji cili merah Sedikit cili padi hijau Segenggam ikan bilis – beli online disini 2 biji telur Garam dan perasa secukupnya Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau hingga lumat. Cili boleh diubah ikut kepedasan masing-masing. 2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing kemudian ketepikan seketika. Pecahkan telur.
Ads
3. Bila telur sudah masak sedikit, hancur-hancurkan telur tu. Ketepikan juga.
4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis hingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit.
6. Seterusnya masukkan hirisan sotong yang sudah dikeringkn airnye terlebih dahulu. Gaul rata semua bahan agar Bersatu dengan rencah.
7. Akhir sekali masukkan nasi. Kacau rata hingga nasi berwap dan diadun sempurna.
Peminat tegar nasi ayam mesti suka kalau ayam yang dihidangkan sedap, rangup di luar dan lembut di dalam. Pasti mendapat pujian keluarga kalau sediakan ayam sebegini, rasa terliur boleh lah cuba buat untuk makan tengahari ni.
BAHAN-BAHAN:
(1 ) AIR UTK REBUSAN AYAM
Garam sikit
Gula lebih / madu maltose
Limau nipis
Kicap pekat(pastikan bila masuk kicap dalam air mndidih tu jangan terlalu banyak..agak2 warna air tu jadi mcm teh o nipis)
(2) Ayam bulat seekor
CARA MEMASAK:
Didihkan air masukkan bahan-bahan no.1
Dah mendidih rebus ayam seekor tadi selama 4 minit
Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam tadi nampak kering, kalau nak cepat kering kulit ayam tu kipaskn atau jemur dalam 15minit macam tu..
Ok cara paling baik untuk goreng sebaiknya pakai minyak yang banyak sekurang2 boleh tenggelamkan seluruh badan ayam tu
Panaskan minyak selama 15min dengan kadar api sederhana jangan terlalu kuat jangan terlalu perlahan..
Minyak dah panas masukkan ayam tadi & set masa 15-18min untuk seekor ayam tu..dah siap angkat ayam toskn minyak..selepas tu boleh potong & sedia dihidangkan..
Selamat mencuba kawan2..kita berkongsi ilmu yg ada je
Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus menu olahan nanas dalam tin yang senang dan sedap. Tak payah kupas kulit, nak celur dan silap-silap masam rasanya.
Guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentuk kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.
Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba untuk menu berbuka nanti.
AYAM NANAS MERAH MADU
BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam | hiris nipis
1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
3 sudu makana madu
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.
2. DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
5cm halia muda | hiris halus memanjang
1/2 bawnag Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan daun bawang
3-4 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasipanas begitu sahaja pun dah cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan umrah atau bercuti di luar negara, Sambal Bilis garing ni memang sangat sesuai dibawa bersama. Makan dengan nasi panas atau roti pun dah cukup menyelerakan. Malah boleh tambah tempe goreng atau tauhugoreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.
SAMBAL BILIS GARING / KERING
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering
500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
Bawang goreng secukupnya
2 kiub pati ayam
Gula halus secukup rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.
2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.
4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!