Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau...

Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

Kalau nak masak kepah atau lala untuk hidangan tengahari, inilah dia resipi kegemaran rakyat Malaysia. 5 jenis resipi yang paling laris dan mudah disediakan. Hidangkan dengan nasi putih memang laju je menghirup isi lala tu licin je masuk ke mulut. Resipi ni sesuai juga untuk hidangan lain seperti udang, ketam dan juga ayam. Boleh pelbagaikan dan sangat versatil.

 

LALA MASAM MANIS

Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

Bahan A – Tumis

  • 1/2 inci halia – di hiris
  • 1 ulas bawang putih – di cincang

Bahan B – Sos

  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh gula

Bahan C

  • 1 Kg siput Lala – di bersihkan
  • 1 cawan air larutkan bersama 1 sudu teh tepung jagung
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji telur – di pukul
  • 1/2 labu bawang holland – di hiris
  • 1 tangkai cili merah – di hiris
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis semua bahan-bahan A sehingga wangi.

2. Tuang bahan sos iaitu sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula kedalam bahan tumisan sambil di kacau hingga sebati.

3. Seterusnya masukkan siput Lala kedalam bahan sos sambil di kacau dan masukkan bawang holland, cili merah, gula dan air.

4. Masak hingga mendidih dan lala terbuka dan masukkan garam secukup rasa.

5. Seterusnya tuang telur yang di pukul tadi, biarkan sebentar dan kacau sehingga telur sebati dengan kuah.

IKLAN

6. Hidangkan dengan nasi panas.

Kredit resipi: fizalgk.blogspot.com

 

KEPAH MASAK LEMAK CILI PADI

Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

Bahan-bahan:

  • 1kg kepah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 5 biji cili api(jum.ikut suka)
  • 2 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-di koyak
  • 3 batang serai -diketuk
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula jika suka

Cara Memasak:

  1. Bersihkan kepah dan toskan.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
  3. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
  4. Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
  6. Padamkan api dan hidangkan panas-panas.

 

IKLAN

Kredit resipi: suzana-ciksue.

 

SUP KEPAH

Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1+ kg kepah, cuci bersih dan toskan
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 10 biji cili padi, diketuk
  • 6 biji bawang merah kecil, hiris
  • 2 ulas bawan putih, hiris
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan kepah. Gaul rata dan masak 2-3 minit. Tuang air secukupnya ( hingga tenggelam kepah tadi) dan biar mendidih.
  2. Masukkan cili padi dan daun kunyit. Masak dengan api sederhana hingga kepah masak (bila anda nampak cengkerang kepah terbuka). Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Kredit resipi: tiffin biru

 

IKLAN

LALA ALA SHELL OUT

Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lala
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lada kering
  • Halia
  • Serai (ketuk atau blend) *option
  • Garam dan penambah perasa
  • Gula
  • Sedikit minyak

Cara memasak:

1. Rebus lala sehingga agak masak (kerang lala mula berbuka
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lada kering.
3. Tumis bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4.Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan gula garam dan penambah perasa.
6. Masukkan lala yang telah direbus. Kacau sehingga kerang nya terbuka dan kuah kering.

Kredit resipi: aswaleyla

 

LALA KAM HEONG

Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg lala dibersihkan dan tos airnya
  • 8 ulas bawang merah dihiris nipis – boleh juga guna bawang besar
  • 6 ulas bawang putih dihiris nipis atau dicincang
  • 1 inci halia dihiris memanjang
  • 6-7 helai daun kari
  • Sedikit daun bawang secukupnya di potong
  • Cili merah dipotong
  • Sedikit minyak untuk tumis

Bahan disatukan sekali dan gaul rata menjadi paste

  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 5-6 sudu besar kicap pekat – atau lebih jika perlu

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris dan biarkan wangi dulu. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan paste campuran kicap, sos tiram dan rempah tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan lala dan kacau. Jangan tambah air ye sebab lala tu dah ada air. Nanti isi lala kecut, air tu akan keluar sendiri.
  3. Tabur daun bawang dan cili merah potong akhir sekali, siap dan boleh dihidangkan.

Kredit resipi: enyabdullah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI