Kombinasi rasa pedas dan sedikit masam menjadikan hidangan ini sangat enak. Sajian Cilantro Lime Chicken ini juga boleh dijadikan sajian bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm ayam | potong kecil
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan empingan cili
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 biji tomato | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1.  Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawang putih, hirisan tomato. Gaul rata.
  2.  Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis, empingan cili dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
  3.  Panaskan ketuhar pada suhu180C.
  4.  Sementara itu, alas dulang pembakar dengan aluminium foil, kemudian masukkan perapan ayam di atasnya.
  5.  Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
  6.  Bakar lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI