Kata orang jika mahu mengikat kasih sayang dalam keluarga ialah dari masakan yang dihidangkan. Kehebatan masakan isteri dan seorang ibu membuatkan suami dan anak-anak terkenang-kenang sampai bila-bila.

Buat Maria Ahmad, menjadi suri rumah tangga memberinya banyak ruang untuk memikirkan dan menyediakan apakah juadah yang terbaik untuk seisi keluarga. Minat memasak mendorong dirinya untuk mengolah resipi yang diminati keluarga.

Kreativitinya dalam menghasilkan masakan turut dikongsi di dalam instagram milik peribadi  iaitu maria2810_kitchen. Dengan follower melebihi 52k, ternyata Maria mempunyai peminat  yang sentiasa menanti-nanti apakah menu yang dimasak pada setiap hari.

Maria turut berkongsi resipi caranya yang menjadi kegemaran sekeluarga untuk pembaca RASA.

Tauhu Begedil

Bahan-bahan:

1 bungkus tauhu kering

5 biji ubi kentang

1 cawan isi ayam/daging

3 biji bawang merah digoreng

Daun sup & daun bawang

Serbuk lada putih & hitam secukupnya

Garam secukup rasa

Bahan celup:

3 biji telur

Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.Rebus kentang hingga masak. Kemudian lenyekkan

2.Isi ayam/daging dimasak sebentar hingga air kering

3.Campurkan isi ayam/daging ke dalam bahan-bahan yang lain

4.Gaul sebati

5.Gunting di bahagian atas tauhu kering

6.Keluarkan isinya dan digaul bersama bahan inti tadi

7.Sumbat semula inti ke dalam tauhu

8.Pukul telur bersama garam

9.Celupkan tauhu yang telah disumbat inti ke dalam telur

10.Goreng sehingga garing

Bahan Sos:

2-3 ulas bawang putih

1 cawan cili kisar

1 cawan sos cili

½ cawan sos tomato

½ cawan gula Melaka

1 cawan air asam jawa

½ cawan air

Cara memasak:

1.Tumbuk bawang putih hingga lumat

2.Tumis hingga kekuningan

3.Masukkan cili kisar dan masak hingga garing

IKLAN

4.Masukkan cili & tomato sos

5.Kacau hingga rata & masukkan air asam/air & gula merah

6.Masukkan garam secukup rasa

7.Masukkan sesudu tepung jagung yg telah dilarutkan bersama air(jika ingin pekat)- jika perlu sahaja

8.Taburkan sedikit bijan

 

Lepat Pisang

Bahan-bahan:

12 biji pisang berangan

½ cawan tepung gandum

½ cawan kelapa parut

2 sudu gula merah

sedikit garam

Cara memasak:

1.Pisang dilenyek hingga hancur

2.masukkan gula merah, garam dan kacau rata

3.masukkan tepung dan kelapa. Gaul sebati

4.layurkan daun pisang atas dapur gas supaya senang dilipat

5.Sudukan 2 sudu besar adunan keatas daun pisang

6.Lipat kemas. Kukus selama 20minit

 

Kaswi Pandan

Bahan-bahan

2 cawan air pandan

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula pasir

1 sudu besar tepung ubi

1 sudu besar tepung beras

1 sudu air kapur

Sedikit pewarna hijau

½ biji kelapa parut(putih sahaja) gaul bersama secubit garam

Cara memasak:

1.Satukan semua bahan-bahan kedalam bekas dan kacau rata

2.Masukkan kedalam pengisar/tapis

3.Tuangkan kedalam acuan kecil yang telah disapu minyak masak

4.Kukus selama 20-30minit

 

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:

6 ketul ikan pari

2 senduk cili kisar

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Kunyit hidup

Halia

Belacan

1 sudu halba

3 helai daun limau purut

2 batang serai(dititik)

Daun kesum

Air asam jawa

7 batang bendi/terung

1 biji tomato

Garam

Serbuk perasa

Cara memasak:

1.Kisar bawang,kunyit,halia dan belacan

2.Tumis bahan kisar bersama halba dan masukkan serai, cili kisar dan daun limau purut

3.Tumis garing

4.Masukkan air asam jawa, daun kesum

5.Masukkan ikan dan sayur-sayuran

6.Masukkan garam secukup rasa.

 

Tomyam Udang Bersantan

Bahan-bahan:

15-20 ekor udang sederhana besar

Pes tomyam

Daun dan akar ketumbar

1 biji bawang Holland

4 biji cili padi

2 helai daun limau purut

1 batang lobak merah

1 biji tomata

1 batang saderi

Bunga kobis

Garam

Air

4 sudu besar santan

Cara memasak:

1.Panaskan air sehingga mendidih

2.Masukkan akar ketumbar, cili padi & daun limau purut

3.Masukkan pes tomyam

4.Setelah mengelegak, masukkan sayuran dan udang

5.Masukkan garam, perasa, bawang Holland, tomato, santan

6.Taburkan daun ketumbar

Foto & Resipi: Instagram maria2810_kitchen