Jika anda berhajat untuk menikmati hidangan cara kampung untuk berbuka puasa, White N Black Kampung Heritage adalah lokasi yang strategik.
Bertempat di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, Kuala Lumpur, restoran ini menyediakan menu kampung yang lazat dan pasti memenuhi citarasa anda.
Memasuki ke ruang dalaman restoran ini mata disajikan dengan dekorasi ala kampung yang menenangkan jiwa. Terpulang kepada anda nak menjamu selera di ruang bawah atau pun di atas.
Menuju ke ruang atas dekorasi ala kampung juga ditampilkan. Pilihan terendak lampu bersesuaian dengan konsep melengkapkan lagi ruang dalaman restoran ini.
Ads
Menu ala carte termasuk signature White N Black Kampung Heritage antaranya Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak,Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar, Pais Patin dan pelbagai menu lain yang enak-enak belaka.Harga menu bermula dari RM30 hingga RM70.
Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Kampung Heritage, Mohd Firdaus Jamaluddin menyampaikan rasa terima kasih kepada sesiapa yang hadir dan mencuba hidangan di restorannya. Tambahnya lagi, kepada mereka yang ingin merasai masakan tradisional melayu kampung,kunjungan ke White N Black Kampung Heritage pada bulan Ramadan ini pasti tidak mengecewakan.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di Instagram – white_blackheritage, Facebook – White N Black Kampong at Heritage KL dan TikTok – wnbkampongheritage.
Beroperasi sejak 25 Jun 2019, Iman Cafe menawarkan makanan barat kepada penduduk sekitar. Pun begitu ada juga beberapa menu Korea disediakan. Menu sebegini dipilih kerana ingin memberi peluang masyarakat untuk menikmati hidangan barat pada harga mampu milik.
Menurut Rashidah Yusoff, makanan barat di sekitar kawasan Kota Bharu agak mahal. Jadi mereka yang ingin makan makanan barat dengan cara yang santai boleh cuba di gerai mereka.
“Antara sebab kafe kami menjadi pilihan pelanggan adalah kerana hidangan yang kami sediakan harganya berpatutan. Kami amat menitikberatkan kreativiti pada setiap menu yang dihidangkan. Ini supaya makanan nampak menarik dan menyelerakan. Ada pelanggan terkejut bila ingin membuat pembayaran, harga yang dikenakan murah. Tidak sepadan dengan gaya hidangan yang nampak macam konsep hidangan di restoran mewah,” ujar Rashidah.
“Komen pelanggan juga sangat positif. Alhamdulillah kami menerima komen yang sangat positif melalui komen di Facebook dan komen di Food Panda. Kafe kami pernah viral di medium Twitter dan sejak itu kami mula dikenali,” katanya lagi.
Resipi yang digunakan untuk memasak hidangan di kafe ini dipelajari daripada seorang sahabat. Menurut Rashidah, sahabatnya itu telah lama bekerja sebagau chef di sebuah restoran hidangan barat terkenal.
“Di samping itu saya juga menyertai pelbagai kelas masakan barat. Dengan cara ini saya dapat menambah baik resipi sedia ada. Saya juga membuat R&D resipi yang paling menepati cita rasa penggemar makanan barat. Setiap hidangan kami, kami perap dengan sos khas sebelum dibakar untuk dihidangkan. Salah satu keunikan dan keistimewaan menu kami dengan makanan barat yang lain adalah kesedapan sos kami,” ujarnya menutup bicara.
INFO KEDAI Nama kedai: Iman Cafe Pemilik: Muhammad Farid Mustafa dan Rashidah Yusoff Lokasi: Kg. Chempaka Kota Bharu Waktu operasi: 12.30 tengah hari – 11malam Wajib Cuba: Chicken Grilled, Lamb Grilled, Talam Western
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi sesiapa yang nak bercuti ke Terengganu, selain daripada meneroka pulau-pulau indah dan cantik, membeli-belah kain batik dan barangan cenderahati, makanana tradisional negeri ini jangan dilupakan. Segala kuih muih, lauk pauk mahupun makanan santai antara perkara wajib yang kamu patut cuba!
Berikut beberapa lokasi kedai makanan yang boleh kamu pergi mencari makanan-makanan tradisional yang sedap dan gerenti tak menyesal.
Nasi Dagang:
1. kak poh batu buruk,
2. nasik dagang kat kapung atas tol,
3. nasik dagang dalam pasor keda buluh,
4. nasi dagang kak joh bukit besar,
5. nasi dagang mok ngoh chendering,
6. nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi kedai hok jual roti canai
Burger: Burger otai.. Burger Pok Awang depan HSNZ
Air asam boi kasturi:
1. Air asam boi kasturi power & piyooorrr mat paker rhu dua marang.
Nasik Minyok:
1. nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam,
2. nasik minyok zaki depang giant bukit besor,
3. nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh,
4. nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka),
5. Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua
Nasik Lemok:
1. nasik lemok bromoh pasir panjang,
2. nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng),
3. nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka
Rojok Keling:
1. restoren selamat jalan tok lam,
2. rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang,
3. rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash,
4. rojok keling di kedai awang A kat kapung Gong Pak Maseh
Rojok Kateh:
1. Kedai ben10 tepi stadium bola bando,
2. Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1
Nasik Ayang:
1. Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk,
2. nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium,
3. nasik ayang hainan kat bazar batu buruk
4. Nasi Ayang Pok Kedai Congok Gong Pak Maseh, Beli sebungkus buleh makang 2 org
Roti Payang:
1. nurul islamiah kat lekoh jalan Kamaruddin
2. Roti payang belakang McD Dungun.
Nasik Belacang:
1. kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung
Sup:
1. Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)
2. Sup Pok Wahab Padang Tengir, Manir (Kalu gi hari Khamis, puas nunggu lah)
Mee Talang:
1. Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,
2. se lagi pulau kambing…nyakot molep hok tu..
Ikang Celup Tepong:
1. Warung Pok Nong kat Kampung Telipot,
2. warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel
Nasik Kapit Gula Ikang Aya :
1. Kedai depang Shell Chabang 3,
2. Warung Norazila kat depang masjid terapung
Satey:
1. Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing,
2. satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort,
3. satey jam besor di seberang takir dekat kem askor
Ikang bakor:
1. Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang),
2. ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3,
3. ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba
Kuih Muih Tradisi:
1. Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas,
2. kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan
Mee Goreng Basoh:
1. Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing,
2. keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir
Nasik Padang:
1. Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih,
2. Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung
3. Erwina nasi Padang jln Tok Lam
Nasik Campur:
1. Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung,
2. restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang
3. Gerai bowoh gertok Gaung Kuala Berang – Ikan baung masak tempoyok
Nasi ulang cicoh budu:
1. Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila
Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng:
1. Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium
Pulut Lepe (pulut panggang) :
1. Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang,
2. pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek
Meggi Dapur Kayu:
1. kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)
Mee Udang Galoh:
1. Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir
Nasi Khabu :
1. Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang,
2. nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza)
Nasi ayang / daging bakar dan sup herba :
1. Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas
Sup belut:
1. Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut
Nasik lemok kakung, nasik kuning:
1. Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng
Cikeng chop:
1. yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan,
2. cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang
Mee jawa, soto:
1. Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno
Nasik goreng cina, watangho:
1. kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit
Nasi kukus:
1. baihaqi nasi kukus jalan tok lam bawah hotel indah,
2. yasmin nasi kukus jln kamaruddin
Sumber: Resipi Masakan Terkini
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan bakal menjelma, banyak undangan bufet Ramadan diterima. Antaranya di Dorsett Grand Subang. Memang tidak menghampakan, rata-rata makanan yang dicuba menjentik rasa serta memberi kepuasan setelah menikmatinya.
Pujian harus diberikan buat barisan chef yang menyediakan makanan pada hari tersebut yang diketuai oleh Chef Zainal Ahmad, Executive Sous Chef dan Chef Bustami, Sous Chefmemang terbaik.
Menarik Ramadan kali ini Grand Dorsett Subang membawakan menu khas buat tetamu nikmati saat berbuka iaitu makanan popular 13 negeri di Malaysia seperti Briyani Gam Johor, Mangga Muda Penang, Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan, Gulai Tempoyak Patin Pahang, Sotong Sumbat Terengganu, Gulai Kawah Kelantan, Ikan Bakar Kuala Perlis, Tetel Asam Pedas Melaka, Lemak Pisang Muda Selangor dan pelbagai lagi lah. Tapi jangan lupa menu istimewa mereka iaitu Sup Tulang Gear Box dan Kambing GolekBerempah.
Untuk semua ini harganya ialah RM165 nett (untuk Terraza Brasserie) dan RM155 nett di Melati Room. Promosi ‘early bird’ iaitu RM99.90 untuk dewasa bermula dari sekarang sehingga 5 Mei 2019 serta 25% diskaun baucar akan diberikan sehingga baucar habis tertakluk pada terma dan syarat.
Buat yang ingin membeli-belah sempana raya, bolehlah tempah PAKEJ KAREEM – bilik hotel + sahur & iftar untuk 2 orang dari serendah RM370 nett sebilik semalaman. Tempahan dibuka dari sekarang sampai 2 Jun 2019 & tempoh menginap bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!