Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.
Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.
Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.
Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.
Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:
Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)
1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan
2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis
3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP
4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )
5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah
6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar
Ads
7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP
8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan
9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing
10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum
11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan
– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL
12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.
Ads
13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my
14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak
15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP
16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN
17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan
Syarikat Power Root telah melancarkan jenama ‘Warung’ yang dikeluarkan melalui produk minuman Alicafe’ dan Alitea’- ‘Rasa Halus Kaya Aroma’ baru-baru ini di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.
.
Jenama warung ini tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng dan dilancarkan menggunakan konsep “Macam Dolu-Dolu” yang juga slogannya, untuk mengajak para pengguna mengimbas kenangan menikmati minuman sambal bersantai seperti yang dilalui generasi dulu-dulu di warung-warung satu ketika dahulu.
.
Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Y.A.D Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj .
Menurut Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Y.A.D Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dalam kata aluannya berkata, “Kami mahu jenama baru ini berasaskan warisan Malaysia yang berkait dengan semua warga Malaysia. Jenama warung diilhamkan oleh Kedai Kopi ‘Warung’ yang biasa menjadi tempat bersembang semasa kami masih muda, sambil menikmati minuman yang dibuat daripada bahan-bahan tulen dan sepenuh hati oleh Pak Cik warung.”
.
Sidang media ini dimeriahkan dengan nyanyian Fairuz Misran, yang pernah memenangi pertandingan Bintang Lagenda Arwah Tan Sri P. Ramlee. Fairuz yang digelarkan klon seniman agong itu mendendangkan lagu ‘Warung’ bertema ‘Macam Dolu-Dolu’ dengan suara hampir serupa dengan arwah bintang lagenda itu.
Pengerusi Bersama Dato’ Afifuddin Abdul Kadir.
Pengerusi Bersama Dato’ Afifuddin Abdul Kadir di majlis ini turut meluahkan rasa bangga atas kejayaan Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) yang merupakan Kopi Pracampur Tongkat Ali dan Ginseng nombor satu di negara ini.
.
Duta produk artis Alif Satar .
Beliau juga turut mengumumkan Power Root akan melanjutkan kerjasama dengan artis Alif Satar selama dua tahun lagi sebagai duta produk..
Jelasnya lagi melalui kempen ‘Kami Nak! Kami Nak! Kami Nak…Alicafé!’ yang baru dilancarkan pada Mac lalu telah dapat mengungguli pasaran tempatan dengan kenaikan peratus jualan melebihi 30 peratus pada suku tahun pertama berbanding tahun lalu.
.
Siri tongkat ali dan ginseng ini didatangkan dalam beberapa varian iaitu ‘Kopi Alicafé TAG – Original, Original 20 gram, Lebih Pekat, Karamel dan Kopi Putih manakala ‘Teh Alitéa TAG – Tarik 30g dan Tarik 20g,”
Tiga sekeluarga dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati madu yang dibeli secara ‘online’ menerusi aplikasi Tiktok.
Menerusi perkongsian @hidayahdayha di akaun TikTok memaklumkan, ibu dan dua adiknya muntah dan cirit birit selepas makan madu lebah yang dibeli dari kedai atas talian di aplikasi tersebut.
“Sape suruh beli madu online. Kan dan sampai 3 orang masuk emergency. Mak dan 2 orang adik. Semua kena than wad”.
Situasi ini lebih membimbangkan bila memikirkan keadaan ibu yang tidak berapa baik disebabkan oleh faktor usia dan sejarah darah tinggi.
Hidayah juga mendedahkan sikap peniaga makanan tersebut apabila beliau membuat ulasan di tiktok shop peniaga berkenaan.
Oleh itu berhati-hatilah bila membuat sebarang pembelian makanan tidak kira menerusi apa saluran sekalipun. Pastikan makanan tersebut dalam keadaan baik, tidak mempunyai rasa dan bau yang meragukan agar kejadian seperti ini tidak terjadi lagi pada kita dan juga keluarga.
Callebaut, pembuat coklat yang menjadi ilihan chef dan artisan coklat dengan bangganya telah melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu iaitu Ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk di Malaysia.
Coklat Ruby R2
Ruby RB2 merupakan coklat keempat selepas coklat gelap, susu dan putih. Uniknya coklat ini kerana ia mempunyai rasa buah yang tersendiri dan rasa masam yang menyegarkan serta warna batu delima (ruby) yang luar biasa. Warna dan rasa unik Ruby RB2 berasal daripada buah koko ruby, tanpa pewarna tiruan atau perisa seperti beri.
Kajian mendapati bahawa Ruby memang diminati oleh generasi baharu terutamanya golongan milenial (18–35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup aktif dengan keseronokan hidup yang ketara. RB2 juga pasti menarik perhatian hotel, restoran dan kafe terkemuka dan juga kedai bakeri dan pastri di Malaysia.
Callebaut NXT, 100% Tanpa Sumber Tenusu
Manakala Callebaut NXT pula dirumus 100% daripada tumbuh-tumbuhan, tanpa sumber tenusu dan berbentuk vegan. NXT mengekalkan cita rasa asli dan kualiti yang setanding coklat tradisional. Terdapat dua jenis iaitu NXT Dark Chocolate (coklat gelap) dan NXT M_lk Chocolate (coklat susu). NXT dicipta untuk semua chef, penggemar coklat, komuniti pengamal vegan dan peminat makanan berasaskan tumbuhan untuk merangsang deria rasa mereka dengan ramuan yang lebih mesra bumi.
Menurut Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, langkah memperkenalkan Callebaut Ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia.
“Rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial. Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan cita rasa yang berbeza.
Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk. Kami bawakan generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami, yang memenuhi keperluan generasi pengguna lebih muda: lazat untuk dimakan, sihat untuk badan dan baik untuk alam!” kata Robert.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.